Luarnya Garing & Dalamnya Lembut, Begini Ibu Ni Kongsikan Cara Buat Roti Boy!
Bila aroma masakan mula menggoda selera, seakan terasa keenakan di tekak sehingga buat kita tidak mampu lagi bersabar untuk terus menikmatinya. Begitulah perasaannya yang akan anda rasai bila anda sedang membakar roti maxican bun atau juga dikenali sebagai Roti Boy di rumah anda. Aromanya begitu semerbak dan menggoda selera!
Jadi apa kata anda sediakan menu istimewa ini sebagai hidangan minum petang atau sarapan untuk seisi keluarga. Menyediakannya tidaklah sukar ini sebagaimana perkongsian pengalaman daripada Puan Nor Atikah Nazirah yang turut berkongsi resipi di media sosial dalam menghasilkan Roti Boy yang enak, luar garing dan dalamnya lembut.
“Makan petang harini.. buatkan anak-anak roti boy. Makan la puas-puas, firstime sis buat roti ni, takla susah pun..sedap sangat makan panas-panas. Luarnya garing dan dalamnya lembut je. Cuma lepas ni kena lebihkan butter lagi.. resepi sis ambik dekat tiktok.. meh sis share kan resepi dia dekat bawah ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Jadi buat anda yang pertama kali ingin menyediakan menu berasaskan roti, nampaknya tiada masalah. Bolehlah cuba resipi ini, pasti seisi keluarga menikmatinya dengan penuh berselera.
Bahan untuk doh
1 biji telor
3 tbsp gula castor
1 1/2 yis kering
1 cawan fresh milk suam
1/2tsp garam
3 cawan tepung roti
3 tbsp unsalted butter
Unsalted Butter ( untuk inti dalam roti)
Sedikit minyak ( sapu atas doh)
Ads
Cara-cara membuatnya:
1.First sekali satu kan sekali telor,gula,susu dan yis. Kacau-kacau sehingga gula larut.
2.Selepas itu masukkan garam. Kacau lagi.
3.Dalam mangkuk lain, tuangkan tepung roti dan bersama bahan yang kita kacau tadi.
4.Kacau adunan dengan senduk bagi sebati semuanya.
Selepas itu campur butter ke dalam adunan tadi. Time ni kena uli selama 5 minit sampai doh tu lembut. Ni nak pakai mixer boleh, nak pakai breadmaker pun boleh. Dah uli doh sampai lembut dan cantik.. bulatkan dia dan sapu minyak atas doh tu. Perap doh selama 1 jam.
6.Dah perap 1 jam dan doh naik kembang. Tumbuk doh tu untuk hilangkan angin dalam doh tu, bulatkan dia.
7.Bahagi doh dalam 60gm. Biar semua sama besar. Uli-uli bagi bulat..ketepikan.
8.Selepas tu ambil doh letak butter yang dipotong kecil-kecil dan isi ke dalam doh tu. Bulatkan lagi dan last sekali rehatkan doh selama 30 minit sehingga kembang.
1.First sekali whisk butter dan gula sampai sebati.
2.Kemudian bancuh nescafe bersama air. Kacau sampai larut.
3.Tuang ke dalam butter dan gula tadi, lepas tu masukkan telor, garam dan last sekali tepung, kacau ke semuanya sehingga sebati, letak dalam papping beg.
4.Bila roti sudah kembang elok. Pappingkan filling ke atas roti.. perlahan-lahan buat.. saya pun firstime buat, agak comot sikit.
Petang-petang begini enak juga kalau kita anak beranak layan selera dengan menikmati cucur jagung rangup sambil menikmati secawan teh panas di meja makan. Tentunya kemanisan rasa jagung di dalam cucur yang dimakan memberikan kepuasan rasa ketika menikmatinya.
Menyentuh tentang penyediaan cucur jagung, orang kata akan rasa lebih sedap jika cucur yang digoreng terasa garing di luar dan lembut di dalam. Mendapatkan adunan yang sedemikian ada banyak cara dan tipsnya, dan salah satunya adalah perlu dibancuh menggunakan air panas.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Faizah Binti Abdul Hamid. Jadi ingin tahu hasilnya, anda perlulah buat terlebih dahulu cucur jagung yang dikongsikan ini.
CUCUR JAGUNG
1/2 kilo tepung gandum
Sebiji telur (pecah telur rupanya twin)
Secekak kucai – potong 1cm
2 tongkol jagung segar
Segenggam ikan bilis
Segenggam udang kertas- cincang kasar
2 labu bawang besar – belah 4, hiris nipis
4 sdm cili kisar
1 sdm serbuk kunyit
Maggie cukup rasa
Garam halus
Air panas secukupnya
Caranya:
Hiris isi jagung dari tongkolnya. Satukan semua bahan dalam besen. Bancuh adunan dengan air panas.
Jemput dan goreng dalam minyak panas hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
Sedia untuk dihidangkan.
Resepi Oleh: Faizah Binti Abdul Hamid
Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR
Kalau mahu sediakan lauk ayam goreng, bahannya sudah pasti garam dan kunyit saja. Ini pun sudah dirasakan sedap terutamanya buat anak-anak. Tapi kalau nak tahu jika hidangan ayam goreng anda akan jadi terlajak sedap jika menyediakannya dengan lima cara ini.
1. Guna Bawang Putih
Untuk mendapatkan ayam goreng yang berbau wangi, tumbukkan beberapa ulas bawang putih kemudian gaulkan bersama garam dan kunyit. Nah hasilnya ayam goreng bukan saja berbau enak malah rasanya juga lebih sedap.
2. Limau Nipis
Semasa hendak menggoreng ayam, perah sebiji limau nipis ke dalam minyak dan kemudian masukkan ayam. Ini juga petua menjadikan ayam lebih rangup dan cepat masak.
3.. Guna Kunyit Hidup
Kunyit hidup memang ‘power’ hasilnya. Tumbuk kunyit hidup dan lumur rata bersama garam rata. Keenakannya memang berbeza.
4. Telur Ayam
Mahu ayam kekal rangup walaupun selepas diangkat? Caranya dengan menambah sebiji telur ayam ketika menggaul bersama garam dan kunyit. Gorenglah seperti biasa hingga masak dan lihatlah hasilnya.
5. Gabungkan Semua
Gabungkan kunyit hidup bersama bawang putih dan tumbuk hingga halus. Gaulkan kesemuanya bersama garam rata dan goreng. Hasilkan ayam jadi lebih enak, sedap dan cukup rangup. Lengkap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bercuti ke luar negara bersama keluarga tentunya menjadi momen yang indah namun tidak dinafikan bila berkunjung ke negara asing bab mendapatkan makanan halal menjadi salah satu kerumitan.
Atas sebab ini juga kita sebagai ibu begitu prihatin dalam memastikan anak-anak tidak kelaparan bila berkunjung ke luar negara hingga sanggup untuk menyediakan menu untuk santapan keluarga.
Apatah lagi buat ibu yang memang suka memasak. Kalau boleh ke mana sahaja keluarga bercuti akan dipastikan menu yang enak dapat disajikan buat keluarga tercinta.
Pun begitu, tidak dinafikan bila hendak menyediakan masakan Melayu, penggunaan daun kunyit, daun kesum, serai, halia dan sebagainya menjadi antara bahan wajib ada. Hal ini sudah pasti memberi kerumitan andai kita melancong ke negara yang berbeza herba dan ramuan masakan yang digunakan.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya ada cara efektif yang boleh anda lakukan dengan membawa daun-daun atau rempah tersebut ke lokasi percutian anda. Ini sebagaimana perkongsian Puan Normah Bahari yang berada di UK.
Ujarnya, “Pada yang rajin masak dan perlu sangat daun kunyit , daun limau purut , daun kesum , daun kari ,lengkuas , kunyit hidup untuk di bawa keluar negara. Di sini saya nak share cara saya keringkannya dengan menggunan AIR FRYER, dengan bawa yang kering kita tak akan rasa berdebar bila nak berdepan dengan kastam.
“Sekiranya ada stok banyak, walaupun disimpan dalam peti ais, lama-lama akan rosak juga, lebih baik dikeringkan dan dapat simpan berbulan-berbulan,’ kongsinya di Facebook.
Cara keringkannya
Suhu kurang dari 100
Masa kering kan 30> 40 minit, kalau rasa belum kering betul, tambah masa lagi.
Untuk lengkuas, kunyit hidup , serai dan halia kena potong-potong , perlu masa lebih lama.
Di UK ni ,sepanjang saya berada di sini saya nampak halia yang banyak, yang lain belum nampak lagi.
Meninjau di ruangan komen, ada juga yang berkongsi pengalaman dan ramai menyifatkan sebagai tuah sebenarnya. Ini kerana ada di antara mereka yang lepas dan ada juga yang tersangkut ketika melalui pemeriksaan kastam.
Pun begitu tidak dinafikan ramai juga yang mengucapkan terima kasih di atas perkongsian tersebut, sekurang-kurangnya dapatlah juga menggunakan tips tersebut untuk pastikan daun-daun herba tersebut dapat disimpan lama dan kekal elok untuk digunakan dalam masakan.
Secara mudahnya, orang Islam berpuasa disebabkan suruhan atau perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Terdapat banyak manfaat dan faedah berpuasa Ramadan bagi umat Islam.Berpuasa...