Ketika anak-anak lain seusianya sedang dibelai dicium, dalam hangat suasana keluarga yang menyambut dan meraikan kehadirannya ke dunia, si kecil ini bertarung dengan kanser yang ganas di wad onkologi.
Ini Kyfa Nishka Al Kautsar Mohd Farham. Baru 3 bulan usianya. Namun menghadapi ujian yang sedemikian besar. Nishka didiagnos dengan kanser otak, Medullablastoma ketika baru berusia 21 hari, menjadikan dia mungkin pesakit termuda di wad onkologi pediatrik di HUSM, Kota Bharu.
Dugaan yang menimpa bayi perempuan ini bertambah pilu apabila disahkan mempunyai ketumbuhan di buah pinggang kiri sepanjang dua sentimeter (sm) ketika berusia tiga bulan.
Menerusi perkongsian Khairiah Kamarudin di Facebook, dia meluahkan rasa sebak memikirkan nasib menimpa anak ketiganya ini yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit tersebut.
“Luluh hati mummy. Hari ni balik dari sekolah terus mummy ke hospital macam biasa. Sampai hospital daddy cakap result biopsy (sampel dekat buah pinggang) dah keluar.
“Mummy dan daddy tau Nishka seorang fighter. Nishka kuat untuk menghadapi semua ujian Allah.
“Mummu daddy tahu Nishka tahu segala-galanya. Jangan risau sayangku… selagi termampu kita usaha sampai berjaya ya sayang. Mummy… daddy dan semua orang sayang Nishka,” katanya.
Luahan hati Kheriy yang juga seorang guru di Kelantan mengundang sebak netizen dan ramai bersimpati dengan nasib menimpa bayi comel itu.
Si kecil ini sudah tiga kali menjalani pembedahan, termasuk sekali pembedahan membuang tumour. Namun hanya 30% sahaja tumournya yang berjaya dikeluarkan.
Nishka sekarang tidak lagi dapat melihat, dan dia juga tidak lagi bersuara. Feeding juga dibuat melalui Ryles Tube. Dan di kepalanya, sudah tertanam shunt yang dipasang untuk mengurangkan tekanan.
Nishka baharu saja melepasi dua kitaran kimoterapi, dan keadaan kesihatannya agak merosot selepas kimo kedua. Saiz tumournya juga didapati membesar, memberi indikasi kansernya mungkin tidak memberi respons yang baik kepada kimoterapi.
Tahap oksigennya pernah menurun sehingga ke bacaan 50 di satu masa. Segalanya begitu meruntun perasaan. Seorang anak sekecil itu, diuji sebesar ini.
Ads
“Naluri seorang ibu, saya perasaan kepala dia macam besar. Saya cakap dekat nenek dia tapi mak saya cakap ‘eh tak kot… dia kan kecik sebab masa lahir berat hanya 2.1 kilogram (kg).
“Lepas tu bila misi (jururawat) datang rumah check baby dia tanya eh kenapa kepala baby besar. Dia pun ukur. Masa lahir kepala baby 34 cm tapi masa 20 hari tu jadi 38 cm, naik 4 cm.
“Jadi misi pun refer ke Klinik Kesihatan. Lepas tu Klinik Kesihatan pula minta kami refer ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) di Kota Bahru untuk rawatan susulan,” katanya.
Semasa di HRPZ, Kheriy berkata Nishka menjalani imbasan CT di bahagian otak.
“Doktor nampak macam ada sesuatu. Lepas tu baby dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebab kat sana tak ada unit neuro.
“Masa dekat HUSM buat ujian MRI, rupa-rupanya bukan hydrocephalus sepenuhnya. Kepala baby besar sebab kanser tu halang air, jadi kepala makin besar.
“Tapi sebelum detect ada kanser tu memang baby normal. Dia menangis… dia hisap susu seperti biasa, macam baby lain,” katanya.
Ads
Menurut Kheriy, anaknya itu sudah menjalani tiga pembedahan termasuk sekali pembedahan utama bagi membuang tumor di kepalanya.
“Menerusi pembedahan itu hanya 30 peratus sahaja tumor berjaya dikeluarkan. Doktor buat saluran keluarkan air daripada tiub ke tabung. Waktu tu berlaku pendarahan teruk.
“Masa tu doktor cakap peluang baby 50-50. Selepas pembedahan tu baby dalam keadaan kritikal selama tiga minggu. Dia incubate dan terpaksa guna oksigen sebulan.
“Pembedahan kedua pula doktor pasang shunt untuk kurangkan tekanan manakala pembedahan ketiga perlu dilakukan bagi memasang alat untuk kemoterapi (kemo pod pada dada) dan ambil sampel untuk biopsi,” katanya.
Namun semasa pembedahan ketiga untuk memasang kemo pod, Kheriy berkata ketumbuhan baharu dikesan pada buah pinggang kiri Nishka.
“Masa tu baru nampak ada sesuatu solid dekat buah pinggang belah kiri. Semalam Prof Ariffin dari Unit Onkologi HUSM beritahu benda tu pun kanser tapi jenis berlainan.
Ads
“Kanser tu jenis aktif. Jadi kalau tak ada aral melintang, doktor akan datang untuk bincang pembedahan susulan,” katanya.
Jelasnya lagi, anak ketiganya itu juga tidak lagi boleh melihat dan bersuara selepas menjalani pembedahan tersebut.
“Sekarang dia langsung tak boleh nampak. Dia pun tak menangis dan kadang-kadang saya rasa dia tak ada deria. Malah dia juga minum susu melalui tiub.
“Doktor beritahu kanser dia betul-betul dekat cerebrum yang juga bahagian besar di bahagian otak. Kadang-kadang pernafasan dia pun tiba-tiba menurun. Pernah satu masa tahap oksigen dia menurun sehingga ke bacaan 50,” katanya.
Meskipun anaknya itu baharu sahaja selesai menjalani dua kitaran kemoterapi, Kheiry berkata saiz tumornya semakin membesar.
“Selepas kemoterapi kedua keadaan dia nampak merosot tetapi sekarang nampak ok sikit.Namun saiz tumor di kepalanya semakin membesar kepada 2 sentimeter kerana sel kanser itu aktif,” katanya.
Walaupun dugaan itu terlalu perit untuk ditanggung, Keiry bagaimanapun reda dengan ujian itu.
“Mula-mula tu saya macam susah nak percaya. Tak sangka berlaku pada diri sendiri sebab selalu kita tengok dalam drama TV.
“Dulu sebulan juga saya menangis tapi saya semakin kuat hari demi hari selepas menerima banyak sokongan daripada suami, keluarga dan rakan-rakan.
“Saya hanya mahu yang terbaik untuk baby Nishka. Jadi saya mohon orang ramai mendoakan anak saya diberi keajaiban dan kesembuhan segera,” katanya.
Sama-sama kita panjatkan doa untuk adik Kyfa Nishka Al Kautsar, Semoga dilembutkan ujian ini untuknya. Aamiin… Yarabbal Alamin.
Mempelbagaikan menu berasaskan roti untuk dihidang sebagai menu istimewa buat keluarga, apa kata mencuba menu ini.
Menariknya juga menu ini terletak pada cara memasaknya. Roti perlu digoreng kemudian dibakar dengan bahan-bahan yang lainnya sekali gus memberi rasa yang sedap dan menyelerakan.
Roti goreng bakar bersama ayam dan cheese!
Sedap untuk sarapan pagi dan minum petang! Mudah sangat ni, tunggu apa lgi? Buat ler..
Bahan-bahan
3 biji kentang di potong dadu (saya guna sebiji)
Saya tambah mix vage secawan
500gm daging slice
2 biji bawang besar saya cincang
5 ulas bawang putih saya cincang
1 sudu besar serbuk kari
4 biji tomato dicincang (saya tambah)
sedikit tomato ceri
1 sudu besar sos tomato (saya tak letak)
2 sudu besar sos cili
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-15 keping roti
500ml susu segar
3 biji telur
Garam secukup rasa
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Cara-cara
Goreng roti yang disalut telor dahulu, kemudian letak roti yang telah siap digoreng ke dalam bekas satu persatu hingga penuh.
Kemudian letakkan separuh daging atas lapisan roti. Taburkan parutan cheese dan bawang yang telah dipotong dadu tadi.
Ulangi proses ni dengan meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging + kentang dan taburan cheese.
Lapisan akhir susun dengan 1/3 lebihan roti. Saya tuang baki susu ke atas lapisan akhir.Bakar dengan api sederhana selama 30 minit atau sampai lidi tak lekat.
Keluarkan dari oven dan taburkan baki parutan cheese.
Bakar dengan api sederhana selama 5 – 10 minit atau sampai cheese cair.
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.
-Kalau nak potongan yang cantik, biarkan sejuk seketika sebelum diangkat dari loyang.
Sumber : Viral oh viral
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan ada segelintir ibu bapa akan tengking anak apabila mereka melakukan kesalahan.
Alasan berbuat demikian akibat geram dengan kerenah anak-anak yan nakal. Sudah ditegur tidak mendengar kata.
Dengan harapan, cara tengking ini dapat membuat anak-anak duduk diam. Hakikatnya ia memberi kesan kepada diri anak itu.
Sbagaimana perkongsian ini menyatakan bahawa dengan tengking kepada anak, ia akan menganggu kepada kecerdasan anak itu.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.
Stop tengking anak!
Anak ni, ko nak dia bijak, cerdas dan cergas sebenarnya ada 1 perkara pokok ko kena amal buat. Iaitu elakkan TENGKING anak.
Ada beza ea garang, tengking, marah, tegas.
Garang = Sejenis perasaan yg dirasai oleh org sekeliling sbg satu personaliti kepada seseorg.
Org garang tidak perlu tengking atau tidak perlu marah. Tetapi org tahu personaliti dia garang. Biasanya org garang ini sebenarnya dia melindungi sesuatu drpd org lain. Cthnya dia lembut didalam. So nak melindungi kelembutan tu dia tutup dgn sifat garang.
Tengking = Sejenis sikap suka melepaskan rasa amarah dengan menggunakan suara yg kuat disertai dengan emosi yang meluap luap. Kebiasaannya org panas baran dilabel panas baran bila mereka suka menengking.
Kanak2 akan jadi lembab jika kerap ditengking bukan kerana tengkingan itu. Tetapi vibes yg dihasilkan sewaktu menengking itu membuatkan anak2 semakin hilang keupayaan utk berfikir dan bertindak serta sukar membuat . Dan lama kelamaan ianya jika tidak dirawat boleh mendatangkan masalah konflik identiti. Dan itu adalah fasa awal depressi pd anak2.
Marah = Orang pemarah dan org penengking berbeza. Sbb ada org suka marah dia pendam dan diam. So dia lepaskan dgn emosi merajuk. Panas baran sebenarnya org yg suka menengking. Pemarah tak semestinya menengking. Sbb ada org dia suka diam bila marah.
Tegas = Suatu kekuatan dalam hati. Org tegas bukan pemarah, bukan penengking dan tak semestinya garang. Tegas adalah pendirian dlm diri. Tiada kaitan dengan emosi.
Ada org yg pendiam tp tegas. Ada org oenakut tp tegas. Namun tegas sinonim dgn berani. Sebab ramai org keliru bila aku tulis jangan tengking anak. Org tu ingat tegas dan marah tu aku maksudkan tengking.
Kunci didikan anak ada pd bait kata saidina ali ra. Iaitu satu manusia yg Allah redha utk ke syurga semasa hayatnya. Org yg rapat dengan nabi saw. Org yg awal memeluk islam diusia muda. Org yg memimpin umat Islam dikala suasana perit
Bila sebut jer sahabat nabi saw, maknanya ia merujuk org yg setia dan paling rapat dgn nabi saw. Org plg hampir kepada nabi saw. Melihat dan dengar setiap satu perbuatan dan sabdaan nabi saw. Saidina ali ra pesan
” Didik anak 7 tahun pertama sbg raja ”
Mcm mana ko layan raja? Ada ko tengking raja?
Sebab otak manusia yg bergerak dlu semasa 7 tahun pertama adalah otak kanan. Otak kanan adalah otak yg penuh dengan emosi. Sebab tu org yg menyukai kepada seni kebiasaannya akan menggunakan daya otak kanan dgn kuat.
7 tahun pertama sesuai didik anak supaya belajar mengenali emosi mereka. Supaya kelak mereka boleh seimbangkan dan kawal emosi. Emosi adalah sumber kekuatan jiwa manusia. Jiwa kuat, badan sihat. Otak kanan juga ada daya imaginasi yg sgt2 tinggi. Rangsang semaksimum mungkin daya tu, baru ko dapat unlock penggunaan otak kiri.
Tak kisah lah ko bg fish oil ker, hemp oil ker, sacha inchi oil ker. Once ko kerap tengking anak. Otak anak yg nak develop td akan terbantut. Dan data yg terbantut tu membantutkan tahap berfikir dan tahap bertindak anak2.
Hannah panggil aku. Nti sambung… If aku kata tengking pun a BIG NO. Maknanya sentap tangan, maki, tumbuk adalah berlebih jangan dilakukan.
Aku juga belajar perlahan lahan. Ko nak anak mudah memghafaz masa sekolah, mudah mengira, mudah membaca.
Stop TENGKING anak.
Agaknya, suka tak dpr suami atau bos yg suka menengking? Anak manja? Jgn risau. Anak manja adalah anak yg berdikari. Ada beza manja dan mengada. Next nti sambung..
So start arini jangan tengking. Stop tengking terus. Ada cara nak stop perangai menengking ni. Faham tgh wabak covid19 ni ramai stress tp kawal! Demi anak2 kita!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Solat adalah amalan yang dihitung apabila kita dihisab oleh Allah SWT. Di samping itu,kita semua digalakkan untuk melakukan solat taubat. Namun, untuk melakukan amalan ini kita perlu tahu cara yang betul. Sebagaimana yang dijelaskan oleh penceramah agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus menerusi persoalan yang ditanya di facebooknya.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
BACAAN SOLAT TAUBAT
SOALAN :
Surah apakah yang perlu kita baca selepas baca fatihah pada solat taubat dan apakah doanya?
JAWAPAN :
Selepas membaca fatihah ketika mengerjakan solat sunat taubat adalah harus membaca sebarang surah yang dia suka.
Dan kata setengah ulamak afdhal dia membaca surah Al-Imran ayat ke 135 dan 136 kerana hadith Sayyidina Abu Bakar r.a. yang diriwayatkan olih Abu Daud dan Tirmizi.
Sebarang doa bolih di baca selepas menunaikan solat sunat taubat dan yang paling afdhal ialah doa yang mengandungi maksud memohon ampun kepada Allah atas kesalahannya itu.
Dari Abu Darda’ r.a. sungguhnya Nabi saw bersabda :
من توضأ فأحسن الوضوء ثم قام فصلى ركعتين أو أربعا، مكتوبة أو غير مكتوبة، يحسن فيهن الركوع والسجود ثم استغفر الله غفر له
Artinya : ”Siapa yang berwuduk dan dielokkan wuduknya itu kemudian berdiri ia sembahyang dua rakaat atau empat rakaat wajib atau sunat dan rukuk dan sujud ia dengan sempurna kemudian meminta keampunan kepada Allah nescaya akan diampunkan baginya.”(Riwayat At-Tabarani)
wallahua’lam
TAMBAH DOA DALAM SOLAT
SOALAN :
Antara tempat yang digalakkan berdoa di dalam solat ialah didalam sujud dan ketika membaca tahyat akhir sebelum salam.
Soalan saya adakah boleh kita menambah doa selepas membaca doa dari Nabi dengan doa kita sendiri seperti meminta anak-anak lulus dalam peperiksaan?
JAWAPAN :
Doa yang paling afdhal dibaca olih seorang samada di dalam solat atau diluarnya adalah doa yang terdapat di dalam Quran dan hadith.
Akan tetapi harus seorang itu berdoa dengan selain doa yang terdapat di dalam Quran dan hadith yaitu apa sahaja doa yang dia suka sekalipun meminta perkara yang berkait dengan dunia dengan syarat dalam bahasa arab.
Berkata Imam Nawawi :
ولا يجوز ان يخترع دعوة غير مأثورة ويأتى بها العجمية بلا خلاف وتبطل بها الصلاة بخلاف ما لو اخترع دعوة بالعربية فانه يجوز عندنا بلا خلاف
Artinya : “Dan tidak harus membuat doa yang bukan terdapat dalam Quran dan sunnah dan membacanya dengan selain bahasa arab tanpa khilaf dan batal solat dengan sebab membacanya. Tetapi jika dibuatnya doa dalam bahasa arab maka hukumnya adalah harus disisi kami tanpa khilaf.” (Kitab Al-Majmu’)
Kesimpulan
Harus membaca sebarang doa di dalam solat samada doa yang terdapat di dalam Quran dan hadith atau doa-doa yang lain.
Tidak boleh membaca doa yang bukan bahasa arab didalam solat dan jika dibacanya maka ia membatalkan solat.
wallahua’lam
*Boleh tambah doa dalam bahasa melayu tetapi dalam hati ketika sujud.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...