Terlibat dalam kemalangan jalan raya tentunya menjadi mimpi ngeri bukan sahaja pada mangsa terbabit malah ahli keluarga turut merasai traumanya.
Bercerita mengenai kemalangan, baru-baru ini ada dilaporkan bahawa bekas pemain bass kumpulan rock Tragedy (kemudian dikenali sebagai XPDC), Garuda dan Meditasi iaitu Man Tobey, 57, telah terbabit kemalangan jalan raya pada 30 Mei lalu.
Keadaannya kini masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.
Berita lanjut yang dikongsikan myMetro, kejadian kemalangan tersebut berlaku di Jalan Bukit Templer-Rawang sekitar jam 10 pagi itu.
Ketika itu, Man Tobey atau nama sebenarnya Yahya Rashid sedang menunggang motosikal dari arah Selayang untuk pulang ke rumahnya di Rawang. Difahamkan kemalangan berlaku semasa kedua-dua kenderaan terbabit bergerak dari arah yang sama di jalan terbabit.
Luluh Hati
Anak keduanya, Nur Anis Sofea, 22, yang dihubungi berkata, ayahnya mengalami kemalangan terbabit semasa pulang dari Pasar Selayang untuk berniaga di kedai runcit di kawasan kediamannya di Rawang.
Ads
“Ayah akan ambil barang berniaga di Pasar Selayang dan selalunya akan sampai di kedai jam 9 pagi. Namun pada hari kejadian dia masih belum pulang walaupun sudah jam 10 pagi.
“Saya kemudian menerima panggilan dari seorang rakan memberitahu ayah kemalangan di lokasi itu membabitkan sebuah treler. Saya bergegas ke lokasi dan mendapati ayah sudah dibawa ke hospital dengan ambulans dan hanya motosikalnya yang tinggal bersama barangan untuk jualan.
Ayah Terpaksa Ditidurkan
“Ayah mulanya ditempatkan di Zon Merah dan dalam keadaan sedar. Doktor kemudian buat ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan Pengimejan Resonans Magnetic (MRI).
Ads
“Ketika itu ayah dah tak sedar. Pernafasannya menurun dan doktor beritahu tulang belakang, leher dan tangan kirinya patah. Tulang belakang ayah dah tutup saluran pernafasan sehingga terpaksa guna mesin bantuan.
“Ayah terpaksa ditidurkan selama tiga hari dan doktor buat pembedahan buang tiga batang tulang belakang kerana ingin memberi ruang pada saluran pernafasannya,” jelasnya.
Tak Mampu Bercakap
Menurutnya keluarga mereka sedih apabila diberitahu risiko Man Tobey akan lumpuh selamanya. “Semalam doktor hubungi ibu saya beritahu ayah masih belum stabil untuk bernafas dan kena menjalani pembedahan kedua iaitu menebuk leher untuk pasang alat pernafasan.
Ads
“Luluh hati saya apabila risikonya ayah tak mampu untuk bercakap selepas ini sedangkan dia adalah penghibur keluarga kami. Dia suka menyanyi untuk hiburkan kami serta bilal di surau kediaman kami. Apapun kami kena reda dengan ujian Allah.
“Keadaan ayah sekarang stabil dan dah sedar. Dia boleh dengar apa yang kita cakap tapi tak boleh membalas,” katanya yang meminta peminat agar mendoakan kesembuhan ayahnya.
Situasi Man Tobey kini dipantau oleh isterinya Zamidah Ishak, 61, dan dua anak, Nurul Fatin Athirah, 24, dan Nur Anis Sofea, 22.
Sumber : myMetro
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan berkawan dengan orang-orang yang salah. Carilah sahabat- sahabat yang membuatkan diri kita menjadi lebih baik dan sekali gus semakin dekat dengan Allah.
Malah kita juga sering mendengar orang dulu-dulu berpesan, katanya berkawan biarlah beribu, berkasih pula biarlah pada yang satu. Ada juga yang berkata, kawan sejati susah hendak ditemui. Begitu juga katanya, bukan semua orang kita boleh buat kawan.
Hal ini elok juga dikongsi kepada anak- anak agar mereka tidak tersilap memilih kawan, bimbang merosakkan diri.
Untuk itu, menarik juga untuk difahami perkongsian di akaun Fb Hajjah Rohana Saad.
BUKAN SEMUA ORANG KITA BOLEH BUAT KAWAN
Ada orang kata berkawan biar beribu, berkasih hanya satu. Ada juga yang kata kawan sejati susah nak di temui. Ada lain berkata kawan lain, sahabat lain. Ada juga kita jumpa kawan makan kawan kan?
Memang ada spesis insan yang pada dasarnya pijak semut tak mati. Depan kita kemain lembut, manis budi bicaranya. Belakang kita dialah raja segala setan yang bertopengkan manusia. Kawan boleh jadi lawan kita seandainya kita tersalah pilih kawan. Berkawanlah sampai berpuluh tahun sekalipun, tetapi seandainya kita tersalah langkah, kita akan habis! Kawan kita pun belum tentu membantu kita.
Hindari kawan yang mengajak kita membenci orang yang tak di sukai nya, kerana suatu hari ada satu pekara yang membuat dia tidak menyenangi kita. Dia akan mengajak orang lain pula membenci kita. Orang yang bersikap macam ini memang harus di jauhi. Dia menjadi jarum mencucuk orang dengan hasutan dan hasad dengki yang membuku di dadanya.
Ada juga kawan yang tak mampu simpan rahsia sendiri adalah orang yang takkan boleh simpan rahsia orang lain.. kalau benda yang tak sepatutnya dia boleh cerita dengan kita tak mustahil rahsia kita pun dia boleh share dengan orang lain. Hari ni mungkin dia kawan tapi akan datang belum tentu jadi kawan, kita kena sentiasa berpada pada dengan sesiapa saja.
Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang ibu bila mana anak-anak ingat akan hari lahir. Biarpun bukan hadiah Yang ditunggu namun ingatan itu yang lebih bermakna.
Demikian juga dengan ibu cantik manis, Datin Zizie Izette yang berkongsi rasa syukur apabila diraikan oleh anak-anak. Beberapa video yang memaparkan gelagat anak-anaknya membuat kejutan sempena hari ulangtahun kelahiran Datin Zizie.
Lebih membahagiakan adalah pada hari lahir tersebut, isteri kesayangan Bung Mokhtar menerima hadiah pertama yang dibelikan anak-anak untuknya. Semuanya muka kegembiraan apabila dapat memberikan hadiah buat mama tersayang.
Rupa-rupanya disebalik majlis tersebut, surprise itu dirancang oleh Datin Zizie dan pembantu-pembantunya.
Zizie meminta pembantu membawa anak-anak ke mall untuk membeli hadiah supaya anak-anaknya belajar dan merasai keseronokan apabila dapat memberi kepada orang lain.
Melihat kegembiraan anak-anak, berebut menunjukkan hadiah pilihan masing-masing. Ada yang memberikan coklat dan ada juga yang memberikan jambangan bunga.
Rupanya ramai yang kurang ilmu mengenai sistem faraid yang dilaksanakan oleh Islam yang tidak boleh dibuat main walaupun hanya melibatkan harta arwah sekadar gula atau garam.
Nampak biasa tetapi ia perkara yang tak boleh dibuat main.
Ikuti perkongsian ini yang sungguh bermanfaat oleh peguam ini.
Garam gula pun pusaka. Bukan sekadar tudung dan baju. Apatah lagi barang berharga arwah. Jangan ambil mudah bila pakai pusaka arwah. Waris-waris faraid arwah redha ke? Ada minta izin dari mereka?
Ini tidak, bila berlaku kematian sibuklah nak buat kenduri arwah. Segala garam gula kunyit beras arwah digunakan untuk kenduri tanpa bertanya kepada waris-waris faraid yang ada.
Ala, gula garam je. Tak kan itu pun nak berkira?
Semalam semasa arwah masa hidup memang garam gula itu miliknya. Tetapi hari ini apabila beliau meninggal dunia, gula dan garam telah bertukar menjadi milik waris faraid yang berhak. Kalau ada seorang waris yang tidak redha, apa hukumnya?
Jadi sebagai orang-orang yang masih hidup, berhati-hatilah semasa mengambil barang orang yang telah mati. Minta izin, minta izin,minta izin walaupun simati itu kakak atau adik yang paling rapat dengan kita.
Ini tidak, semasa simati dibawa ke masjid semasa proses pengkebumian, sibuklah sedara mara ambil barang-barang arwah. Habis baju-baju arwah dalam almari dibahagi-bahagikan tanpa minta izin waris-waris faraid yang berhak.
Inilah masalahnya kalau ada sikap tak ambil kisah.
Lepas itu, waris faraid arwah pun tak kenal. Arwah ada anak lelaki tetapi adik beradik arwah sibuk juga nak kain baju, barang kemas dengan alasan, kami dulu rapat
Dosa makan harta bathil ni bukan dosa kecil. Lagi kena berhati-hati jika simati tinggalkan anak-anak yatim.
Jadi kalau tak ada ilmu mengenai faraid, belajarlah. Sekurang-kurangnya kenal siapa waris faraid kita.
Sebarang persoalan boleh ajukan di https://tanyalahpuanumi.wasap.my
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...