
Bila bab sental tandas, pasti ada ibu-ibu yang mengeluh kerana harus menyental selalu bagi memastikan ia sentiasa bersih. Sebenarnya ada banyak cara bersihkan tandas berdasarkan petua atau tips yang telah dipraktikkan sejak sekian lama.
Tapi kali ini admin ingin kongsikan tip dari puan Suhaili Baharudin yang membuat sendiri bahan untuk mencuci tandas bagi menghilangkan segala kelodak. Jom buat!
DIY toilet bomb!
Lubang toilet yang berkeladak menakutkan mata tu boleh dicuci semudah abc. Campakkan saja seketul selesai masalah.
Jom buat.
Bahan-bahan
1 cup – Sodium bicarbonate (baking soda)
1/4 cup – citric acid
(boleh cari di kedai bakery)
1 sudu hydrogen paroxide
(cari di farmasi)
Cara membuat:
1. Campurkan 2 bahan tadi. Gual rata dan pastikan tak berketul.
2. Masukkan 1 sudu hydrogen paroxide. Jangan lebih.
3. Gaul lagi. Ia sepatutnya rupa begini. Tak berketul dan tak terlalu basah.
4. Masukkan dalam bekas acuan. Biarkan 4 jam.
5. Selepas 4 jam keluarkan dan isi lah dalam bekas comel.
6.Bayangkan ni mangkuk toilet rumah kita. Campakkan saja seketul dan masalah selesai. Segala yang berkeladak tu akan hilang. Jangan lupa share!
7. Tanpa toksik dan harsh chemicals.
“Anak Yang Soleh, Merasa Semua Kesusahan Dengan Mama & Papa. Terima Kasih Allah Untuk “Pinjaman Berharga” Ini- Ozlynn

Isi Kandungan
ToggleSetiap kali memuat naik video atau gambar di laman instagram mereka, pasti akan mendapat respond darii netizen. Terbaru, Ozlynn memuat naik satu video anak sulungnya, Ariq yang sedang mengaji. Menurut Ozlynn, anaknya itu pada awalnya mahu menunaikan solat subuh di masjid namun membatalkan hasratnya sebaliknya hanya solat dan mengaji di rumah.
.
Dia ketuk bilik nak subuh kat masjid.. kita ckp mama boleh anta.. dia ckp xpe la cuba call pakcik dia (adik aku) so aku pun teruskanlah urusan aku dlm bilik.. 6.20am mcm terfikir.. mane anak aku.. jadi ke pergi masjid.. skali dgr sayup2 suara org mengaji.. puas cari.. rupanya dalam bilik game.. dia ckp x dpt pegi masjid.. pakcik dia x jwp fon.. so dia solat n mengaji kat umah jek.. aku ckp nape x bgtau.. aku boleh anta.. dia jawap.. xnk ganggu mama.. ingat mama nak rehat.. pastu moleiq n chantiq tdo kat ruang tamu.. so abg mengaji kt sini.. anak bertuah.
.
moga Allah lindungi kamu abg Ariq.. kamu nih anak yg soleh.. merasa semua kesusahan dgn mama n papa.. moga Allah terangkan hati kamu dgn Al Quran, sihatkan kamu dgn ibadah dan amalan, cerdaskan minda kamu utk atasi ujian, dan ambil kamu di saat kamu sedar dunia bukan lagi keperluan.
.
Terima kasih Allah utk “pinjaman berharga” ini.. Doa aku xkan putus utk dia..
View this post on InstagramA post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Perkongsian Ozlynn itu mendapat respond rakan selebriti dan juga pengikutnya. Rata-rata mengakui sebak dan terharu dengan luahan hati isteri kesayangan Johan ini.
lisasurihani Sejuk hati baca caption ni babe. I kagum sgt dgn cara u and Johan membesarkan anak. May you and family sentiasa dibawah perlindungan-Nya.
acheykintangkintung Sejuk perut mu maaa
ei_ramoss Perkongsian yg baik Ozzlyn
shuibsepahtu Anak hebat,anak luar biasa @jozlynnhanania
radin_era Uishhhhhh moga anak soleh ma… Sy dulu Kalau dah masuk bilik game, kul 6am ni mmg sambung Tidur balik
lailanirmala Anak yg soleh, ibupun kna ikut solehah jgk. In shaa Allah. Suruhn Allah yg wajib utk kita mnutup aurat.
uedulishah79 InshaaAllah..aamiin..sejuk perot ibu ye..boleh jadi pendakwah satu hr nnt
urahmatikhsan Semoga Allah berkati anak puan sentiasa dan menjadikan anak puan kebanggaan puan dan Kebanggaan Agama . Amin
Sumber: IG jozlynnhanania
Amal Jus Ubi Bit Setiap Hari, Rahsia Muka Flawless, Kena Cuba Ya!

Ubi bit memang sedikit asing buat masyarakat kita tetapi tidak bagi masyarakat di Eropah. Mungkin kita tidak biasa dan kurang didedahkan akan khasiatnya. Ubi bit sebenarnya banyak khasiatnya pada tubuh.
Kalau anak tahu, antara kandungan dan nutrisi yang ada dalam ubi bit ni cukup banyak. Buah ini bukan hanya tinggi serat, malah kaya vitamin C, magnesium, zat besi dan banyak lagi.
Paling menarik yang kita semua tak tahu, ubi bit tersangatlah baik untuk kesihatan kulit. Selain mampu mengatasi masalah kulit kusam, ubi bit mampu meredekan masalah jerawat pada muka. Hebat kan?
Selain membuat masker daripada ubi bit ini, antara cara lain yang boleh dilakukan untuk kecantikan dalaman adalah dengan mengamalkan jus ini setiap hari.
Inilah yang diamalkan oleh Fyza Shah setiap hari. Jom ikut cara yang dikongsikan olehnya. Selamat mencuba!
Jangan tak tau yang ubi bit ni khasiat dia memang power kuasa lima untuk kulit dan kesihatan korang. Ubi bit antara superfood kalau kat negara mat salleh mata biru ungu tu. Biasa diorang memang guna untuk buat jus, makan macam salad, boleh gak nak buat ramuan untuk home remedy.
Contohnyer macam sapu kat jerawat dengan parut, memang cepat je hilang. Nak buat masker pun boleh. Nak sapu kat bibir bagi baby pink, nak merah- merah kan pipi pun boleh. Just sapu je jus ni kat tempat korang suka tu.
Jom breakfast dengan segelas besar jus glowing kulit, marbeles sangat. Sedap, resepi isitimewa dari ubi bit merah.
Bahan-bahan:
1/2 biji ubi bit merah
2 biji buah epal
2 biji oren
1 batang carrot
1 batang seleri
1 batang timun
Caranya:
1. Potong kecil buah.
2. Kisar semua bahan hingga sebati.
3. Sedia untuk diminum.
Ok, memang serius jus ni sedap. Kaya sangat dengan serat dan vitamin E dan C. Kulit glowing datang dari kulit yang lembap dan dalaman yang bersih je tau.
So tak heran bin pelik sebab jus ni memang akan cuci darah jadi bersih dari segala toksin mala’un tu.
Siapa yang amal, kulit dia jadi bersih, bebas dari jerawat dan lembap. Malah kulit lembut halus macam kulit baby. Masalah sembelit tak membuang pun dia setel sekali.
So korang cari je ubi bit ni kat mall macam AEON tu confirm ada.
Kredit: Fyza Shah
“Kebanggaan Keluarga & Negara, Bertuah Ibu Bapanya.” Pelajar Uitm Ni Cipta Sejarah, Skor Markah Penuh Ujian Perakaunan Dunia

Sejuk perut ibu mengandung… demikian yang boleh diungkapkan dengan penuntut bernama Hakeem Mohammad Akmal, 18 yang mencipta kejayaan sekaligus mengharumkan nama negara mendapat skor penuh 100 peratus bagi kertas FA1 Recording Financial Transactions. Sekali gus mencipta sejarah dunia dengan berada di tempat pertama bagi subjek berkenaan.
Dia yang memiliki pengetahuan asas dalam bidang perakaunan sedikit pun tidak menghalang penuntut program Certified Accounting Technician (CAT) Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) memperoleh skor penuh berkenaan bagi sesi Julai – Disember 2019. Seterusnya berjaya mengekalkan kecemerlangan selepas memperoleh keputusan 9A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Hakeem berkata, dia tidak menyangka akan menerima anugerah berkenaan yang dikurniakan oleh badan profesional perakaunan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) United Kingdom memandangkan dia tiada asas dalam perakaunan berbanding rakan kuliah lain yang lebih berpengalaman.
“Sebelum ini saya mengambil jurusan sains tulen di peringkat sekolah menengah, namun saya buat keputusan tukar haluan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar.
“Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan apabila dikelilingi rakan serta tenaga pengajar yang banyak membantu walaupun saya terlalu banyak bertanya,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Berkongsi tips belajar, anak ketiga daripada lima beradik itu masih keluar bersama rakan melakukan aktiviti seperti menonton wayang dan bersukan, namun dia meletakkan had supaya tidak leka.
“Jangan lagho (leka) sangat, kena pandai ‘control’. Tugas kita sebagai penuntut harus belajar sampai dapat yang terbaik, jangan pula terbaik dalam melepak.
“Saya juga bertuah kerana pensyarah yang mengajar kertas ini banyak membantu biarpun di luar waktu kelas. Saya pula seorang yang tidak akan puas selagi tidak faham sesuatu perkara.
“Di sini, saya dapat lihat kerjasama daripada tenaga pengajar dan penuntut amat penting untuk sama-sama berjaya kerana jika sebelah pihak saja yang bersungguh-sungguh mungkin tidak akan ke mana,” katanya yang berasal dari Langkawi, Kedah.
Katanya, dia merancang melanjutkan pengajian dalam bidang percukaian di UiTM melalui ACCA memandangkan jurusan itu agak mencabar dan mempunyai peluang pekerjaan yang luas.
“Zaman sekarang kita perlu bijak mengatur langkah. Belajar sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan pada masa depan dan bukan sekadar untuk memenuhi minat. Minat boleh datang kemudian, yang penting kesungguhan untuk mengubah masa depan.
“Kelilingi juga diri dengan orang yang positif dan rajin. Itu semua menyumbang kepada kejayaan tanpa kita sedari. Insya-Allah, kejayaan akan menyusul selepas kita lakukan yang terbaik di samping menjaga hubungan dengan keluarga dan Allah SWT,” katanya.
Terdahulu, UiTM memuat naik ucapan tahniah kepada Hakeem selepas diumumkan penuntut terbaik dalam kertas FA1 Recording Financial Transaction.
Sumber: Harian Metro