Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Inilah yang selalu dikaitkan bila bercakap soal anak-anak.
Tak pernah ada istilah lambat dalam mendidik anak-anak. Tapi seeloknya, mulalah sedari kecil ketika mereka masih lagi fresh untuk menerima sebarang ilmu terutamanya dalam kehidupan.
Lebih-lebih lagi bila kait soal tanggungjawab. Bila dari kecil mereka ada sifat tanggungjawab, tanpa sedari kita juga didik mereka untuk jadi lebih matang dan kurang bergantungan pada orang lain.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda terapkan di dalam diri anak-anak untuk menjadikan mereka sebagai individu yang lebih bertanggungjawab.
1. Maaf dan terima kasih
Sejujurnya bagi penulis, mengajar anak mengucapkan maaf dan terima kasih adalah perkara yang paling penting. Ia adalah perkara paling asas dalam mendidik anak-anak.
Ajarkan anak anda untuk memohon maaf apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan tidak kira kepada sesiapa. Ini dapat membantu mereka untuk menyedari tentang kesilapan mereka dan membantu untuk mengelakkannya daripada berulang.
Sebagai permulaan, didiklah si manja anda untuk mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu. Ia boleh menjadikan mereka sebagai individu yang tahu menghargai pemberian yang diterima.
Ads
2. Lakukan secara sukarela
Tidak dinafikan, ada yang menggunakan cara memberi upah untuk menggalakkan anak-anak membantu melakukan sesuatu pekerjaan. Tetapi dalam masa yang sama, tindakan ini boleh membina satu kebiasaan, iaitu mengharapkan sesuatu balasan apabila melakukan sesuatu pekerjaan atau perkara.
Sebaiknya, cuba untuk mendidik anak melakukan sesuatu secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ajarkan mereka untuk membantu anda mengemas dapur atau membersihkan rumah.
Ads
Ini dapat melahirkan rasa belas kasihan dalam diri anak-anak dan dalam masa yang sama mengajar mereka untuk membantu individu lain dengan seikhlasnya. Mungkin pada permulaan, anak-anak anda sukar untuk melakukannya, tetapi jangan berputus asa.
3. Mengawal penggunaan media dan gajet
Antara kesilapan paling biasa dilakukan dalam aspek pendidikan anak-anak adalah memberikan kebebasan dalam penggunaan media, gajet mahupun internet. Malahan terdapat juga ibu bapa yang memberikan gajet untuk mendiamkan anak. Hakikatnya tindakan ini adalah salah.
Sebaiknya penggunaan media haruslah dikawal dan tidak membiarkan anak-anak menjadi terlalu obses dengan gajet. Amat disarankan untuk si manja di bawah usia 6 tahun, elakkan daripada mendedahkan mereka kepada penggunaan gajet dan media tanpa kawalan.
Ads
4. Rasai kegagalan
Penulis sendiri sebagai seorang ibu, sentiasa ingin mencuba membantu anak. Apabila si manja berdepan dengan situasi seperti sukar untuk melakukan sesuatu, naluri seorang ibu pastinya ingin menolong. Tetapi hakikatnya tindakan itu adalah sangat tidak baik untuk proses keyakinan diri anak.
Jika si comel anda tidak dapat membuat sesuatu, jangan terus menolong. Sebaliknya cuba untuk memberikan sokong kepada anak untuk mencuba dan tidak berputus asa. Masih gagal, bantu mereka dengan memberikan arahan atau menunjukkan cara yang betul.
Sekiranya, si manja anda membuat kesilapan, jangan terus memarahi mereka. Sebaliknya berikan sokongan untuk mereka melakukan yang lebih baik di masa hadapan. Ini kerana jika anda memarahi mereka, ia hanya menjadikan mereka takut untuk mencuba. Ingat, menjadi tegas tidak bermakna anda perlu sentiasa memarahi anak.
Walaupun dah pertengahan bulan Januari, masih sempat lagi untuk menabung. Tidak dinafikan susah nak displin menyimpan duit. Tapi jika komited dan bersabar, hasilnya memang lumayan.
Dengan cara menabung sebenarnya mendidik kita menjadi seorang yang tidak boros berbelanja dan kawal pembelian barang yang bukan keperluan.
Jadi nak tahu caranya, ikuti tip yang dikongsi lelaki ini, Nik Nur Alif Faisal awal tahun lepas. Buat mereka yang nak mencuba masih praktikal untuk digunapakai bagi tahun 2021.
Apa yang menariknya, ada yang berkongsi telah berjaya merealisasikan tip ini. Tahniah!
TAK SANGKA BOLEH SIMPAN RM 3,306
Nak simpan duit setahun RM3,306?
Jika tahun 2019 kita terkandas untuk simpan duit, takpa tahun 2020 ni kita pulun sehabis baik sampai jadi.
Bawah ni saya ada tips yang kita boleh ikut untuk simpan duit setahun RM3,306.
RM1 – Setiap hari masuk tabung. Total setahun RM366.
RM5 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM520.
RM10 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM1040.
RM20 – Setiap bulan simpan 2 keping. Total setahun RM480.
RM50 – Simpan ikut bulan ganjil (Jan, Mac, Mei, Jul, Sep, Nov).Total setahun RM300
RM100 – Simpan ikut bulan genap (Feb, Apr, Jun, Ogos, Okt, Dis).Total setahun RM600
TUKAR DENGAN ASET EMAS PUN BOLEH
Jumlah keseluruhan setahun RM3,306. Banyak benda kita boleh buat dengan duit banyak tu. Plan elok-elok, elakkan pembaziran. Plan tukar kepada aset emas pun boleh, kalau ikut harga hari ni RM214, dah boleh dapat 15 gram. InsyaAllah duit tu akan bertahan lebih lama.
WOW DAH BERJAYA!
Dalam pada itu, warganet turut memberi komen akan mengikut cara yang diberikan oleh lelaki berkenaan menerusi postingnya awal tahun lepas, antaranya PuanEida MdDaud yang menunjukkan sampul mengikut jumlah wang.
Awal tahun 2020
Saya dah buat…tunggu hujung thn kita kira jumlahnya..
Awal tahun 2021
Yang ni tahun lepas..kita try. Alhamdulillah. Hasilnya tak menghampakan.
Apa lagi, masa ada masa untuk mula menabung, jom buat!
Tiada kata-kata dapat menggambarkan kebahagiaan hidup bilamana penantian untuk menimang cahaya mata sudah dicapai.
Tiada yang lebih Lengkap sudah fitrah seorang wanita bila mana bergelar seorang ibu. Rumah tangga kian berseri dengan hadirnya si kecil ini dalam hidup suami isteri.
Demikian juga dengan pelakon dan juga usahawan cantik manis Nur Fazura Sharifuddin atau mesra disapa Fazura. Sudah punya suami penyayang, kerjaya seni dan perniagaan yang stabil.
Kini dikurniakan cahaya mata perempuan yang comel sebagai pelengkap bahtera rumah tangga cukup membuatkan kehidupan Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-27 itu kian bahagia dan sempurna.
“Tidak dinafikan, pengalaman kali pertama menjadi ibu sangat mencabar. Ini kerana banyak perkara yang saya belum tahu terutama apabila anak menangis malam. Ketika awal kelahiran, Fatima kerap bangun malam untuk menyusu.
“Jika menangis pun, sebab nak menyusu. Saya bersyukur Fatima bukannya jenis yang banyak meragam, tak susah untuk menjaganya. Saya bernasib baik mama dan ibu mentua banyak membantu sejak saya bersalin, berpantang hinggalah sekarang.
“Kini, selepas tiga bulan melahirkan, saya sudah boleh membiasakan diri dengan rutin harian. Saya seronok menjalankan tugas seorang ibu,” katanya.
Terbaru, isteri kesayangan aktor Fattah Amin ini berkongsi video pendek menerusi laman instagramnya.
Video yang dimuat naik itu disertakan dengan kapsyen menyatakan dirinya begitu teruja dan mengakui peranan menjadi seorang ibu merupakan pengalaman yang seronok.
“My best role yet,” demikian kapsyennya yang ditulis ringkas namun cukup bermakna.
Gambar Fatima telah menarik perhatian peminat dan pengikutnya dan mendapat tanda suka lebih 400,000. Sementelah lama yang menanti untuk melihat wajah si kecil buah hati pasangan ini.
Posting selebriti berusia 37 tahun itu menerima komen netizen yang memuji dirinya pasti akan menjadi ibu yang terbaik kepada puteri kesayangan.
“Ujian banjir tahun ni. Semoga yang terkesan dengan banjir dipermudahkan semuanya” Begitulah kapsyen video yang dikongsikan di Tiktok @mai.far yang mengundang hiba warganet.
Meskipun bahaya, pengawal keselamatan Ibni Dauda Arifin sanggup meredah banjir bagi menyelamatkan bapa mentuanya, Ramli Awang Kechik yang lumpuh seluruh badan akibat diserang strok hemorrhagic iaitu pendarahan dalam kepala.
Kesungguhan Ibni Dauda, 44, dapat dilihat menerusi video dimuat naik video salah seorang ahli keluarga di TikTok.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Dalam rakaman video itu, Ibni Dauda dilihat bersungguh-sungguh menarik bapa mentuanya berusia 64 tahun yang baring di atas kayu di alas dengan kain walaupun air sudah berada pada paras dada.
Ambil Tanggungjawab Selamatkan
Memetik berita Harian Metro, Ibni Dauda berkata, dia menyelamatkan bapa mentuanya semalam sebelum masuk waktu Zuhur.
Bapa empat anak itu berkata, dia tidak berseorangan sebaliknya dibantu anak, Mohd Izzat Iskandar, 16, dan adik iparnya, Mohd Saudi Ramli, 36.
“Saya dan ayah tidak tinggal bersama. Ayah di Kampung Alor Wan Syed manakala saya tinggal berdekatan iaitu di Kampung Pengkalan Berangan dengan jarak dua kilometer (km).
“Oleh kerana ayah terlantar sakit jadi saya ambil tanggungjawab bantu bapa mentua memandangkan ramai anaknya tinggal berjauhan dengannya.
“Mencabar juga sebenarnya kerana paras air tinggi namun mujur anak dan adik ipar bantu saya untuk alihkan ayah daripada rumah ke tebing sebelum dibantu orang kampung untuk ke pusat pemindahan,” katanya.
Ibni Dauda berkata, apa dilakukannya hanya untuk jalankan tanggungjawab sebagai menantu.
“Ikutkan, ia bukan kali pertama saya bantu ayah ketika banjir malah pernah juga sebelum ini.
“Ia kerana kawasan rumah ayah memang sering dilanda banjir cuma kali ini paling buruk dalam sejarah,” katanya.
Sementara itu, adik iparnya, Mohd Saudi Ramli, 36, berkata, bapanya diserang strok sejak 15 Mac tahun lalu.
Mohd Saudi berkata, sejak itu, bapanya terlantar malah tidak boleh duduk mahupun bangun kerana lumpuh.
“Memandangkan air naik tinggi jadi saya, abang ipar dan anak saudara sepakat alihkan ayah ke tempat selamat.
“Kami ambil masa 20 minit juga untuk alihkan ayah dari rumah ke tebing kerana terpaksa bergerak perlahan berikutan air tinggi,” katanya yang juga anak kedua daripada sembilan beradik.
Walaupun anak sudah semakin membesar, namun kita sentiasa perlu beringat. Usah dilupakan senarai ubat-ubatan bila memilih untuk bercuti atau travel dengan anak-anak, terutamanya ketika bercuti ke luar negara.