Anak bukan sahaja pengikat kasih sayang, malah mereka jualah penawar segala duka. Hilang segala penat tatkala dapat menyentuh dan memeluk anak sendiri.
Lebih-lebih lagi jika dikurniakan anak yang cukup memahami seperti Nadi Anaqi yang merupakan anak kepada pelakon Zahiril Adzim dan Shera Aiyob.
Dalam satu perkongsian di instagramnya, Shera memberitahu anaknya itu meminta dia berehat jika penat membuat kerja rumah.
“Mommy tengah masak tadi tiba-tiba Anaqi tanya, “Mommy tak tired ke?” Terkedu kejap kenapa dia tanya macam tu.
“Kenapa Anaqi tanya mommy macam tu?” Saja aku nak tahu apa yang ada dalam kepada dia,” tulis Shera di kapsyennya.
Rupa-rupanya, anak lelakinya memerhati segala perbuatannya selama ini yang asyik buat kerja tanpa henti.
“Terdiam aku sambil tersenyum sendiri. Memang aku penat ya amat. Tuhan je yang tahu. Sambil masak dalam kepala fikir kerja lain yang menanti untuk diselesaikan.
“Tapi bila Anaqi cakap macam tu, aku terus lupa sekejap penat. Menambah semangat aku untuk teruskan kerja.
“Betul lah anak ni penguat segalanya. Mommy doakan Anaqi sentiasa dikurniakan kebaikan dan menjadi insan hebat dunia dan akhirat. I love you so much Anaqi!,” ujar Shera lagi.
Nyata perkongsian tersebut mendapat respond dari pengikutnya yang memuji akan kebaikan dan keluhuran hati Anaqi walaupun masih kecil.
Sumber: IG sheraaiyob