
Menjadi tuntutan bagi setiap manusia untuk berbuat baik pada setiap makhluk termasuklah sesama manusia. Tidak kiralah latar belakangnya bagaimana, apa agamanya dan siapa dia, berbuat baik tidak mengukur semua itu, tetapi yang pasti perbuatannya akan diingati sampai bila-bila.
Misalnya seperti yang tular baru-baru ini, video seorang pelajar india menyuapkan makanan pada rakannya semasa waktu rehat di sebuah sekolah.
Difahamkan, rakannya itu mengidap down syndrome yang mempunyai masalah rabun dan makan agak lambat membuatkan rakannya dengan seikhlas hati membantunya.
Melihat pada kapsyen perkongsian yang dikongsikan sendiri oleh cikgu sekolah tersebut menggunakan akaun Tiktoknya, @azizahazedi berkata mereka sangat baik antara satu sama lain, saling mengambil berat dan penyayang. Misalnya seperti video ini ketika masa rehat PPKI, pelajar yang bernama Mahalaksmi menyuap Hanisah makan.
Watch on TikTok
Meneliti di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian melihat tindakan pelajar itu. Malah, ada juga yang turut berkongsi cerita masing-masing berbuat baik tanpa pedulikan perbezaan kaum.
Sumber : @azizahazedi
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Dugaan Melanda Ibarat Domino – Bekas Pramugara Cuba Pelbagai Bisnes Untuk Hidup Baru

Kehidupan memang penuh dengan cabaran dan halangan. Namun begitu, jejaka ini membuktikan bahawa semangatnya tidak akan putus walau apa cabaran yang dihadapi. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Aizam telah memuatnaik video di TikTok yang menceritakan kisah hidupnya baru-baru ini dengan kapsyen, “Roda mula berputar” yang menjana sebanyak 400,000 tontonan.
Rupanya, Aizam adalah bekas pramugara syarikat penerbangan, AirAsia, selama 10 tahun tapi diberhentikan kerja pada Jun 2020 disebabkan pandemik Covid-19.
Satu demi satu dugaan melanda Aizam.
Dalam satu temubual bersama Mstar, dikatakan bahawa Aizam juga mengusahakan bisnes jual barangan kraftangan dari Bali, Indonesia, sebagai pendapatan sampingan ketika masih berkhidmat sebagai pramugara. Malangnya, bisnes tersebut mengalami kerugian sekitar RM100,000.
“Sambil saya bekerja sebagai pramugara, saya suka beli barang dari negara asing yang susah didapati di Malaysia untuk dijual balik. Saya memang ada syarikat untuk bisnes ni yang mana saya juga menjadi pembekal barangan kraf untuk negara Jepun. Tapi disebabkan Covid-19, perniagaan saya tak jalan. Nak hantar barang ke Jepun pun kos penghantaran jadi mahal. Jadi bermula dari situlah saya alami kerugian besar dan pada masa sama hilang pekerjaan,” ujar Aizam.
Setelah hilang sumber pendapatan, Aizam menjual ayam bakar di tepi jalan kawasan Subang Jaya, Selangor untuk meneruskan kehidupan.
Sambil itu, dia turut menjual daging dan kambing bakar sejuk beku yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan dan membuka sebuah kedai makan yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.
Malangnya, nasib tidak menyebelahi Aizam apabila kejadian banjir pada Disember 2021 merosakkan segala produk jualannya.
“Bayangkan saya hilang kerja, berniaga tepi jalan tak boleh sebab Covid-19, buat makanan frozen pula habis rosak produk sebab banjir dan macam-macam lagi dugaan saya tempuh. Saya cuba minta bantuan untuk pulihkan balik bisnes tapi tak terima sebarang pertolongan. Mungkin sebab waktu tu saya pun baru mula berniaga tak sampai setahun. Sampai bulan puasa tahun ni pun saya masih bergelut untuk berniaga akibat banjir hari tu. Saya usahakan buat recovery (pemulihan) tapi tetap gagal,” katanya.
Kerugian buat kali kedua yang dialami membuatkan Aizam terpaksa menjual segala aset dan harta bendanya.
Tanpa diduga, Aizam sekali lagi diuji apabila ibunya pula meninggal dunia pada 19 Julai 2022, hanya seminggu selepas dia pulang ke kampung di Pahang, berniat untuk tinggal bersama ibunya bagi mencari idea untukpulih kehidupan.
“Kononnya saya balik kampung untuk pulihkan semangat. Tak sangka pula ibu meninggal lepas seminggu saya berada di sana. Saya tak boleh terima keadaan tu, ia berlaku dengan sangat pantas. Saya betul-betul rasa dah tak ada harapan nak pulih… hutang pun banyak. Saya hanya tinggal sehelai sepinggang saja waktu tu,” luah Aizam.
Aizam telah mengongsikan di TikTok bahawa dia diajak untuk menjadi rakan bisnes sebuah “cafe” cawangan ketiga yang bakal dibuka.
Walaupun sudah tidak memiliki sebarang harta atau simpanan, Aizam menerima pelawaan rakannya itu sebagai permulaan untuk dia bangkit semula.
“Lepas kematian ibu, saya memang dah putus harapan nak teruskan hidup. Walaupun ibu baru meninggal, tapi orang tetap cari saya nak kutip hutang. Saya alami tekanan perasaan dahsyat waktu tu. Mereka tak peduli pun saya tengah bersedih. Bila kawan ajak buat bisnes sama-sama, saya setuju saja. Saya bawa RM100 saja, itu pun duit pinjam daripada abang pergi ke Kuala Lumpur. Saya naik kereta kancil yang usang bersama kucing-kucing saya. Rumah sewa pun ‘koboi’ saja tak survey dulu sebelum menyewa” jelas jejaka itu.
Kini, Aizam sudah membuka sebuah restoran yang menyajikan pelbagai aneka makanan seperti “pastries” dan masakan panas di Bukit Damansara, Selangor.
“Saya nasihatkan kepada semua yang sedang diuji, kita kena tahu dugaan tu datangnya dari Allah jadi kita kena reda. Jangan mudah putus asa. Bersedih tu boleh cuma carilah jalan untuk bangun semula,” kata Aizam lagi.
Terima Kasih
Sumber: Aizam Zakry di Facebook
Tanam Kucai Dalam Polistren Lagi Jimat & Mudah. Begini Stepnya!

Berkebun sayur di laman rumah jika keluasan tanah terhad, ada baiknya menggunakan polistren untuk dijadikan sebagai bekas untuk bercucuk tanam. Cara ini tidak memerlukan kos yang mahal berbanding menggunakan pasu atau sebagainya.
Hal ini dikongsikan oleh Abdul Sapawi Abdullah tentang bagaimana menanam kucai menggunakan polistren yang lebih menjimatkan. Ini perkongsiannya.
TIPS JIMAT : Menanam Daun Kucai Dalam Kotak Polystyrene Terpakai.
Hari ni saya nak kongsikan bagaimana menanam daun kucai dengan kotak polystyrene terpakai.
Sedia maklum kotak ini memang dibuang sahaja dan bagi yang nampak kegunaannya tidak dibiarkan malah ada kegunaan untuk menanam sayuran lebih-lebih lagi daun kucai.
Bagaimana nak guna kotak ini? Ikut cara saya iaitu:
.
1. Mulanya sediakan benih kucai, bekas polystyrene terpakai, tanah merah atau lebih dikenali (Top Soil), tanah yang digaul bersama cocopeat (sabut kelapa) dan baja kompos/tahi ayam/baja bakar dengan nisbah 3:2:1
2. Potong 1/4 kotak dan tinggal 3/4 kotak sahaja.
.
3. Tebuk lubang sederhana kecil di dasar kotak, jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil.
4. Tanah merah hanya 1 inci di dasar kotak dan kemudian masuk tanah campuran.
.
5. Semai benih kucai/umbi isi dengan jarak 1 jengkal Di dalam tapak semaian.
.
6. Siram 2 kali sehari pagi dan petang. Benih kucai akan hidup 2 minggu kemudian dan potong bahagian daun sahaja. Sebulan selepas itu benih akan membiak dan ambil umbi isi 1-2 untuk ditanam di kotak polystyrene yang lain.
Semoga iannya bermanfaat!
.
NOTA : Daun kucai yang mula ditanam hanya 1 kotak sahaja dan lihatlah berapa banyak sudah membiak? Sangat-sangat mudah, murah dan meriah!
sumber : Abdul Sapawi Abdullah
“Pokok Mangga Dan Limau Berbuah Sungguh…” – Wanita Ni Teruja Lihat Pokok Berbuah Lebat Bila Ikut Petua Viral

Sebelum ini pernah viral di media sosial ada banyak cara berkesan untuk menjadikan pokok yang ditanam di laman rumah berbuah lebat.
Antaranya menghasilkan booster yang diperbuat daripada campuran yakult dan telur, guna air bancuhan MSG, siram pokok dengan air basuhan beras, guna isi perut ikan dan ada juga kata gunakan minyak masak.
Senang kata semua petua-petua tersebut menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah dan boleh dihasilkan sendiri.
Oleh itu, cara yang sama juga telah dipraktikkan oleh seorang wanita ini yang dikenali sebagai Puan Ramlah Basiron dengan cuba amalkan salah satu petua yang viral, iaitu guna lebihan minyak masak untuk membuatkan pokok mangga yang ditanam berbuah lebat.
Apa yang lebih mengujakan dirinya adalah ternyata pokok mangga yang ditanam menampakkan hasil yang cukup membuatkan dia berpuas hati setelah praktikkan petua tersebut.
“Assalamualaikum..nak ucapkan terima kasih pada yang beri tip jirus minyak masak yang telah digunakan..pokok buah mangga dan limau berbuah sungguh.”
Cara Letakkan Minyak Masak
1. Buatkan lubang di sekeliling pokok dan pastikan jarakkan lubang dari pangkal pokok.
2. Jiruslah minyak masak yang telah diguna itu.
3. Anggarannya minyak masak yang digunakan adalah mengikut besar mana pokok tuan puan tanam…kalau dalam pasu guna sedikit sahaja
Lihatlah hasilnya, sekotak mangga telah dipetik dan buat anda bolehlah mencuba petua ini untuk menggalakkan pokok mangga yang ditanam di laman rumah berbuah lebat.
Sumber : Ramlah Basiron via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
ARTIKEL MENARIK:Kongsi Tip Hasilkan Jumlah Simpanan Banyak Setiap Bulan, Selepas 17 Tahun Ini Hasilnya Untuk Nikmati!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
.