“Maafkan Aku Ahmad Kalau Aku Bukan Kawan Yang Sempurna” – Aznil Hj Nawawi

Share

Bagi yang pernah mengikuti segmen ‘Macam-Macam Aznil’, pasti mengenali jurulatih penari popular, Ahmad Kassan.

Semalam kita mendapat perkhabaran Ahmad Kassan dilaporkan telah meninggal dunia di Singapura. Berikutan daripada itu, rata-rata rakan artis menzahirkan ucapan takziah serta meluahkan rasa sedih di atas kehilangan beliau.

Di Instagram, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dengan sapaan Pak Nil berkata dia agak terkejut sebaik sahaja mendapat tahu mengenai berita tersebut.

Malah, yang paling dikesalkan Pak Nil kerana tidak ambil tahu mengenai kesakitan dan pemergian sahabat baiknya itu.

“Saya terdiam lama bila dapat perkhabaran. Semua muncul serentak antara kenangan lama dan cerita yang saya tak tahu tentang kesakitan dan pemergiannya. Maafkan aku Ahmad kalau aku bukan kawan yang sempurna. Tapi percayalah aku sangat menyenangi engkau.

“Ketika orang kata stail tarianmu dah outdated, aku tetap mahu kau jadi sebahagian dari ‘Macam-Macam Aznil’. Kau sendiri akui itu dan kau sendiri ucap syukur dihadapan ku. Tapi sebenarnya aku juga menumpang rezeki di atas kehebatan dan kebaikan engkau Ahmad. Semoga itu semua saham kau di sana. Rindu memang rindu.” tulisnya.

Terdahulu, Pak Nil meminta orang ramai untuk menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah kepada Allahyarham dan berdoa agar roh ditempatkan bersama mereka yang beriman.

Sumber: Instagram Aznil Hj Nawawi