Ibu mana yang tak sedih dan pilu bila mana anak yang masih kecil terpaksa menjalani ujian calitan selepas terdedah dengan individu yang postif Covid -19.
Demikian perasaan isteri Fad Bocey, iaitu Nur Syahirah Rahman, bila mana anak bongsunya, Ibrahim Jibriel terpaksa melakukan ujian tersebut.
Menerusi perkongsian tersebut, mereka menerima maklumat bahawa mereka ada berjumpa dengan individu yang positif COVID-19.
Tempoh selepas dapat tahu mengenai perkara itu adalah seminggu kemudian, dan mereka tidak menunjukkan sebarang simptom pada ketika itu. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu anaknya mengalami batuk dan selesema.
Kami ada dapat perkhabaran ada berjumpa dengan org yg positif tapi we not close contact tau .masa dpt tau tu dh seminggu .so Alhamdulillah tkda simptom semua .tapi lepastu zayyan aminah dengan ibrahim mcm batuk selsema .tak teruk but seriously covid ni dtgkan kerunsingan yg lain mcm
Hati mak ,tk kisah klu kita yg diduga tapi jauhkan la dri anak2 .bila dh tk sedap hati cpt2 contact kaklong @kai_kaklong .
As usual insan yg paling bnyk bgi nasihat ,bgi semangat .ya Allah klu brcakap dgn kaklong rasa mcm lega sgt .so bila kaklong tnya semua then we decide utk buat test tu kt semua org .
Ibrahim such a good and strong boy sayang .dia tgok team @kumpulan_megaklinik_zahran pakai ppe dia usya ja 🤣🤣 .luluh hati tapi utk make sure semuanya in a good condition and bebas dri covid kami serah diri .
Time skrg sgt crucial .selain doa kita usaha .doa pada Allah lindung la keluarga kita .avoid diri dari tempat sesak .kalau pikir kehendak mcm2 benda nk buat tapi ya Allah tengok tempat2 yg sesak tu sedih .kita nak hidup bebas mcm dulu .tapi kita sendiri tkda usaha .
Buat yg tengah bertarung dengan virus ni moga Allah kurniakan kalian kekuatan dan permudahkan urusan semua yg menghadapinya .stop dari mengeluh diuji selebihnya panjat kesyukuran atas nikmat yg Allah bagi .percaya la one day dunia kita akan bebas dari covid19 ni .Allah sedang uji kita ❤️
Sumber: syaheeraarahman
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club