Petang ini kita dikejutkan dengan perkhabaran sekurang-kurang 30 orang termasuk 23 kanak-kanak dilaporkan maut dalam serangan berdarah di sebuah pusat jagaan di Thailand pada Khamis, 6 Oktober 2022.
Penyerang yang merupakan Seorang bekas pegawai polis bersenjatakan senapang patah, pistol dan pisau, melepaskan tembakan ke arah pusat jagaan kanak-kanak di wilayah Nong Bua Lam Phu pada kira-kira 12:30 tengah hari sebelum melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki kenderaan, sebelum membunuh dirinya dan keluarganya, kata polis.
“Angka kematian akibat insiden tembakan… sekurang-kurangnya 30 orang,” kata Anucha Burapachaisri, jurucakap pejabat perdana menteri Thailand.
Kolonel polis Jakkapat Vijitraithaya, dari wilayah di mana serangan itu berlaku, mengenal pasti lelaki bersenjata itu sebagai Panya Khamrab, seorang leftenan kolonel polis yang menurutnya telah dipecat daripada pasukan tahun lalu kerana menggunakan dadah.
Jakkapat berkata terdapat 23 kanak-kanak maut, berumur dua hingga tiga tahun.
Ads
Pembunuhan beramai-ramai itu berlaku kurang sebulan selepas seorang pegawai tentera yang sedang berkhidmat menembak mati dua rakan sekerja di pangkalan latihan tentera di ibu negara Bangkok.
Walaupun Thailand mempunyai kadar pemilikan senjata yang tinggi, penembakan besar-besaran amat jarang berlaku.
Tetapi pada tahun lalu, terdapat sekurang-kurangnya dua kes tembakan membabitkan tentera, menurut Bangkok Post.
Ads
Pada 2020, dalam salah satu insiden terburuk pernah dicatatkan, seorang askar menembak mati 29 orang dalam kejadian amuk 17 jam dan mencederakan lebih banyak lagi sebelum dia ditembak mati oleh komando.
Tembakan beramai-ramai itu dikaitkan dengan pertikaian hutang antara lelaki bersenjata Sarjan-Mejar Jakrapanth Thomma dan seorang pegawai kanan tentera.
Dalam Islam kita dituntut untuk menjadi seorang muslim untuk menjadi “lebih baik” atau dengan kata lain hari ini harus lebih baik dari semalam dan esok harus lebih baik daripada hari ini.
Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Begitulah pengguna facebook ini, Ain Rosdi berkongsi kisah bagaimana dahulunya hidupnya ke arah duniawi. Namun setelah melalui ujian hidup, kehidupannya berubah.
Malah suami juga turut ‘hijrah’ untuk membina keluarga jannah dengan mendekatkan diri dengan mendalami agama.
Katanya, setiap kita berhak untuk berubah, Allah maha pengampun.
Semoga kita semua muhasabah diri.
“Kita berubah sama-sama ye.” “Awak jadi isteri saya suatu hari nanti.’ Berubah jadi seorang yang lebih baik sebelum diijabkabulkan. Alhamdulillah. Hidayah itu milik Allah.
Kami berdua dari keluarga yang biasa-biasa, dan hidup suka melepak / lara waktu sekolah dulu tahun 2008. Tingkatan 2 Ain dah mula kenal husband (husband tingkatan 4). Kami bukan dari keluarga yang alim dan kuat agama.
Bayangkan, dari seorang yang suka melepak / lara dgn dunia, kaki gamers, kuat merokok. Tapi bila dia mula cari Allah, hidup dia berubah. Benarlah orang kata, hidayah itu milik Allah. Manusia adalah milik Allah. Nak dapat hidup yang lurus dan berkat carilah Allah. Sekuat mana sehebat mana pun ujian, bila kita berpegang pada agama dan sentiasa utamakan Allah, Allah akan kuatkan semangat kita kuatkan hati kita supaya tak goyah.
Belajar agama
Makin lama kami berkawan, Ain nampak perubahan husband Ain, tiba2 dia belajar agama. Masatu Ain taktahu apa yang menggerakkan hati dia untuk belajar agama. Waktu umur dia 20/21. Lepas dia belajar agama, husband start jaga solat. dia pernah hantar text “Kita berubah sama-sama ya.” Ain faham lah maksud dia. kami punya sosial dulu, pegang tangan tu takrasa apa dah. taktahu dosa pun Tapi bila dia kata begitu, Ain faham yang dia nak kami sama2 berubah ke jalan Allah.
Masatu perasaan Ain happy sebab nampak husband Ain mula berubah kearah kebaikan tapi Ain pula macam biasa hidup seperti selalu. Hanya pakai tudung tapi solat tetap tak jaga. Aurat pun tak jaga.
Hari demi hari dan tahun demi tahun nampak sangat perubahan husband Ain dan dia sangat istiqamah ke jalan Allah. Dia selalu nasihat Ain apa yang Ain kena ubah. Sebab masani kami jauh, Ain study dekat Kulim.
Ujian hidup beri hidayah
Sampailah satu hari, ujian hebat buat hubungan kami. suami pesan “jangan merayu pada manusia tapi merayulah pada Allah, DIA yang menggerakkan hati kita.” Dan sejak dari situlah Ain mula ubah diri Ain untuk dekat dengan Allah. jaga solat jaga pakaian (apa yg husband ain selalu pesan). Alhamdulillah bersyukur sangat sejak tu Ain mula istiqamah dgn cara pemakaian dgn lebih tertutup.
Benarlah hidayah itu milik Allah Kita diberi ujian kerana Allah sayang. Bila kita diuji tulah sebenarnya hidayah untuk kita. Untuk kita berubah jadi lebih baik. Cari DIA. Kita senang ke susah ke sentiasalah cari Allah, kerana DIA MAHA MEMBERI REZEKI.
Jangan sangka orang yang jahat selamanya jahat, dan jangan pula sangka orang yang baik selamanya baik. Kekadang yang jahat ni bila diberi hidayah, dia lah yang sangat menjaga agama dia.
Kami bukan dari keluarga yang warak tapi kami hanya insan hina yang terpilih diberi hidayah dari AllahTak minta banyak, minta Allah kekalkan hati kami untuk sentiasa dekat denganNYA dan istiqamah ke jalanNYA.
Ini jalan yang kami lalui, Alhamdulillah sekarang dah 4tahun berkahwin da ada 3 cahaya mata Doakan semoga Allah redha dengan perjalanan kami dan semoga hubungan kami berkekalan hingga ke Jannah.
Terima kasih suamiku yang menarik aku untuk kenal Allah dengan lebih dekat. Yang banyak mengajar tentang agama. Semoga syurga buatmu dan jadikanlah aku bidadari syurgamu Inshaaallah aamin *taip ni pun sambil meleleh air mata.
Jangan takut untuk berubah
Buat awak diluar sana, sehina mana pun diri awak, jika awak nak berubah, ubahlah kerana Allah. Manusia tak layak untuk menghukum. Jangan terlalu fikir apa yang orang akan kata tapi pandanglah Allah. DIA YANG MAHA PENGAMPUN. DIA juga yang akan terima taubat kita bukan manusia
Jangan takut berubah, takutlah jika Allah tak terima kita sebagai hambaNYA. Allah sangat baik, carilah DIA. Semoga apa yang kita niat untuk buat kebaikkan Allah redha. Inshaaallah aamin!
Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak. Menyentuh tentang waris, andai seorang suami meninggal dunia, selain anak-anak dan isterinya layak mendapat harta peninggalan, jangan terlupa saudara lelaki suami, ibunya juga ada hak mengikut pecahan-pecahannya yang tertentu.
Lalu untuk lebih memahami bahagian untuk seorang isteri terlebih dahulu, di sini dikongsikan secara ringkas untuk mudah difahami bersama. Jom semak fakta-fakta pembahagian tersebut.
Mudahnya Belajar Faraid – (Bahagian Isteri)
Kenapa nak mulakan dengan bahagian isteri dulu? Sebenarnya tak kisah mana dulu, cuma yang paling banyak soalan pasal faraid ini diajukan dari pihak isteri. Biasalah, isteri kan minister of finance merangkap minister of home affairs kan.. mestilah dia nak kena tau hak dia dulu. Walaupun isteri yang paling banyak menyumbang dalam pencarian aset dan harta suami, hakikatnya bahagian isterilah yang paling sikit.. inilah fakta yang ramai isteri-isteri terlepas pandang..
Bahagian faraid isteri ada 2 keadaan :
– 1/4 : bila si mati TAK ADA anak
– 1/8 : bila si mati ADA anak
Dalam pembahagian faraid si mati suami, kita tak tengok isteri mana yang ada anak atau tak..tapi yang kita tengok ialah SI MATI ada tinggalkan anak atau tak? Kalau ada.. bahagian isteri-isteri akan dibahagi sama rata tak kira sama ada isteri tu ada anak atau tak ada.
Contoh pengiraan :
1) Si mati meninggalkan 2 orang isteri. Isteri pertama ada 2 orang anak, isteri kedua tak ada anak. Berapa setiap isteri akan dapat? 1/8 bahagi 2 isteri kerana si mati ada anak. Maka setiap isteri akan dapat 1/16 (walaupun isteri kedua tak ada anak dia tetap dapat 1/16 juga).
2) Si mati meninggalkan 2 orang isteri. Isteri pertama tak ada anak, isteri kedua seorang janda yang ada 2 orang anak (anak dengan suami terdahulu). 1/4 bahagi 2 isteri kerana si mati tak ada anak. Maka setiap isteri akan dapat 1/8 (walaupun isteri kedua ada anak dengan suami terdahulu). Anak tiri tidak mewarisi harta pusaka daripada bapa tiri.
3) Si mati meninggalkan 4 orang isteri dan ada anak. Setiap seorang isteri akan dapat 1/32 tak kira isteri tu ada anak ramai atau tak ada anak langsung, bahagian mereka sama sahaja.
Kalau macam tu tak adil la isteri pertama pun dapat bahagian sama dengan isteri muda. Isteri pertama dah kawin 20 tahun. Isteri muda baru je kawin setahun tapi dapat bahagian yang sama juga.
Sebenarnya, untuk isteri pertama mereka boleh dapat bahagian faraid dan juga boleh tuntut harta sepencarian ke atas harta suami yang dibeli dalam tempoh perkahwinan mereka. Isteri muda hanya berhak ke atas bahagian faraid tetapi tidak berhak menuntut harta sepencarian tersebut melainkan harta baru yang dibeli sebaik tempoh mereka mula berkahwin.
.
Secara ringkasnya, sifir faraid isteri-isteri ialah :
Jika si mati (suami) ada anak :
1 isteri – 1/8
2 isteri – 1/16
3 isteri – 1/24
4 isteri – 1/32
Jika si mati (suami) tiada anak :
1 isteri – 1/4
2 isteri – 1/8
3 isteri – 1/12
4 isteri – 1/16