“Luluh Hati Lihat Keadaan Anak.” Tidak Berperikemanusiaan! Budak Dibunuh Kejam, Kepala Terpisah Dari Badan & Organ Dalaman Hilang.

Share

Luluh hati seorang ibu bila mana melihat anak yang disayangi mati dibunuh dengan kejam. Lebih memilukan mayat anaknya , Siti Masitah Ibrahim ditemui selepas 11 hari dilaporkan hilang.

Pembunuhan yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan itu menyaksikan organ dalaman Siti Masitah dikeluarkan.

Siti Masitah, 11 tahun dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu ditemukan di dalam semak bersebelahan ladang kelapa sawit, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Tanjung Medang Kemahang di sini dipercayai mati dibunuh.

“Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak saya seperti itu. Tangan dan kakinya diikat selain mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan kepala sudah terpisah daripada badan.

Beberapa organ dalamannya juga tidak dijumpai. Semasa dia hilang sejak 11 hari lalu kami sudah cari dia di kawasan ini tetapi tidak menjumpainya,” ujar Solihah Abdullah, 35 yang mengecam mangsa adalah anaknya berdasarkan baju biru yang dipakai kanak-kanak itu sebelum dilaporkan hilang.

Dalam kejadian 5 petang 30 Januari lalu anaknya meminta duit RM1 untuk ke kedai dan berjanji akan pulang segera namun tidak pulang sehingga malam

“Dia kata akan pulang awal namun selepas itu saya sudah tidak berjumpa dengannya. Laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.

“Dalam tempoh kehilangannya saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT menemukan saya dengannya dalam apa juga keadaan… bila saya lihat mayatnya semalam saya jadi sedih, mengapa mereka memperlakukan anak saya sebegini.

Mengapa mereka (pembunuh) tergamak lakukan perkara yang sebegini kejam kepada anak saya, apa dosanya?

Mayat Siti Masitah yang berketurunan Kemboja ditemui penduduk kampung yang memburu ayam hutan di kawasan itu sebelum melaporkannya kepada polis.

Lokasi mayat adik Masitah ditemui.

Sumber: Harian Metro