
Berkongsi gambar bersama kapsyen yang ringkas dan padat, ia bagaimanapun sudah jelas untuk menggambarkan kebahagiaan serta keharmonian rumah tangga penyanyi yang tampak awet muda biarpun sudah menghampir usia 50 tahun itu.
Siapa tak kenal kan dengan penyanyi kecil molek, Amy Mastura. Walaupun jarang muncul di kaca televisyen namun, kelibatnya masih ada di persada seni. Bahkan sesekali dia mewarnai dunia lakonan.
Apa yang ingin admin kongsikan adalah wajah penyanyi ini tidak banyak berubah biarpun usia sudah memasuki sepatruh abad. Memang awet muda.
Terbaru, Amy berkongsi gambar bersama keluarga ketika menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Adriana yang ke-20 tahun.
Walaupun serba sederhana, namun yang penting dapat bersama sekeluarga. Cepatnya masa berlalu, wajah penyanyi ini tetap sama bahkan rata-rata yang melihat perkongsian tersebut memuji Amy yang tak makan dek usia.
Bukan tu jer, perkongsian tersebut turut mencuri tumpuan memandangkan kedua-dua anak Amy sudah remaja dan mereka dilihat seperti adik dan kakak bukannya ibu dan anak. Comel!
Untuk rekod, Amy dan Alvin mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan hasil perkongsian hidup, rumah tangga pasangan berkenaan diserikan kehadiran dua puteri, Adriana dan Adalia.
Menerusi ruangan komen, ramai yang mengatakan Amy di dalam gambar tersebut seolah-olah sedang menyambut hari lahir adaik dan bukan anaknya. Lucu tapi itulah hakikatnya kerana wajah Amy yang tampak awert muda.


Baru Balik Haji, Lelaki Ni Kongsi 18 Perlu Buat Sekarang Kalau Berhasrat Nak Jadi Tetamu Allah Di Musim Haji Akan Datang.

Berpeluang menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini merupakan rezeki yang tidak ternilai bagi pasangan Wan Zul Asri dan isterinya Halisa Mohd Darus. Rasa syukur dengan nikmat yang diterima, terpanggil untuk dirinya berkongsi serba sedikit info berdasarkan pengalaman peribadinya.
Untuk itu ayuh kita ikuti perkongsiannya dan semoga di tahun hadapan, giliran kita pula menjadi tetamu Allah dan sekali gus dapat kita mempersiapkan diri untuk ke sana dengan lebih teratur dan sempurna.
Alhamdulillah saya dan isteri Halisa Mohd Darus selamat pulang ke Tanah Air pada 13 September 2018 dari menunaikan Haji.Terima kasih atas doa kalian. Saya ingin mencoretkan beberapa pengalaman peribadi saya dan isteri sepanjang persediaan kami sebelum ke Tanah suci dan semasa di sana.Apa yang baik boleh sama-sama kongsikan.
Persediaan Sebelum ke Tanah suci
1. Buleh start tengok kat signboard tepi jalan, bila mula kursus haji. Bila kita ke kursus haji,kita akan nampak apa sebenarnya ibadah haji.Kursus tuh biasanya bermula Disember berakhir Mac.
2. Kalau turn lambat lagi, boleh hantar surat rayuan ke Tabung Haji. Buleh hantar dengan email,pos atau ke pejabat berhampiran.Saya sediakan template surat haji.Kredit surat haji untuk sahabat saya Lily Fauzan dan suami.
3. Dah hantar surat rayuan, bolehlah mula pohon berdoa dengan Allah untuk memilih kita. Kita nak jadi tetamuNya maka dengan Allah kita kena pohon..itulah sebaik2 ‘kabel’..Mintak doa tuh..kena yakin bahwa Allah akan menerima doa kita…berdoalah tiap kali masa dalam sujud akhir solat fardhu..pohon dengan Allah agar kita menjadi tetamuNya yang paling istimewa…Insyallah – Biasanya pihak TH akan hantar surat balas bahawa permohonan kita telah diterima dan sedang diproses…
4. Yang dah terima surat tawaran,kena banyak bersyukur..n kena berdoa jugak agar kita dipanjangkan umur untuk sampai ke sana..ada jugak sehari sebelum bertolak ke Tanah suci..meninggal dunia…
5. Sebenarnya perilaku kita di Mekah/Madinah adalah bermula dari rumah..kalu dirumah kita rajin ke masjid maka kita akan biasakan diri solat di Masjidilharam..kalu di rumah suka berborak kosong maka di Tanah Suci nanti..perangai kita akan terikut2..
6. Kalau buleh jangan skip kursus haji,banyak info dalam ceramah tersebut.
7. KURSUS HAJI INTENSIF ADALAH PENTING SEBAB KURSUS INTENSIF INI LEBIH KEPADA PRAKTIKAL CARA PEMAKAIAN IHRAM DAN CARA TAWAF,SAIE DAN MELONTAR.IANYA JUGA MEMUDAHKAN BAKAL JEMAAH HAJI BERTANYA USTAZ/USTAZAH JIKA ADA SEBARANG PERMASALAH KERANA JUMLAH PESERTA TIDAK RAMAI.
8. Kursus Haji Perdana sebaiknya perlu diikuti oleh Jemaah haji.Sebab kekadang para Jemaah memandang remeh sebab mungkin lebih kurang sama dengan Kursus Intensif. Biasanya kursus perdana para bakal Jemaah akan didedahkan serba sedikit cara susunan khemah di Mina/ Arafat
9. Sebolehnya,ambilah suntikan vaksin tambahan.2 suntikan asas blh didadapati secara percuma dihospital kerajaan manakala yang tambahan 2 lagi atas pilihan para Jemaah.Kekadang jika sekiranya ada klinik swasta yang buat usahasama dengan TH cawangan, harga suntikan tambahan agak murah.Suntikan ni untuk kesihatan diri sendiri.
10. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan sebelum berangkat, bolehlah mula berlatih berjalan kaki..700m-1km ok dah sehari.Tak perlu berlari. Ini kerana kat Mekah biasanya jarak hotel ke Masjidilharam dalam lingkungan 700m – 1.2km..bergantung pada nasib. Itu sebab saya syorkan pohon dengan Allah agar kita menjadi tetamuNya yang paling istimewa. Sya syukur jarak 750m dan berjalan rata tanpa mendaki bukit.
11. Dari segi baju yang perlu dibawa,cadangan saya jangan bawak terlalu banyak.Sebab biasanya baju akan dibasuh setiap hari,boleh rotate.Kat mekah kalu jemur pakaian 3 jam dah kering.
12. Kalau lelaki, baju yang penting ialah baju Pagoda Berpoket..harga dalam RM18 sehelai..
13. Saya lebih syorkan pakai baju kurta berbanding dengan Jubah. Sebab kat Mekah kita banyak bergerak dan semasa melakukan tawaf lebih selesa..(itu pandangan saya yer..).kalu kain cotton lagi bagus..selesa..
14. Untuk tawaf, saya syorkan beli stokin tebal…stoking yang saya bebetul recommend (saya bukan agen yer) ialah stokin jenama Footlink..harga dalam RM32-RM35 sepasang..kalu tak silap..sebab wife yang beli..hihihi..mmng tebal dan bagus untuk tawaf..sya xsyor sangat kasut tawaf…sebab mudah terpijak oleh Jemaah lain semasa tawaf..bila dah terpijak..memang susah nak pakai kembali..sebab ramai Jemaah semasa tawaf
15. Kalu ada kasut jogging,elok bawak..nak guna masa pergi melontar..jauh jugak kalu totalkan jumlah KM berjalan untuk melontar….dalam lebih kurang 25km..pakai selipar nnti kaki mudah melecet…
16. Boleh jugak try cari kat Youtube,banyak ceramah haji dalam tuh. Blh dengar sambil bawak kereta
17. Saya suka membaca buku ni..50 Tips Motivasi Haji dan Umrah karangan Prof Muhd Kamil Ibrahim banyak info dan motivasi untuk bakal Jemaah haji..
18. Sya syorkan..bawaklah serunding ker..tempe ker…ikan bilis ker…tq kak Wan Norhati kirimkan bilis goreng..budu ke..sbb bila kat Mekah nanti,menu lebih kurang sama..Ikan Patin,Daging, Ayam atau Sotong..bawak banyak takpe..blh bagi sesama Jemaah lain..blh pahala..letak dalam satu beg..nanti beg kosong boleh bawak balik buah tangan..hihihi..kat Mekah nanti..kalu xde selera..Mee Segera yang menjadi pilihan….mungkin orang kata..ehh nak g makan ke kat Mekah..ya..memang perlu makan…untuk tenaga..
sumber : Wan Zul Azri
Wanita Ini Kongsi Rahsia Cantikkan 7 Bahagian Tubuh Guna Minyak Halba Homemade. Hanya Bermodalkan RM10 Jer. Wow Superb!

Nak cantik ada banyak cara, bukan hanya bergantung kepada penggunaan produk mahal semata-mata. Ada juga bahan di sekeliling anda yang boleh membantu untuk tujuan tersebut.
Tahu kan biji halba? Selalu ibu-ibu menggunakan bahan ini dalam masakan. Petua cantik kali ini dikongsikan oleh Sarifa Redzuan II menerusi laman facebooknya.
Selalu orang buat minum. Bagus untuk masalah dalaman, NAMUN tahu tak halba yang di masak dengan minyak zaitun boleh cantikkan awak secara semulajadi?
Cara dia mudah saja:
1. 50G halba (di kisar lagi bagus)
2. 100ML minyak zaitun
Masak dengan api yang perlahan selama 20 minit. Kacau lawan jam sambil niat baik baik. Biarkan sejuk . Perap masuk dalam botol semalaman. Lagi lama perap lagi bagus.
Kemudian tapis ambil minyaknya. Simpan dalam botol pump supaya mudah nak pump minyak tu. Simpan suhu bilik boleh tahan 5 bulan.
Hampas tu jangan di buang. Boleh buat scrub muka atau badan. Campur dengan yogurt. Kan tak membazir namanya. Hihihi.
Okay, ada 7 kegunaan minyak ni. Kasi merecik dari atas sampai bawah.
1. Sapu di muka sambil urut muka untuk kulit lembap dan mampu mengecutkan jerawat. Selain itu parut parut pun pudar. Baik untuk kulit sensitif. Lepas urut tu tak perlu cuci. Urut muka sebelum tidur. Lepas urut terus tidur. Esok pagi jer bangun cuci muka tu.
2. Boleh campur dalam
sedikit yogurt untuk di jadikan masker muka. Biar la dalam 20 minit. Lepastu cuci dengan air biasa.
3. Selalu sapu dan urut wajah dengan minyak ini, kulit semakin tegang dan garis halus serta kedutan berkurangan. Awet muda gitew.
4. Sapu di seluruh kepala setiap malam sambil urut kepala mampu membantu rambut lebih sihat, lebat, tidak bercabang dan cepat panjang
Minyak halba penuh dengan mineral seperti kalsium, magnesium, besi, dan vitamin B12 dan B6, yang dipercayai mempunyai manfaat optimum untuk kesihatan rambut dan kulit kepala.
Kulit kepala sihat dapat membantu melindungi kulit kepala yang kering, kelemumur serta gatal gatal. Paling best rambut kurang gugur.
5. Minyak halba besarkan payudara. Ini rahsia orang lama. Selepas mandi, setiap hari ambil sedikit minyak dan urut buah dada 10 minit. Bolattt elok nanti buah dada tu.
Nak lagi cepat montok boleh tambah minyak ikan (omega3 tu) bukan minyak ikan goreng ya.
Ramuan ni boleh juga di sapu di punggong sambil urut. Selain membantu menaikkan punggung, kulit kawasan punggong pun akan jadi warna sekata dan halus. In Sha Allah, akan dapat hasil yang menakjubkan jika di amalkan secara konsisten.
6. Sapu setiap hari di kawasan kulit yang kering seperti kaki, siku, lutut dan tangan untuk dapat kan kulit lembap dan halus
7. Sapu di belakang badan untuk kecutkan jerawat badan.
Apa apapun, penggunaan perlulah istiqamah baru dapat hasil yang best best.
Kos bahan pun murah jer
1. Halba 50 GRAM RM0.50
2. Minyak zaitun 100ML RM9.50 (ikut brand)
Modal RM10 tapi boleh pakai untuk pelbagai. Sangat sangat berbaloi lah. Tak rugi pun cuba.
Selamat mencuba semua❤️
Halba tu kalau nak buat serbuk, panggang halba sampai kering baru kisar.
“Mujur Isteri Tahu CPR.” Setelah 5 Minit Lemas, Anak Ini Dapat Di Selamatkan. Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas, Moga Jadi Iktibar!

Siapa sangka dalam waspada menjaga keselamatan anak, kejadian yang tidak diingini tetap berlaku.
Bukan tidak prihatin tentang soal keselamatan anak-anak terutama di sekitar rumah.
Namun anak yang lincah kadang kala ibu ayah terlepas pandang.
Begitulah yang terjadi kepada sebuah keluarga ini yang hampir kehilangan anak tersayang akibat lemas dalam kolam buatan sendiri.
Anaknya yang masih kecil tanpa disedari keluar ke halaman rumah tanpa sengaja telah jatuh di dalam kolam.
Setelah hampir 5 minit telah berjaya diselamatkan oleh ibunya sendiri dengan bantuan CPR.
Siapa yang tidak sedih dan trauma kejadian ini terjadi kepada darah daging. Lebih lagi kejadian berlaku didepan mata.
Jauh di sudut hati tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada keluarga lain, pasangan suami isteri ini berkongsi detik cemas itu. Ikuti perkongsian saudara Abdul Rahim menerusi facebooknya.
Moga jadi ikhtibar!
Pengajaran buat kami sekeluarga hari ini.
Pertama, betapa penting pengetahuan CPR.
Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, petang tadi Atikah Mohd Ramzan dapat kembali anak bongsu kami selepas berjaya buat CPR sejurus selepas angkat dari kolam. Hampir 5 minit ibunya buat CPR anak kandung sendiri. Super Mom.
Kedua,
Penghadang yang lebih tinggi dari kepala pun dia boleh ambil kerusi dan panjat.
Jadi berwaspadalah sentiasa dengan anak kecil.
Kolam ni dah pun kami simpan.
Tak pasang dah lepas ni.
Pasang sebelum ni pun untuk ajar anak-anak berenang dan apungkan badan.
Kakaknya dah mahir, dia saja belum.
Mohon doakan banyak2 lagi untuk anak bongsu kami Alita Raysha Abdul Rahim.
Update dari ward kanak-kanak HRPB yang Alita mungkin dimasukkan ke ICU malam ni.
Ya Allah permudahkanlah urusan kami.
Video untuk ikhtibar bersama
Video ini asalnya untuk rekod sahaja kepada doktor mengenai berapa lama durasi kanak – kanak tersebut lemas tanpa oksigen.
Alhamdulillah semuanya selesai dan saya boleh simpan sendiri video ni. Tapi saya tekad untuk kongsi kecuaian dan kelemahan diri saya ini supaya menjadi kesedaran kepada ibu bapa lain, bahawa ‘hazard’ ada di mana-mana dan dari perkongsian ini kemalangan seperti ini boleh dielakkan dan banyak nyawa kanak-kanak lain juga boleh diselamatkan.
Kerana kerusi atau alatan untuk anak memanjat halangan ini ada di mana – mana, bukan penghadang kolam saja, malah penghadang di rumah kondo atau flat.
Tentang pagar yang terbuka, kami berada di luar berhampiran ketika itu. Semua sedang mencuci seluruh rumah termasuk kolam tersebut. Tentang lalai kami akui. Kerana itu kami berkongsi.
Ini kelemahan kami pada waktu itu. Itu yang kami ingin kongsikan. Realiti tak sentiasa indah, Video berdurasi 3 minit. Kurang 10 saat selepas tu kami tiba dan dengan izin Allah sempat diselamatkan.
Tapi jika ingin berlaku kemalangan, 10 saat kecuaian kami pun sudah cukup. Tentang kolam pula, air akan dikosongkan atau kolam ditutup apabila tidak digunakan.
Saya mendoakan dan memohon kepada Allah SWT agar anda semua disini dihindari dan dijauhi dari perkara seperti ini berlaku kepada ahli keluarga anda. InsyaAllah.
Kronologi kejadian
Ini video & kronologi apa yang berlaku kepada keluarga kami dalam tempoh 24 yang lepas, harap jadi iktibar kepada ibu bapa yang lain;
1. (Video) Jam 3:20 petang anak bongsu kami Alita Raysha lemas dalam kolam ketika bermain. Dia telah ambil kerusi dari belakang rumah dan panjat penghadang.
2. Kemudian kebetulan abangnya lalu dan nampak Alita kaku di dalam kolam.
3. Abangnya panggil saya dan isteri. Isteri saya cepat – cepat angkat Alita yang dah kaku dari kolam.
4. Isteri saya, seorang bekas jururawat di PPUM, yang selayaknya digelar Super Mom Atikah Mohd Ramzan dengan tenang melakukan CPR keatas anaknya sendiri yang dah tak bergerak masa tu.
5. Badan Alita dah keras dan membulat masa buat CPR tu, tiada respon apa-apa langsung. Memang dah terasa seperti kehilangan anak kami masa tu.
6. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T setelah lakukan CPR dengan sabar sambil memanggil – manggil nama anak kami tanpa mengalah, Alita kemudian merengek dengan sangat perlahan. Anak kami telah kembali kepada kami 5 minit selepas lakukan CPR. Kami terus hantar ke Jabatan Kecemasan HRPB.
7. Ketika di Jabatan Kecemasan, setelah stabil anak kami dihantar ke PHDU, namun malam itu jam 10 malam, Alita diserang sawan yang memberi isyarat mungkin ada gangguan pada otak akibat terputus oksigen seketika pada insiden petang tadi.
8. Pada jam 10:30 malam, doktor telah memindahkan anak kami ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik untuk pemerhatian rapi.
9. Alhamdulillah, (Gambar) pagi ini Alita telah sembuh sepenuhnya dan menunggu tempoh 24 jam untuk discharge.
10. Kami jadikan ini pengajaran dan pengalaman betapa pentingnya pengetahuan CPR. Tanpa tindakan pantas isteri saya semalam, kami mungkin kehilangan anak kami selama – lamanya. Dan menghabiskan baki usia kami dengan penyesalan yang tak berkesudahan. Tak dapat malah tak sanggup kami bayangkan.
11. Kami juga jadikan ini pengajaran kepada kami yang mana setinggi mana penghadang sekalipun, anak tetap boleh ambil kerusi dan panjat. Pengawasan maksima keatas anak – anak sentiasa diperlukan.
12. Kolam itu tujuannya adalah untuk mengajar anak kami pengetahuan berenang dan apungkan badan dalam air ketika kecemasan. Dua orang kakak dan abangnya dah pandai, tapi Alita belum habis belajar lagi.
10. Harini kami ambil keputusan untuk simpan kolam ini, cuma mungkin pasang kemudian apabila anak dah betul – betul dewasa nanti. Mungkin juga tidak pasang terus.
11. Saya naikkan video ini hari ini agar menjadi pengajaran kepada yang lain untuk sentiasa berhati – hati. 5 minit sudah cukup untuk insiden seperti ini berlaku.
Hari ini, anak kami telah dikeluarkan dari ICU dan mungkin akan discharge sepenuhnya dalam tempoh 24 jam.
Alhamdulillah. Semuanya selesai.
Terima kasih kepada yang mendoakan.
Terima kasih juga kepada Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB yang memberi layanan terbaik kepada anak kami dan anak-anak kecil yang lain. Hanya Tuhan dapat membalas jasa baik kalian.
Semoga apa yang berlaku pada kami ini akan menjadi pengajaran pada ibu bapa yang lain juga.
Anak adalah rezeki dan juga tanggungjawab. Jagalah sebaiknya.
Sumber: Abdul Rahim
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club