Luarnya Garing & Dalamnya Lembut, Begini Ibu Ni Kongsikan Cara Buat Roti Boy!

Share

Luarnya Garing & Dalamnya Lembut, Begini Ibu Ni Kongsikan Cara Buat Roti Boy! 

Bila aroma masakan mula menggoda selera, seakan terasa keenakan di tekak sehingga buat kita tidak mampu lagi bersabar untuk terus menikmatinya. Begitulah perasaannya yang akan anda rasai bila anda sedang membakar roti maxican bun atau juga dikenali sebagai Roti Boy di rumah anda. Aromanya begitu semerbak dan menggoda selera!

Jadi apa kata anda sediakan menu istimewa ini sebagai hidangan minum petang atau sarapan untuk seisi keluarga. Menyediakannya tidaklah sukar ini sebagaimana perkongsian pengalaman daripada Puan Nor Atikah Nazirah yang turut berkongsi resipi di media sosial dalam menghasilkan Roti Boy yang enak, luar garing dan dalamnya lembut.

“Makan petang harini.. buatkan anak-anak roti boy. Makan la puas-puas, firstime sis buat roti ni, takla susah pun..sedap sangat makan panas-panas. Luarnya garing dan dalamnya lembut je. Cuma lepas ni kena lebihkan butter lagi.. resepi sis ambik dekat tiktok.. meh sis share kan resepi dia dekat bawah ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Jadi buat anda yang pertama kali ingin menyediakan menu berasaskan roti, nampaknya tiada masalah. Bolehlah cuba resipi ini, pasti seisi keluarga menikmatinya dengan penuh berselera.

Bahan untuk doh

1 biji telor

3 tbsp gula castor

1 1/2 yis kering

1 cawan fresh milk suam

1/2tsp garam

3 cawan tepung roti

3 tbsp unsalted butter

Unsalted Butter ( untuk inti dalam roti)

Sedikit minyak ( sapu atas doh)

Cara-cara membuatnya:

1.First sekali satu kan sekali telor,gula,susu dan yis. Kacau-kacau sehingga gula larut.

2.Selepas itu masukkan garam. Kacau lagi.

3.Dalam mangkuk lain, tuangkan tepung roti dan bersama bahan yang kita kacau tadi.

4.Kacau adunan dengan senduk bagi sebati semuanya.

  1. Selepas itu campur butter ke dalam adunan tadi. Time ni kena uli selama 5 minit sampai doh tu lembut. Ni nak pakai mixer boleh, nak pakai breadmaker pun boleh. Dah uli doh sampai lembut dan cantik.. bulatkan dia dan sapu minyak atas doh tu. Perap doh selama 1 jam.

6.Dah perap 1 jam dan doh naik kembang. Tumbuk doh tu untuk hilangkan angin dalam doh tu, bulatkan dia.

7.Bahagi doh dalam 60gm. Biar semua sama besar. Uli-uli bagi bulat..ketepikan.

8.Selepas tu ambil doh letak butter yang dipotong kecil-kecil dan isi ke dalam doh tu. Bulatkan lagi dan last sekali rehatkan doh selama 30 minit sehingga kembang.

 

Bahan filling untuk roti boy

1/4 unsalted butter

1/4cup gula castor

1/2tbsp nescafe @ kopi tanpa gula

2 tsp air suam

1 biji telor

1/8 garam

1/2 cup tepung gandum ( saya guna bakers choice )

Cara-caranya:

1.First sekali whisk butter dan gula sampai sebati.

2.Kemudian bancuh nescafe bersama air. Kacau sampai larut.

3.Tuang ke dalam butter dan gula tadi, lepas tu masukkan telor, garam dan last sekali tepung, kacau ke semuanya sehingga sebati, letak dalam papping beg.

4.Bila roti sudah kembang elok. Pappingkan filling ke atas roti.. perlahan-lahan buat.. saya pun firstime buat, agak comot sikit.

5.Last sekali bakar suhu 180 selama 30 minit.

Selamat mencuba

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club