Tugas anggota bomba dan penyelamat bukan sekadar memadamkan kebakaran atau menyelamat mereka yang memerlukan bantuan semata-mata.
Selain itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat turut menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama setahun yang lepas. Uni ini berfungsi untuk menyelaraskan program keagamaan dan kerohanian termasuk pengurusan jenazah anggota yang terkorban ketika bertugas.
Kebanyakan anggota di dalam unit berkenaan mempunyai latar belakang pendidikan agama yang tinggi dan ada di antara mereka bergelar hafiz al-Quran.
Menerusi akhbar Sinar Harian, salah seorang Penguasa Bomba, Luqman Ramli, memberitahu dia berhasrat menjadi ahli bomba.
Dia yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Dakwah dari Universiti Al-Azhar, Mesir turut menghafal 30 juzuk al-Quran.
Tambah PB Luqman, dia memasuki Maahad tahfiz pada usia 13 tahun selama empat tahun sebelum ke Maktab Mahmud, Langkawi bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
PB Luqman turut memberitahu bahawa, selepas tamat pengajian di Universiti Al Azhar beliau akan kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru tafsir dan hadis di Sekolah Menengah Agama (SMA) Baqayatussolihat selama tiga tahun.
Rata-rata netizen telah memberikan maklum balas positif atas penubuhan unit tersebut. Mereka turut memuji Penguasa Bomba Luqman Ramli kerana dapat dijadikan contoh kepada anggota bomba yang lain.
Setahun lepas, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama yang berfungsi untuk menyelaraskan program keagamaan dan kerohanian termasuk pengurusan jenazah anggota yang terkorban ketika bertugas.
Malah, kebanyakan daripada mereka mempunyai latar belakang pendidikan agama yang tinggi dan ada di antara mereka bergelar hafiz al-Quran.
Menerusi akhbar Sinar Harian, salah seorang Penguasa Bomba, Luqman Ramli, memberitahu dia berhasrat menjadi ahli bomba.
Dia yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Dakwah dari Universiti Al-Azhar, Mesir turut menghafal 30 juzuk al-Quran.
Tambah PB Luqman, dia memasuki Maahad tahfiz pada usia 13 tahun selama empat tahun sebelum ke Maktab Mahmud, Langkawi bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
PB Luqman turut memberitahu bahawa, selepas tamat pengajian di Universiti Al Azhar beliau akan kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru tafsir dan hadis di Sekolah Menengah Agama (SMA) Baqayatussolihat selama tiga tahun.
Rata-rata netizen telah memberikan maklum balas positif atas penubuhan unit tersebut. Mereka turut memuji Penguasa Bomba Luqman Ramli kerana dapat dijadikan contoh kepada anggota bomba yang lain.
Sumber : Sinar Harian, Luqman bin Ramli