NEW PKP

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sebentar tadi memaklumkan bahawa kerajaan masih belum lagi bercadang ingin melaksanakan semula Perintah kawalan Pergerakan di seluruh negara.

Menurut Muhyiddin, jika PKP atau Total Lockdown ini dilaksanakan sekali lagi, boleh memberikan kesan besar yang dikhuatiri meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara.
“Maaf Jika Abah Mula Guna Rotan!”  PM Umum Tidak Laksana PKP Semula, Sekolah Zon Merah Di Sabah Tutup!Apa yang akan dilakukan kerajaan adalah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di mana-mana kawasan yang merekodkan kes positif Covid-19 yang tinggi.
“Saya tahu ramai ibu bapa yang bimbang mengenai anak-anak yang hadir ke sekolah. Setakat ini kerajaan memutuskan untuk menutup sekolah-sekolah di kawasan zon merah. Kawasan-kawasan yang zon merah tersebut adalah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tawau, Lahad Datu, Kunak Dan Semporna, Sabah.
“Maaf Jika Abah Mula Guna Rotan!”  PM Umum Tidak Laksana PKP Semula, Sekolah Zon Merah Di Sabah Tutup!Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memantau keadaan kes COVID di sekolah di seluruh negara. Jika ada sebarang kes COVID-19 melibatkan warga sekolah, KPM akan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menanganinya. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan akan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid, guru dan kakitangan sekolah Jika perlu, keputusan mengenai penutupan sekolah di seluruh negara akan dibuat di peringkat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara.
“Maaf Jika Abah Mula Guna Rotan!”  PM Umum Tidak Laksana PKP Semula, Sekolah Zon Merah Di Sabah Tutup!“Mengenai Pengurusan COVID-19 setelah menerima nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekiranya terdapat keperluan untuk menyekat pergerakan rentas negeri, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan berbincang dan membuat keputusan mengenainya. Saya memberi jaminan notis yang mencukupi akan diberikan kepada orang ramai sebelum sebarang keputusan dilaksanakan supaya tidak ada sesiapa yang terkandas.

“Saya diberitahu mesyuarat MKN yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Ismail Sabri, Menteri Kanan Pertahanan pagi tadi telah membuat keputusan untuk menyekat pergerakan antara negeri Sabah dengan Semenanjung, Sarawak dan Labuan yang akan berkuatkuasa mulai hari esok.
Perdana Menteri dalam pada itu berkata, setelah berbincang dengan Dato’ Seri Ismail Sabri, beliau telah membuat keputusan untuk memberi lebih banyak masa sebelum sekatan ini dilakukan.
“Maaf Jika Abah Mula Guna Rotan!”  PM Umum Tidak Laksana PKP Semula, Sekolah Zon Merah Di Sabah Tutup!“Keputusan ini saya buat bagi mengelakkan ramai penumpang yang bakal terkandas akibat kesuntukan masa membuat perubahan kepada jadual perjalanan mereka. Tarikh baru sekatan pergerakan antara negeri Sabah dengan Semenanjung, Sarawak dan Labuan akan berkuatkuasa mulai 12 Oktober 2020, jam 12.01 tengah malam hingga 25 Oktober 2020.
Kerajaan juga sedang meneliti cadangan untuk menghadkan majlis dan perhimpunan orang ramai bagi mengurangkan kebarangkalian jangkitan wabak Covid-19. Ini termasuk persidangan besar, kenduri kahwin serta majlis perhimpunan orang ramai. Walaubagaimana pun, kerajaan akan mendapatkan input dari KKM terlebih dahulu sebelum melaksanakannya termasuk cadangan mengadakan SOP tambahan jika perlu.
“Maaf Jika Abah Mula Guna Rotan!”  PM Umum Tidak Laksana PKP Semula, Sekolah Zon Merah Di Sabah Tutup!Tegasnya lagi, yang perlu dilakukan pada masa ini ialah semua mesti patuh kepada SOP dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
“Petugas barisan hadapan dari agensi-agensi penguatkuasaan akan dikerah semula ke tempat-tempat awam untuk memastikan pematuhan. Jika ada yang melanggar undang-undang, hukuman kompaun dan lain-lain akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat. Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan!
“Maaf Jika Abah Mula Guna Rotan!”  PM Umum Tidak Laksana PKP Semula, Sekolah Zon Merah Di Sabah Tutup!Marilah kita hadapi perang menentang Covid-19 secara bersama. Ingat, kita pernah berjaya melandaikan lengkung jangkitan Covid-19 sebelum ini. Saya yakin dan percaya kita akan dapat bersama-sama melandaikannya sekali lagi. InsyaAllah, kita doakan mudah-mudahan kita semua akan menang akhirnya.

Ads

 

 

Ads

 

Ads

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI