Setiap anak-anak kita sebenarnya dikurniakan bakat semula jadi sejak kecil lagi. Cuma kita sebagai ibu ayah perlu bijak memainkan peranan untuk mencungkil dan seterusnya memberi pendedahan dan menunjukkan ‘jalan’ agar bakat yang dimiliki oleh anak-anak dapat diketengahkan.
Contohnya seperti kanak-kanak berusia lapan tahun ini, Dihya Muhammad Fateh Mohd Faridil Amir memiliki bakat yang luar biasa dalam menghasilkan potret dan animasi seperti seorang pelukis profesional meskipun masih kecil.
Kehebatan anak ini yang lebih mesra disapa Fateh telah menjadi tular selepas lukisan potret yang dihasilkannya mendapat pujian warga maya berikutan perkongsian ibunya, Khairunisa Mamat yang memuat naik gambar dan video lukisan Fateh di aplikasi TikTok @dihyarth15.
Baru-baru ini viral video yang dikongsikan oleh ibunya apabila Fateh cuba melukis potret seorang lelaki di kedai makan meskipun Fateh berada jauh daripada lelaki tersebut namun lukisan yang dihasilkan cukup menarik.
Apabila diserahkan kepada pemilik wajah tersebut, nyata lelaki itu cukupterharu dan gembira lantas memeluk Fateh sebagai tanda penghargaan di atas lukisan yang diberikan kepadanya itu.
Memetik perkongsian daripada ibunya Khairunisa, 34, bersama Bernama berkata, Fateh minat melukis sejak dia berusia tiga tahun lagi, dengan menconteng dinding di rumah mereka dengan pelbagai jenis kartun terutama karakter Ultraman, dan beliau bersama suami membiarkan sahaja Fateh melukis di dinding kerana mahu anaknya tonjolkan kreativiti.
Katanya ketika Fateh berusia tiga hingga tujuh tahun, dia banyak melukis watak-watak kartun seperti Boboiboy, Ejen Ali, Naruto, Ultraman dan watak animasi, namun sejak Mac lepas dia mula berminat untuk melukis potret wajah.
“Selalunya Fateh tak akan beritahu orang yang dilukisnya, namun selepas siap melukis dia sendiri akan serahkan kepada pemilik wajah yang dipotret… ia macam satu kejutan kepada mereka, dan Fateh gembira apabila penerima itu tersenyum serta berterima kasih kepadanya,” katanya lagi.
Terima Banyak Pujian
Ads
Khairunisa berkata Fateh yang merupakan anak keempat daripada lima beradik itu banyak belajar melukis melalui tutorial di YouTube seperti Amamijan, Ali Haider serta Devon Rondriguez, dan dia mengambil masa 15 hingga 20 minit bagi menyiapkan sebuah potret atau gambar orang.
Katanya anaknya itu memang sentiasa membawa buku lukisan dan pensel khas untuk melukis potret serta tidak mengira tempat atau waktu untuk melukis, kerana dia memang sangat gembira setiap kali dapat menyiapkan lukisannya.
“Kadang-kadang kami keluar makan dan semasa di kedai atau restoran, Fateh akan melukis gambar potret yang dia mahukan… selalunya wajah pelanggan atau pekerja di kedai yang kami menjamu selera itu, dia lukiskan potret mereka.
“Ada sesetengah pihak beranggapan Fateh mahukan duit selepas menyerahkan gambar potret lukisan itu, namun sebenarnya Fateh tidak pernah mahukan wang sebaliknya dia mahu mereka gembira dengan gambar lukisannya,” kata suri rumah itu.
Bapa Fateh, Mohd Faridil Amir Shobri, 38, pula berkata tujuan bersama isteri berkongsi hasil seni anaknya semata-mata untuk mendokumentasi perjalanan minat si kecil itu, dan dalam masa sama berharap mereka boleh menerima kritikan dan sokongan secara terbuka daripada warga maya.
Ads
Walaupun pada mulanya agak bimbang bakal menerima kecaman kerana membiarkan anak melukis di tempat awam dan mengganggu privasi orang lain, namun setakat ini tindakan itu menerima pujian malah sokongan daripada netizen.
“Malah Fateh juga selalu membaca komen-komen yang ditinggalkan warga maya yang melihat video-video lukisannya di TikTok, dari situ dia juga akan dapat menambah baik lukisan potretnya dalam masa sama memberi semangat kepadanya untuk terus melukis,” katanya.
Sementara itu, Fateh berkata beliau memang bercita-cita mahu menjadi seorang pelukis profesional kerana minat mendalam dalam bidang berkenaan, malah berharap dapat mengikuti latihan melukis potret.
“Saya lukiskan potret wajah orang kerana mahu gembirakan mereka dan setiap kali melihat mereka tersenyum ketika terima menerima lukisan saya, itu buat saya seronok.
“Ada yang bagi duit selepas terima gambar potret, saya cakap terima kasih dan beritahu lukisan itu percuma kerana minat saya untuk melukis,” katanya.
Rata-rata warga maya memuji penampilan tersebut dan mendoakan semoga Fazeera istiqamah dalam menutup aurat.
Sekadar info, Fizo bernika dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Aziz pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Lebih kurang seminggu lagi semua umat Islam akan menyambut lebaran. Selain berpakaian serba baru dan cantik, penjagaan diri dan muka kenalah sama cantik. Barulah penampilan di pagi raya jadi sempurna dan kebabom.
Nak cantik dalam masa yang pantas bukan mudah namun masih tak terlambat rasanya jika anda nak sental wajah jadi putih bersih dan cantik jelita menjelang pagi raya. Bagaimana? Dalam masa tidak sampai seminggu ini cuba amalkan petua ini dan lihat hasilnya.
Penggunaan bahan-bahan sedia ada terutama daripada dapur rumah anda adalah cara terbaik mencantikkan kulit wajah. Bukan hanya cerah, bersih dan bebas jerawat bahkan kulit wajah tampil licin dan gebu. Bagaimana caranya?
Beras Dan Yogut
Beras dan yogut pastinya sentiasa ada dalam dapur kita bukan? Dua bahan ini antara bahan yang pantas dalam mencerahkan kulit wajah. Caranya mudah sahaja. Selepas beras di basuh bersih, kisarkan bersama yogut asli hingga sebati. Kemudian sapukan ke wajah membentuk masker selama 30 minit. Biarkan hingga kering. Apabila kering, sentallah kulit dengan lembut seperti scrub muka. Selain menanggalkan sel kulit mati, masker ini juga dapat melembutkan kulit wajah. Jadi kena cuba setiap malam sebelum menjelang raya. Mesti!
Skrub Kunyit
Yang ini pula menggunakan kunyit sebagai asas utama dalam mencantikkan wajah. Skrub kunyit boleh diaplikasikan di wajah untuk mendapatkan hasil kulit yang lebih cerah dan mulus. Ambil kunyit hidup bersama garam serta sedikit beras dan kisarkan hingga lumat. Kemudian sapukan ke seluruh wajah seperti memakai masker. Sama seperti skrub yogut, biarkan kering seketika dan gosok lembut kulit wajah. Bukan hanya cerah malah bintik-bintik hitam dan jeragat juga boleh ditanggalkan.
Soda bikarbonat Rawat Wajah Berjerawat
Jerawat menjelang hari raya pasti buat mood menjunam ke bawah. Lagi-lagi kalau nak berhari raya di rumah mertua juga bersama insan tersayang. Jerawat yang kekal di wajah buat rasa tak selesa bersalaman dengan tetamu yang berkunjung. Usah cemas, cuba petua ini. Ambil dua sudu makan soda bikarbonat dan bancuh dengan sedikit air hingga sebati. Sapukan pada jerawat dan biarkan mengering. Apabila kering barulah di bilas seperti biasa.
Air Campuran Timun
Cubalah minum air yang dicampur dengan timun. Kisar sendiri timun bersama air secukupnya dan minumlah setiap hari. Selain tubuh rasa lebih segar, amalan minum air ini juga banyak khasitnya untuk tubuh.
Air Detoks
Setiap malam pastikan anda menyediakan sebekas air detoks yang mengandungi lemon dan buah-buahan sitrus lain. Buang toksid dalam badam ketika tempoh ini dan lihatlah hasilnya. Anda cantik luar dan dalam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila bercakap tentang pemakanan sihat untuk keluarga, hampir semua antara kita akan terbayangkan beberapa menu seperti susu, bijirin, sayuran dan buah-buahan yang tinggi khasiatnya.
Pun begitu andai ada yang ingin berdiet, anda perlu sedar makanan yang sihat seperti rolled oat umpamanya jika diambil berlebih-lebihan dengan menggabungkan pelbagai jenis ramuan lain, pasti jumlah kalorinya berganda.
Bila diamalkan selalu, bukan boleh turunkan berat badan malah silap gaya bimbang juga mendatangkan kemudaratan. Untuk itu, jom baca perkongsian daripada akaun fb Kak Jee yang banyak berkongsi tentang amalan berdiet untuk kurus. Jom semak.
HATI-HATI. SESUATU YANG BAIK, JIKA BERLEBIHAN PUN MEMUDARATKAN
Beberapa hari ni, Kak Jee share tentang saranan sarapan yang mudah dan ringkas. Terutama yang selalu kata sibuk memanjang.
Jadi bila checking meal sarapan, ramai lah yang ber ‘rolled oat’ .
Namun berhati-hati. Namanya nak turunkan berat badan perlu ada ‘defisit kalori’. Ditakuti menu rolled oat kita melampau hingga 500-600 kalori. Banyak tu untuk sarapan.
Antara kesilapan biasa dilakukan:
1) Tambahan susu lebih 250ml. Lebih teruk lagi jika menggunakan susu segar.
Susu segar tak salah, tetapi tidak sesuai bagi kita yang nak turunkan berat badan.
Ingatan: Hanya gunakan susu skim atau susu rendah lemak sahaja. Sukatan maksima 250ml(segelas) 120 kal.
Bukan 2 gelas tau! Segelas minum, segelas campur dalam rolled oat.
2)Tambahan medium cecair lebih sejenis dalam satu sediaan. Dah masuk susu, tambah lagi Yogurt, tambah lagi madu.
Ingatan: Pilih salah satu sahaja medium cecair untuk kawal kalori.
3)Tambahan topping keterlaluan. Biasa kita tambah buah-buahan segar. Tak dinafikan buah-buahan kan bagus. Tetapi bagus dan berkhasiat tidak memastikan berat badan boleh turun tanpa mengira defisit kalori.
Ingatan: Cukup sekadar sejenis topping anggaran 60-80kal. Jika mahukan lebih perisa, kurangkan kuantiti nya , maksima 2 jenis. Contoh epal sebelah dan kekacang separuh sukatan.
Pilih buah segar berbanding buah kering seperti kismis dan pic. Kuantiti sedikit kalori tinggi. Rugi.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...