“Lumrah Hati Seorang Isteri.” Mengalir Air Mata Risau, Mila Jirin Mohon Titip Doa Buat Suami Yang Jalani Pembedahan!

Share

Hati isteri mana yang tak risau, jiwa isteri mana yang tak galau bila suami yang disayangi ditimpa kesakitan.

Demikian juga dengan Mila Jirin bila mana suaminya terpaksa menjalani satu pembedahan .

Berita tersebut dikongsikan oleh penyanyi dan juga usahawan muda ini menerusi laman instagramnya. Biarpun dalam kesedihan, namun Mila cuba menutupinya dengan senyuman.

Lumrah hati seorang ISTERI

Risaunya bukan kepalang
Terima kasih atas doa sahabat semua..
saya sangat hargainya..
.
.
Terima kasih juga buat semua team saya.

Demikian yang tercoret di ruangan kapsyen Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 33. Pembedahan tersebut dilakukan bagi merawat masalah pada bahagian bahu suaminya sehingga menyukarkan pergerakan tangan.

 

“Suami saya memang sudah lama sakit bahu. Dua minggu lepas apabila jumpa doktor, katanya otot pada bahu koyak dan ada masalah pada tulang. Saya pun tak berapa faham sangat.

“Sebab itu suami tak boleh angkat tangan lurus ke atas. Kalau tersalah pusing akan sakit. Jadi, doktor buat keputusan untuk lakukan pembedahan,” katanya lagi dengan nada sebak.