Macam Confinement Lady Suami Ini Layan Isteri Berpantang. Siap Buat Milkbooster Lagi

Share

Isteri mana tak bahagia dan rasa bersyukur apabila segala kepayahan sepanjang sembilan bulan mengandung dihargai suami tercinta apabila dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh sepanjang berpantang.

Umpama seorang confinement lady, begitulah apa yang dilakukan oleh seorang suami Mohd Najib Mohd Ariffin, 26, apabila bukan sekadar menjaga isterinya, Farahdila Rokman, 25, berpantang malahan turut menjaga anak-anaknya sekali.

Menurut Najib dia memang sukarela menjaga isterinya ketika berpantang tanpa bantuan ibu mahupun ibu mentua.

“Bila saya post video ni ramai ingat saya jaga anak pertama. Jadi mereka cakap ‘anak pertama bolehlah buat’. Sebenarnya ini merupakan anak ketiga saya lepas masuk enam tahun kami berumah tangga.

@abang_sejuk Reply to @wainaadaud Moga Ilmu ni bermanfAAT BUAT IBU #LelakiGolonganKedua #abangsejuk #everjobsaircond ♬ original sound – ABANG SEJUK

“Minggu pertama kena bangun awal, lepas solat subuh dah kena uruskan mandi dan hantar anak ke sekolah. Untuk dua minggu pertama, memang saya tak benarkan isteri mandi sendiri. Saya yang akan uruskan dia mandi A-Z lepas hantar anak ke sekolah.

“Waktu inilah sebenarnya kita berpeluang tundukkan ego sebagai seorang suami. Bukanlah bermaksud kita takut pada isteri tetapi ihsan terhadap dirinya yang sedang sakit,” ujarnya.

Lebih Menghargai Isteri

Menurutnya yang menetap di Sungai Petani, Kedah, setelah merasai sendiri cabaran dan pengalaman menguruskan isteri, barulah dia faham akan kepayahan yang diharungi setiap ibu yang berpantang sendirian tanpa bantuan orang lain di sisi.

Anak ke-11 daripada 12 beradik ini turut berkongsi bagaimana dia dapat membahagikan masa antara kerjaya dengan tugasan menjaga isteri di rumah.

Dalam perkongsian video tiu, Najib yang mesra disapa Abang Sejuk bekerja sendiri dalam bisnes pendingin hawa menunjukkan bagaimana dia akan memastikan segala keperluan buat anak-anak dan isteri disiapkan sebelum keluar mencari rezeki termasukla membuat sendiri minuman ‘booster’ membanyakkan susu ibu.

“Lepas saya alami sendiri pengalaman menguruskan isteri berpantang, saya tak dapat bayangkan macam mana perasaan ibu berpantang sendirian kalau suami tak mainkan peranan mereka. Bila kita dah alami sendiri baru kita faham betapa hebatnya seorang wanita.”

Belajar Daripada Adik Beradik

“Semua ilmu dan pengalaman ini banyak saya dapat daripada adik beradik. Mereka banyak ajar cara nak uruskan anak termasuklah cucu najis. Arwah ibu juga banyak ajar kami adik beradik bab berpantang termasuklah bertungku.

“Mak mentua pada mulanya nak duduk rumah kami dua minggu untuk jaga isteri. Tapi bila dia tengok saya uruskan isteri dengan baik sampai bahan mandian pun boleh sediakan, jadi dia serahkan saja tugasan tu pada saya. Katanya secara berseloroh pada saya ‘kalau macam ni beranak setiap tahun pun tak apa’.

Mengakui tugas menjaga isteri berpantang ini susah, Abang Sejuk menitipkan pesanan serta nasihat buat para suami atau lelaki di luar sana agar bersabar dalam menjaga isteri sedang sakit berpantang.

Hal ini bukan sahaja dapat meringankan bebanan isteri malah dapat mengurangkan beban serta tekanan isteri agar mereka tidak didatangi pelbagai jenis penyakit lain termasuklah meroyan.

Suami Wajib Tahu Jaga Isteri Berpantang

“Bagi saya, ibu berpantang selama 44 hari ni perlu dilayan seperti permaisuri. Keadaan tubuh isteri yang tidak cukup rehat dan sakit memerlukan bantuan penuh seorang suami. Mereka memerlukan bantuan kita apatah lagi dalam keadaan menanggung kesakitan lepas beranak.

“Anak yang dilahirkan adalah anak bersama jadi kita sebagai suami perlu bantu saat isteri tengah lemah berpantang. Ketika ibu berpantang haruslah dijaga supaya mereka dapat jalani proses ini dengan tenang.

“Kalau bercakap bab susah jaga isteri berpantang ni banyak, tapi bila kita ajar dan latih diri lama kelamaan akan jadi terbiasa dan mudah. Bab nak masak untuk ibu berpantang pun susah sebab ada makanan tidak boleh dimakan sebab takut bernanah pada bahagian luka. Tapi ada juga perkara saya tak boleh buat seperti mengurut jadi saya upah tukang urut,” beritahunya.

FOTO: Mstar

“Pada pendapat saya, menjaga isteri berpantang ini adalah perkara wajib bagi setiap lelaki. Inilah yang dikatakan sebagai salah satu nafkah batin. Jadi para suami perlu ada ilmu pengetahuan.

Perkongsian video beliau di TikTok meraih lebih 700,000 jumlah tontonan dan ada yang meninggalkan komen ‘Abang, kursus kahwin dulu pergi sesi permium ke?’ di ruangan komen.

Sumber: Mstar