Pasti antara kita biasa dengar orang bercakap tentang istilah “Life Begins at 40” yang umumnya mengecap kestabilan hidup. Bahkan ramai juga akui pada usia tersebut adalah seseorang akan mencapai kemuncak dalam kerjaya atau apa jua bidang yang dilakukannya.
Pernah mendengar istilah “Life Begins at 40”?
Pun begitu, disebalik umur yang meningkat, perlu sedar juga itu bermakna secara beransur-ansur kita akan mula mengalami banyak perubahan fizikal, mental, fisiologi, dan sosial.
Ini seperti yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakop yang merasakan semakin berusia membuatkan seakan badannya terasa berbeza daripada sebelum mencapai usia 40 tahun. Menangani masalah tersebut, turut dikongsikan beberapa perkara yang perlu dikurangkan olehnya.
Ini perkongsiannya dan semoga bermanfaat untuk semua.
Hari tu ada borak dengan suami. Saya kata kenapa semenjak masuk 40 ni, badan saya ni macam auto habis bateri.
Kawan-kawan yang nak masuk 40 pun mula kata benda yang sama. Cepat rasa penat. Kadang pula sensitif ya amat.
Ads
Memang begitu agaknya. Orang kata krisis pertengahan usia. Pemula pada usia yang nak masuk matang dan empuk macam orang selalu cerita. Untuk kekal matang dan empuk tu banyak benda kita kena KURANGKAN pada pandangan saya.
Kurangkan makan.
Oleh sebab badan kita ni dah menua. Begitu juga organ di dalamnya. Keperluan badan pun dah makin berbeza. Makan sekarang sekadar cukup nak bagi tenaga. Tak boleh dah lagi nak disumbat selagi ada.
Kurangkan berkawan.
Bukanlah semua kena tinggalkan. Mana baik kita simpan. Mana toksik kita maafkan. Lepas tu lupakan. Kemudian alihlah perhatian. Waktu begini kena cari kawan yang selalu ingat mengingatkan. Bahawa dunia ini bukanlah tempat berkekalan. Dan sering nasihat kita untuk terus sediakan bekalan.
Kurangkan membeli.
Saya perasan umur begini kita mula mengerti. Mungumpul barang tu dah tak perlu lagi. Semakin banyak barang semakin semak kita tengok sana sini. Lagi pula kita dah tahu barang tak pakai akan jadi beban di sana nanti. Berapa banyak rupanya dulu wang kita terbazir atas nama hobi. Dan sebab kita minat nak kumpul koleksi.
Ads
Kurangkan bercakap.
Benda ni senang saja untuk suami. Untuk saya memang kena berlatih lagi. Kata Ustaz kalau nak kurangkan bercakap banyakkan berzikir di mulut dan hati. Bila semakin banyak ia terisi, semakin kurang rasa nak bercakap perkara yang tak mendatangkan erti.
Kurangkan komplen.
Selama ni saya selalu perhati. Ada dua jenis orang saya pernah temui. Satu yang hidupnya suka sangat memuji-muji. Semua orang dan semua benda sentiasa memberi erti. Orang begini saya lihat sentiasa disayangi. Tapi ada juga yang gemar komplen tak henti-henti. Seakan semua benda tak beri kebaikan buat diri. Orang begini pula selalu orang lain hindari. Apa kita nak jadi nanti. Pandai-pandailah pilih sendiri.
Nak rasa apa ni adalah atas pilihan kita. Ikhlaskan semuanya walau balasannya kadang tak seberapa. Tak pun kadang memang langsung tak ada. Kita baik sebanyak mana pun sentiasa ada yang tak suka. Selagi banyak mengharap balas atas segala usaha, semakin sakit jadinya hati saat diuji rasa. Tapi begitulah kaedahnya. Lillahitaala tu tak semudah berkata-kata.
Ads
Kurangkan kerja.
Dulu kita ingat kerja ni lah yang bagi rezeki. Lagi banyak kerja lagi banyak duit kita nanti. Lalu kita kerja dan kerja tak berhenti-henti. Tak perasan satu masa anak dah besar dan pasangan dah tak sekuat dulu lagi. Tapi sekarang dah mula pandai bahagi-bahagi. Kita tahu bila nak kerja dan bila nak luang masa berkualiti. Kita nak menang dua-dua tak nak ada satu yang kita rugi.
Kurangkan anxiety.
Nak hilangkan anxiety boleh cuba ikut pesan Ustaz Wadi. Yang dah lepas belajar lupa apa yang jadi. Yang akan datang jangan fikir begitu teliti. Jadi manusia kita cuma usaha sepenuh hati. Apa saja yang datang kemudian nanti itulah kita punya rezeki. Baik atau buruk sentiasa jadi rahsia yang sering menguji.
Tidak dinafikan, keseronokkan anak-anak bila dapat berendam dalam kolam mandi memang cukup luar biasa.
Berjam-jam berendam pun tidak menjadi hal bagi mereka, malah jika disyaratkan bermain air hanya boleh sekejap sahaja pasti mereka tidak puas hati. Merajuk pun boleh, begitulah ragam anak-anak kita.
Namun dalam tempoh PKP ini apa cara kita untuk menggembirakan anak-anak dengan memberi peluang mereka mandi manda di dalam kolam air ya?
Kadang kala kasihan juga melihat mereka, hanya bermain di dalam rumah dengan aktiviti yang sama semenjak PKP dilaksanakan pada 18 Mac yang lalu hingga kini.
Jadi apa kata, anda bina kolam mandi sepertimana yang direalisasikan oleh Zul Mus, ayah kepada 4 orang anak ini.
Melihat perkongsiannya itu, tidaklah sukar untuk dibuat dan sesuai sangat jika anda sekeluarga tinggal di rumah teres.
Tutdia… Siap dh… PKP lajak lagi 2 mingu punya pasai abah hampa diy kolam bagi kat hampa mandi..Maaf na Iwan Watie saya tiru idea tuan …
Nie utk saiz kolam 8kaki x 6kaki x 1.2kaki…
Kelengkapan yang diperlukan
20mm PVC pipe class 7 =4btg
20mm PVC tee =36biji
20mm PVC elbow =8biji
canvas 12ft X 10ft
gam pipe PVC
cable tie
alatan tangan
Kos keseluruhan rm130 – rm160…Harga ikut hardware tempat masing²...
Kalau kat penang hardware buka setiap Isnin & Khamis… Kalau kat tempat len tak pasti la plak…
Langkah DIY kolam mandi
Step 1 : Sediakan 20mm PVC pipe class 7 =4btg, 20mm PVC tee =36biji dan 20mm PVC elbow =8biji
Step 2 : Bina kerangka kolam berukuran 8kaki x 6kaki x 1.2kaki menggunakan PVC pipe. Gamkan antara sambungan pipe dengan gam pipe PVC.
Step 3 : Letakkan canvas berukuran 12ft X 10ft dan ikat kemas setiap bahagian tepi canvas dengan cable tie. Siap dan kemudian isi air sehingga penuh.
Sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Ahad, beberapa individu telah menerima darjah kebesaran dari Baginda termasuklah selebriti media sosial, Farhatul Fairuzah.
Johan Tilawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 tahun itu meluah rasa syukur dan berkongsikan beberapa gambarnya bersama kerabat diraja dan penerima darjah kebesaran serta pingat yang lain di laman Instagram miliknya semalam.
“Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas pengurniaan darjah dan kebesaran negeri Selangor Darul Ehsan, sempena menyambut ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-77, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
“Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Jaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj di atas penghargaan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S).
“Semoga Tuanku dan Permaisuri dipanjangkan usia, sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT,” tulis Qariah yang berusia 23 tahun ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah atas pengurniaan tersebut dan berharap dapat menjadi pemangkin semangat buat Farhatul dalam menyebarkan ilmu al-Quran kepada orang ramai.
Selain Farhatul, Johan Tilawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2022 iaitu Sofizah Mousin turut menerima darjah kebesaran yang sama.
Sumber: Instagram Farhatul Fairuzah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kita selalu dengar, mulakan hari dengan semangat dan perkara-perkara positif, agar sepanjang hari yang dilalui menjadi lancar dan mudah.
Pun begitu jika permulaan hari diisi dengan perkara-perkara yang kurang baik, akan memberi kesan yang sebaliknya.
Jadi jika ditanya, apakah perkara terbaik untuk kita seisi keluarga lakukan setiap pagi agar menjadi permulaan hari yang terbaik untuk Kita semua.
Hal ini telah dikongsikan di akaun fb Abu Hurairah Asifa dan ini katanya.
1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita. Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?
1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!
3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.
4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.
1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.