‘Lukisan Rindu Seorang Adik’. Ibu Ni Kongsi Whatsapp Dari Guru Anak, Undang Sebak!

Share

Rindu yang paling sakit adalah rindu pada yang telah pergi meninggalkan kita. Hanya orang yang pernah merasai kehilangan orang tersayang sahaja akan faham perasaan itu.

Bukan hanya buat kita yang dewasa, malah anak kecil juga dapat merasainya.

Ini sebagaimana apa yang cuba diluahkan oleh seorang anak kecil yang telah kehilangan abang tersayang.

Melalui lukisan tersebut,  tersirat 1001 perasaan dan sekali gus undang sebak warganet dan mendoakan agar keluarga ini terus sabar dan tabah.

Lukisan rindu seorang adik.

Dapat wassap dari guru tadika anak..


Guru meminta anak murid melukis apa sahaja di fikiran mereka. Bila melihat hasil lukisan si anak, hati saya sebak..

Gambar yang penuh makna tersirat
Lukisan hati seorang adik yang merindui abangnya.


Rindu yang diluahkan melalui sebuah lukisan
Si Abang yang sangat rapat dengannya.
Kini terpisah antara dua dunia.

Dalam gambar tu, semua gambar berambut..
Kecuali gambar yang di pusara itu
Botak tidak berambut.

Abang Adam tidak berambut kesan daripada kimo. Tapi si Adik langsung tak pernah mempersendakan rambut si abang yang tiada rambut.

Setiap malam tak pernah gagal sedekahkan al fatihah untuk si Abang.


Moga Allah gantikan setiap kerinduan kamu dengan seribu kebaikan dan hikmah.

InsyaAllah..Moga satu hari nanti kita semua sekeluarga akan bersatu di Syurga. Al fatihah.

Sumber : Norunajwa Bt Safiei

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club