Lukisan Atas Kek, Nampak Unik & Boleh Cuba Untuk Hasilkannya. Begini Stepnya!

Share

Sambutan hari jadi tidak lengkap kiranya jika tidak disertakan bersama sebiji kek untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Bahkan ianya lebih bermakna jika kek tersebut disediakan dari air tangan sendiri, tentu ada sentimental value pada sambutan hari jadi tersebut.

Umumnya kek hari jadi, dihias cantik dengan krim pelbagai warna. Namun berbeza dengan kek yang diilham oleh Puan Mufidah Abdul Hadi Alyunusi untuk anaknya. Jadi apa kata kita lihat bagaimana cara beliau menyediakan kek tersebut.


Kek dibuat khas untuk anak dara akak yang minat Hello Kitty .. kek marble saja sebenarnya ni.. akak sertakan resipinya bawah kalau-kalau ada yang ingin mencuba..

Langkah demi langkah :

  1. Adunan kek marble dimasukkan ke dalam loyang secara rawak.. boleh juga kalau nak buat kek zebra dengan cara memasukkan adunan putih dan adunan coklat secara berselang seli.. dan boleh juga kalau nak buat marblenya tu berwarni warni.. terpulang pada citarasa masing-masing..

2. Guna chopstick atau lidi atau hujung pisau untuk melorek adunan kek.. kalau buat kek zebra, sila abaikan step ni..

3. Tutup bahagian permukaan kek dengan adunan plain.. terpulang samada nak tutup semua sekali permukaan kek atau cuma tutup bahagian yang ingin dilukis saja .. boleh guna piping beg yang diisi dengan adunan plain untuk memudahkan kerja.. kadang-kadang akak tuang saja adunan plain tu biar menutupi permukaan kek tanpa menggunakan piping beg..

4. Kemudian paipkan pula background menggunakan adunan yang diwarnakan.. sebenarnya ada dua pilihan samada nak warnakan background dahulu atau nak melukis dahulu.. untuk kek ni kali ni akak warnakan background dulu..

5. Buat lakaran menggunakan pencungkil gigi yang dicelup dalam adunan yang dicampur serbuk koko .. jangan risau kalau ada silap sikit-sikit sebab masih boleh diperbetulkan nanti..

Close up lakaran yang dibuat.. boleh nampak kan ada tempat yang akak silap buat lakaran.. nanti kita tutup kawasan yang silap tu dengan adunan kek.. so jangan risau

6. Buat outline dengan menggunakan adunan yang dicampur warna hitam.. masukkan adunan dalam piping beg.. boleh guna nozzle yang berlubang kecil untuk memudahkan kerja memaip.. akak tak guna nozzle pun, cuma guna piping beg yang dibuat lubang kecil di hujungnya.

Selepas buat outline, bolehlah warnakan lukisan menggunakan adunan yang diwarnakan .. contoh dalam gambar ni akak guna adunan plain untuk warnakan muka, tangan dan kaki hello kitty.. adunan tersebut dimasukkan ke dalam piping beg (tak perlu nozzle) dan secara berhati-hati paipkan ke kawasan yang berkenaan..

7. Akhir sekali tambah details seperti mata, hidung dan sebagainya..

Lepas buat lakaran, akak buat outline atas lakaran guna adunan berwarna hitam.. seterusnya akak warnakan lukisan dan background ikut warna dikehendaki..

Dah siap proses mewarna, hentakkan kek perlahan-lahan beberapa kali dan bolehlah dibakar pada suhu yang sesuai dengan oven masing-masing.. kalau ikut oven akak, suhu 170 darjah tu dah kira molek.. bakar kek macam biasa dahulu selama lebih kurang 25-30 minit

Selepas lebih kurang 25-30 minit kek dibakar, baru letakkan kertas timah (aluminium foil) atas loyang kek.. jangan keluarkan kek dari oven yer, takut kek tu mengecut.. cuma letakkan saja kertas timah tanpa keluarkan loyang dari oven.. pastikan adunan kek tak menyentuh kertas timah di atasnya

Jangan lupa yer bila kek dah masak, sebaik keluarkan kek dari oven terus terlangkupkan loyang berisi kek atas tuala dapur yang bersih.. bila dah suam sikit baru keluarkan kek dari loyang ATAU keluarkan kek dari loyang sebaik keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai

Kek Marble
(Sukatan menggunakan cawan dan sudu metrik)

Bahan-bahan:
⅔ cawan (160g) marjerin/butter- cairkan
¾ cawan (150g) gula castor
1 sudu besar ovalette
5 biji telur gred A
¼ cawan (60 ml) susu cair/segar
1 sudu teh esen vanilla
1 ½ cawan (220 g) tepung superfine/gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar serbuk koko

Cara membuatnya:
1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk pengadun.

2. Masukkan gula castor, ovalette, telur, susu cair/segar dan vanilla.

3. Pukul dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Kemudian naikkan kelajuan mixer dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi pekat dan putih.

4. Perlahankan semula kelajuan mixer dan masukkan marjerin/mentega yang telah dicairkan. Adun hingga sebati tapi jangan terlebih adun.

5. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu adunan dibiarkan kosong dan satu adunan lagi digaul bersama serbuk koko hingga sebati.

3. Masukkan kedua-dua adunan secara rawak ke dalam loyang bersaiz 8 x 8 inci yang bergris dan dialas dengan kertas minyak.

4. Gunakan lidi atau chopstick untuk melorek adunan supaya mendapat corak marble.

5. Hentakkan loyang kek perlahan-perlahan 2-3 kali dan bakar pada suhu 170 darjah selama 50 – 75 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Bila kek telah masak, terlangkupkan loyang berisi kek di atas permukaan yang dialas dengan tuala dapur yang bersih dan biar hingga suam. Kemudian baru keluarkan kek dari loyang. (Atau terus sahaja keluarkan kek dari loyang ke atas redai sebaik sahaja keluarkan kek dari oven). Ini adalah supaya permukaan kek tidak berkedut dan kek tidak mengecut bila sejuk.

SELAMAT MENCUBA!

Nota:
*Melalui pengalaman membuat kek ini, penggunaan mentega menghasilkan kek yang lebih gebu tetapi agak kering berbanding menggunakan marjerin (biasanya saya guna marjerin Seri Pelangi).

*Adunan kek ini juga boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan beberapa warna berlainan jika ingin hasilkan kek marble yang berwarna warni.

*Jika inginkan permukaan kek yang kurang garing/gelap, letakkan sekeping kertas timah di atas permukaan loyang setelah 25-30 minit kek dibakar dan sambung bakar hingga kek masak.

sumber : Mufidah Abdul Hadi Alyunusi