Tidak dinafikan semenjak PKP ini, ramai antara kita semakin seronok menyediakan pelbagai menu baru untuk dicuba.
Bahkan, ramai juga yang berkongsi antara alatan dan perkakasan memasak yang digunakan untuk membuatkan urusan memasak semakin mudah dan cepat.
Dan baru-baru ini viral juga tentang perkakasan memasak serba guna Thermomix di media sosial.
Apa yang hebatnya, alatan canggih ini mempunyai pelbagai fungsi dan mampu menyediakan lebih 50 ribu resipi. Wow!
Itu sebabnya juga, ramai ibu-ibu berangan untuk memiliki alatan memasak tersebut, walhal harganya boleh tahan mahalnya.
Membayangkan jika dibeli dapatlah menyediakan bermacam-macam menu untuk keluarga.
Namun, sebelum membuat keputusan memiliki produk hebat ini, ada baiknya baca dulu perkongsian ikhlas dari puan Mona Din ini.
Thermomix.
Benda ni tgh viral sekarang, sakan dok melintas & lalu lalang di media sosial, kan?
Asbab curious, saya pun ambil masa, google tengok, study function, tengok harga, baca komen2 semua…
Adik2, kakak2, makcik2 & sisters semua,
Dlm keseronokan kita mminati produk terbaru di pasaran,
dalam keghairahan kita suka mngikut, apa orang puji bagus kita pun nak juga ada, dalam kecintaan kita kpd peralatan terbaru dapur,
konon untuk mnambah senang kita mmasak,saya dgn niat yg baik, tidak ada sebarang hasad dengki, tidak ada langsung rasa irihati, tidak juga seorang yg anti teknologi,ingin mberi pandangan, dan mnasihatkn dgn tulus ikhlas,tak payahlah beli dulu, tiada kepentingan pun sangat produk sebegitu..!
Kalau ia tiada di dapur kita pun,
inshaAllah apa jua resepi yg ia boleh lakukan, periuk belanga biasa kita di rumah pun mampu, melaksana seperti nya jua..
Bukan masa yang sesuai
Sungguh, saya cuma mahu mengingatkn, sekarang bukan masa yg sesuai, unt bmewah, unt berseronok, untuk bmimpi indah..
Dunia sekarang sedang tenat.
Kita sedang di uji oleh virus corona yg maha dahsyat..
Akibatnya, seluruh dunia bukan hanya khilangan nyawa,
tetapi juga semua sektor pekerjaan sdg menderita, ekonomi sdg merudum, merudum, merudum & terus mrudum, di mana2 saja, di seluruh dunia..
Tiada siapa mampu meneka,
bilakah malapetaka ini akan berlalu,
entah di mana penghujungnya,
tiada siapa yg tahu..
Oleh itu, jika pun kita sgt bernasib baik masih punya wang sekarang, berjimatlah!
Jika pun kita sgt beruntung masih punya kerja sekarang, beringatlah !
Kita tidak akn boleh mjangka apa yg coronavirus ini mampu hancurkn,
kpd kita, kpd karier, kpd negara, kpd dunia..!
Berjimatlah
Simpanlah sebaik mungkin wang yg ada, untuk makanan, untuk keperluan asas yg lebih penting.
Tiada gunanya ada Thermomix yg canggih, andai mungkin satu hari nanti, kita akn kpupusan stok & bahan masakan, untuk di guna, bersamanya.
Jangan terikut oleh trend.
Jangan terlalai oleh periklanan.
Di musim tragedi pedih coronavirus ini, Jangan lagi kita bmimpi di siang hari.
Berjimatlah,
Bersederhanalah,
Hidup lah dulu dgn apa yg kita ada,
Se adanya…
Lupakan dulu Thermomix ini,
buat sementara, atau mungkin elok juga spt ada yg kata, bagus jika dpt di lupakan terus, untuk selamanya…!
sumber : Mona Din