Pejam celik dah sampai kita dalam bulan yang paling istimewa buat rakyat Malaysia di mana bulan inilah kita mencapai kemerdekaan bagi negara kita, bulan apa lagi kalau bukan Ogos.
Tanggal 31 Ogos setiap tahun akan disambut dengan meriah di setiap negeri bagi meraikan hari istimewa tersebut. Untuk tahun ini, negara Malaysia akan menyambut kemerdekaannya yang ke-66 tahun.
Bila menjelang hari kemerdekaan ini, pelbagai aktiviti akan dianjurkan termasuklah dalam melukis Jalur Gemilang, iaitu bendera Malaysia tidak kira dari peringkat sekolah, negeri sehinggalah ke peringkat negara.
Namun, dalam beberapa bahagian yang terdapat atas Jalur Gemilang ini, ada satu yang menjadi kesukaran orang ramai untuk melukis iaitu melukis bintang yang mempunyai 14 bucu.
Jangan bimbang! Ada cara mudah tau nak dapatkan bintang 14 bucu yang sama saiz dan bentuknya cantik seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @herbbymall.
“Zaman Sekolah dulu, korang lukis Bintang ni ada rupa bintang tak? Ke tak jadi, serupa tahi bintang?,” tulis muat naik perkongsian tersebut.
Menurut wanita itu, barang-barang yang diperlukan untuk melukis bintang tersebut adalah mudah dan ia mungkin berada dalam simpanan anda sendiri.
Antara barang-barang yang akan digunakan adalah pensel, pembaris, pemadam, sellotape besar dan sellotape kecil atau penutup botol kecil.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan melukis bulatan besar sebagai tanda panduan untuk diameter luar bintang yang akan dilukis nanti.
Kemudian lukis bulatan kecil menggunakan sellotape kecil atau penutup botol yang disediakan sebelum melukis tadi.
Hasil lukisan dua bentuk bulatan tadi akan menghasilkan bentuk seperti donut.
Langkah seterusnya, buat garisan lurus di tengah-tengah bulatan serta tandakan X di tengah-tengah bulatan.
Kini anda boleh garis buat segi tiga bucu bintang di bulatan tengah yang kecil tadi sebagai penanda awal.
Selepas sudah dapat dua bucu, tambahkan enam lagi bucu di setiap sisi bulatan yang masih kosong. Enam bucu sebelah kiri dan enam bucu di sebelah kanan.
Pastikan setiap kali tanda bucu garisan, anda ikut titik pusat di tengah- tengah bulatan tersebut. Proses itu dibuat supaya bila sedang lukis, anda akan dapat bucu yang seimbang kiri dan kanan.
Selepas dapat titik yang ditanda sebagai bucu, anda boleh mula buat garisan segi tiga untuk setiap bucu. Cantumkan garisan di setiap bucu sehingga dapat bilangan 14 bucu seperti pada bendera Malaysia.
Apabila bintang sudah siap, kini anda boleh padam tanda-tanda yang dibuat bagi memudahkan proses melukis bintang tersebut.
Untuk buat bulan pula, anda juga boleh menggunakan sellotape besar tadi. Hanya perlu lukis separuh daripada sellotape besar tadi, ikuti langkah berkenaan sebanyak dua kali.
Sekarang Bintang dan bulan sabit anda sudah siap.
@herbbymall Zaman Sekolah dulu,korang lukis Bintang ni ada rupa bintang tak? Ke tak jadi, serupa tahiii bintang? sebenarnya mudah je, kalau nak guna jangka lukis pun lagi mudah. Share dekat anak-anak, kawan-kawan dan Cikgu sekolah korang 🤭 👉 Cara lukis Bintang bucu 14 benders Malaysia 🇲🇾 Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Malaysia Yang ke-66 #malaysiamerdeka🇲🇾 #merdeka2023 #tutoriallukisbenderamalaysia #bintangbucu14 ♬ original sound – Song lyrics
Diharap perkongsian ini dapat membantu pembaca untuk melukis bintang 14 bucu bersempena dengan hari Kemerdekaan tidak lama lagi.
Sumber: TikTok/@herbbymall
Wow mewarna BINTANG KECIL datang lagi!!! Hanya RM40 sahaja. Bawa pulang:
1. Akaun simpanan sspn RM20
2. Bekas pensil
3. Pensil warna
4. Sijil penyertaan
Hadiah akaun SIMPAN SSPN dan barangan keseluruhan bernilai RM1000.
Daftar sekarang! Tempat TERHAD