Dalam kehidupan berumah tangga tak lepas dari berlakunya perselisihan faham, namun bagaimana cara untuk pasangan itu mengatasi masalah tersebut.
Ibarat kata pepatah tarik rambut di dalam tepung, rambut tidak terputus dan tepung tidak berselerak. Demikian juga pasangan suami isteri berbincang supaya sama-sama mendapat jalan penyelesaian.
Wawa Zainal dan Aeril Zafril, pasangan muda yang cukup terkenal dan sering menjadi contoh buat pasangan muda lain. Bukan hanya berkahwin dalam usia muda, bahkan pasangan ini sama-sama berusaha dalam bidang bisnes serta membesarkan tiga cahaya mata dengan baik.
Wawa berkongsi satu video tip bagaimana untuk mengatasi isu pasangan sukar untuk mengungkapkan kata maaf.
siapa sejenis pasangan dia susah nak minta maaf? amalkan ni k.
Itu kapsyen yang dimuat naik Wawa Zainal menerusi laman instagramnya.
Dalam video tersebut, wawa berkata jika berlaku salah faham antara dia dan suami, walau bagaimana sekali pun salah suami, dia tetap akan memaafkan dan tidak menyimpan di dalam hati.
“Saya percaya kepada rezeki. Jika kita sentiasa memaafkan pasti rezeki akan melimpah ruah dan dipermudahkan buat kami.
“Mungkin perkara ini nampak remeh tetapi sebenarnya jika dibiarkan ia akan memberi impak yang besar,” ujar Wawa lagi.
Menerusi komen yang diterima, rata-rata bersetuju dengan apa yang Wawa kongsikan.