Seorang wanita yang bergelar ibu, adalah satu anugerah mulia dari Allah. Ibu yang hebat inilah yang akan melahirkan dan mendidik generasi masa depan yang bertakwa dan memperjuangkan kebenaran.
Bahkan antara butir bicara awal Cikgu Fadli ketika LIVE sebentar tadi turut berkongsi nasihat yang diberikan oleh ibunya untuk dikongsikan kepada umum.
Meskipun ibunya berasa syukur anaknya bebas daripada segala pertuduhan yang dikenakan kepadanya namun seorang ibu ini tetap mahu menasihati anaknya agar paling utama jangan menjadikan kemenangan hari ini membuatkan dirinya bangga diri.
“Yang kedua, taat pada Allah, pada rasul dan pemerintah. Walau tidak setuju dengan pemerintah dengan pemerintah yang zalim sekali pun, masih ada lagi perintah Allah untuk taat pada beliau.
“Ma bagi tahu juga kisah Nabi Musa, Ma suka bercerita. Saya seronoklah, Nabi Musa ninabi, Rosul nak tegurnya siapa? Firaun maha zalim, maha jahat, mengaku tuhan. Punyalah jahatnya dia, punyalah zalim, tapi Allah perintah Nabi Musa berdakwah menegur Firaun dengan kata-kata yang lembut.
Bila Ibu Menegur, Tegurannya Ikhlas
“Ma bagi tahu. “Li kena contohi, ni tuhan ajar ni. Boleh kita untuk bersuara, menyatakan kebenaran tapi ingat jangan takbur.
“Pastikan redo Allah dulu dan kena ada hikmah dalam berbicara dalam dakwah dalam menyatakan pandangan. Sebab apa Li katakan itu adalah kebenaran. Tapi Ma lihat pada tulisan dan live Li sebelum ni agak keras. Ma rasa tak kena.”
“Bila ibu menegur ia menegur dengan ikhlas. Mana mungkin seorang ibu menegur demi apa-apa kepentingan dia, melainkan melihat anaknya berada di landasan yang benar.” Jelasnya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Tegur Boleh, Tapi Jaga Bahasa
“Jadi saya ambil maklum nasihat Ma, dia kata tegur boleh tapi jaga bahasa jangan sampai menghina , jangan sampai kurang ajar,jangan sampai biadap.
“Yang keempat Ma kata, kemenangan ini menunjukkan mukjizat al Quran sebagai mana ayat surah pertama nabi terima Iqra. Dengan tulisan itu boleh mengubah dunia, boleh mengubah negara, boleh mempengaruhi ramainya orang dengan hikmahnya.
“Jadi tolong jaga tulisan kita jangan sampai mencerca menghina walaupun tujuan kita baik. Jadi ini saya panjangkan sebagai peringatan memang khas untuk saya dan sebagai peringatan kawan-kawan kalau mana yang ada kita nak tegur pemerintah atau sesiapa sahaja kena jaga kata-kata kita.” kongsinya panjang lebar.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI