Betulah orang kata, don’t judge book by its cover. Jangan anggap rumah biasa-biasa aje tak boleh dihias cantik.
Buktinya melalui perkongsian ini menerusi foto yang dikongsi oleh Leila Janne ini.
Rumah papan tetapi dalam dihias ala condo. Cantik dan elegant!
Pemiliknya pastinya seorang yang rajin, pengemas dan seorang yang kreatif. Mana mungkin rumah papan boleh dihias begitu.
Pasti rumah ini begitu istimewa buat pemiliknya.
RONA HIJAU
Pemilik memilih rona hijau sebagai warna tema dinding rumah. Hiasan dalama pula modern kontemporari.
Susun atur dalaman rumah ini tidak terlalu sarat dengan pelbagai hiasan. Namun pemilihan yang betul menjadikan setiap sudut hasilkan persembahan yang menarik. Pasti yang melangkah masuk ke ruang rumah ini bakal teruja!
KOMEN NETIZEN
“Dalam macam condo”.
Bagaimana pun ada warganet yang meragui kediaman itu dihias begitu. Namun seorang telah menjelaskan bahawa kediaman itu benar dan merupakan temannya.
Malah katanya lagi, pemilik mengambil sumber ilham daripada Ikea. Kreatif!
Rata-rata warga net memuji usaha dan kerajinan tuan rumah.
Apa yang pasti, kediaman ini sungguh inspirasi!
Kredit foto: Leila Janne via Tip Hias Rumah
Judge Book By Its The Covernak seribu daya tak nak seribu dalih. Jika dah namanya rajin dan pengemas walaupun rumah biasa-biasanya tapi jadi luar biasa rumah.
Biasanya jika
Gigih Kumpul Duit, Makan Mi Segera Hingga Magrain. Datang Dari Keluarga B40, Coretan Pilot Ini Bikin Sebak.
Bergelar seorang pilot pastinya nampak hebat pada pandangan masyarakat, namun tiada siapa tahu jerih-perih yang terpaksa ditempuh oleh lelaki ini.
Meskipun pelbagai cabaran perlu dilalui sebelum mengecapi kejayaan, lelaki ini tetap berusaha dan tidak berputus asa memajukan dirinya.
Sebagaimana perkongsian bekas Kapten pesawat dan Jurulatih Kapal Terbang pesawat PDRM, Mohd Ezairol Rezan Zainol boleh dijadikan inspirasi untuk kita memotivasikan diri untuk berjaya dalam kehidupan.
KELUARGA B40 AYUH BUKTIKAN, KITA JUGA BOLEH BERJAYA.
Dulu keluargaku hidup susah. Serba serbi dalam kekurangan. Kadang-kadang makan pun bercatu. Lauk telur goreng biasanya dipotong dua, kongsi makan dengan adik beradik yang ada.
Aku adalah anak sulong dari 6 adik beradik. Sebagai anak sulong, Aku menyaksikan segala keperitan dan kepayahan mak dan ayah Aku membanting tulang dalam membesarkan Aku dan adik-beradik.
Arwah bapaku adalah seorang bekas askar tidak berpencen. Mak Aku pula adalah seorang surirumah sepenuh masa.
Selepas berhenti dari askar, arwah bapaku mencari rezeki dengan menanam sayur. Ibuku pula membantu dengan mengambil upah jahit baju dan menoreh getah.
Masih Aku ingat, masa sekolah dulu Aku jarang makan kat kantin sekolah sebab duit sekolah Aku cukup2 beli kuih dan tambang bas saja.
Kalau teringin nak beli nasi lemak atau mee kari kat kantin tu memang kena kumpul 2 hari duit sekolah baru cukup. Selalunya Aku bawa bekal saja dari rumah.
Selepas SPM tahun 1996, Aku bekerja sebagai operator kilang di Machap Johor. Itulah pengalaman pertama Aku bekerja untuk mencari duit sendiri.
Gaji basic Aku masa tu RM300 sebulan, campur dengan OT dapatlah dalam RM400 camtu. Kerjanya agak penat, hampir 13 jam sehari dan setiap masa kena berdiri.
Lepas result SPM keluar, Aku mendapat peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) kampus di jalan Gurney, dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
Jalan Gurney sekarang sudah ditukar nama ke jalan Semarak. Banyak juga kena guna duit masa mula-mula nak daftar masuk ke UTMKL dulu.
Kalau tak silap Aku dalam seribu lebih jugak untuk bayar yuran dan asrama penginapan. Kalau nak harap duit gaji kerja kilang saja memang tak cukup.
Masa tu lah Aku rasa sangat sebak dan bersalah bilamana melihat mak Aku terpaksa korek tabung simpanan duit upah menjahit dia semata-mata nak tengok Aku masuk U.
Sampai sekarang Aku masih ingat lagi masa mula nak lapor diri di UTMKL. Betapa gembiranya wajah mak tengok Aku nak masuk U.
Aku bertolak dengan van Ford lama tanpa aircond dari Johor bersama ahli keluarga termasuk datuk dan nenek sekali.
Sebenarnya memang itulah impian mak Aku. Dia ingin buktikan yang anaknya juga boleh berjaya sama seperti anak orang lain.
Mengenangkan keluarga Aku yang susah, Aku cuba jimat sehabis yang boleh masa semester pertama tu.
Sepanjang 3 bulan pertama di Universiti, hampir setiap hari Aku makan maggi sebagai makan malam. Natijahnya, suatu hari Aku telah diserang migrain dan sakit kepala yang teruk ketika kuliah.
Aku stop makan maggi selepas kejadian itu dan mula mengambil nasi dan telur mata sebagai menu makan malam.
Masa cuti sem tahun ke-2, Aku mula buat kerja part time sebagai “security guard”.
Gigih kumpul duit sebab taknak susahkan keluarga dikampong. Nasib baik la dapat duit biasiswa JPA masa tu. Bolehlah survive sikit-sikit…
Lepas habis Diploma, Aku dapat kerja sebagai “technician” kat kilang Sharp di Sri Gading Batu Pahat Johor.
Kerjanya ialah repair “viewcam”. Aku masuk kerja masa tu dengan gaji basic RM970 sebulan.Dekat setahun setengah jugaklah Aku kerja kat kilang Sharp ni.
Satu hari tu Aku terbaca iklan jawatan kosong bagi pengambilan Inspektor untuk tahun 2001. Gaji basic Inspektor masa ni ialah RM1106 bagi lulusan Diploma Kejuruteraan.
Tanpa berlengah Aku pun trylah mohon, manalah tahu ada rezeki Aku jadi pegawai polis macam Inspektor Mazlan lakonan AC Mizal dalam “Gerak Khas”.
Alhamdulillah, rezeki tak pernah salah alamat…Aku berjaya dalam temuduga pengambilan Inspektor Polis tersebut.
Aku tak sangka Ya Allah. Aku terpilih diantara beribu yang layak ke peringkat akhir dalam temuduga itu.
Daripada 26 ribu permohonan, Aku antara 114 orang yang terpilih untuk menjadi seorang pegawai polis. Aku bersyukur kerana cita-cita dan impian Aku tercapai akhirnya.
Selepas tamat latihan asas kepolisan yang berjalan selama setahun, sekali lagi tuah memihak kepadaku.
Aku berjaya melepasi saringan ketat ujian pemilihan bagi pengambilan juruterbang baru pdrm. Syukur tak terkata kerana telah terpilih untuk menjadi seorang juruterbang polis diraja malaysia.
Aku menjalani Kursus Asas Penerbangan (PPL) di Ipoh Perak dan kemudiannya (ATPL) di MFA Melaka pada tahun 2005. Akhirnya, Aku berjaya mendapatkan lesen penuh penerbangan pada tahun 2007.
Pelbagai cabaran, rintangan dan dugaan yang telah berjaya Aku harungi sebelum berjaya bergelar sebagai juruterbang. Aku telah berkhidmat selama 18 tahun dalam pasukan PDRM dengan pangkat terakhir sebagai Superintendent Polis.
Aku bersyukur kerana telah diberikan peluang berjuang mencurahkan bakti demi keamanan dan kesejahteraan rakyat M’sia.
Kini Aku telah mengorak langkah ke kerjaya baru yang diidam-idamkan oleh ramai juruterbang didunia. Hasrat Aku untuk membawa pesawat yang lebih besar juga akhirnya telah dimakbulkan Allah.
Bagi Aku, tidak lengkap kiranya kerjaya Aku sebagai juruterbang ini jika tidak dapat merasa membawa pesawat besar seperti Boeing ataupun Airbus.
Kawan…
Sememangnya hidup ini keras, hanya yang kuat dan tidak mudah mengalah sahaja akan menang dalam perlumbaan mengejar kejayaan.
Untuk orang muda dan adik-adik diluar sana, tiada formula yang mudah untuk berjaya. Bukan senang nak senang TAPI amat senang untuk susah jika kita mudah menyerah kalah.
Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha, tidak akan datang tanpa doa dan tidak akan datang tanpa Tawakal.
Bermulalah dari bawah, cari ilmu dan pengalaman supaya kita kuat untuk menghadapi dugaan dan cabaran. Fokuslah dalam mencari ilmu untuk membina asas masa depan kita.
Kawan…
Kalau kita miskin dan tidak punya apa-apa, serius orang takkan pandang maupun hormat pada kita. Malah akan ada yang menghina kerana kau adalah golongan B40 yang tidak punya apa-apa.
Dikesempatan ini Aku cuma nak pesan, jika kau sedang belajar, maka belajarlah bersungguh-sungguh, jika kau sedang bekerja atau sedang berniaga, buatlah betul-betul.
Cuba bina asas yang kukuh dan cari kekuatan untuk berdiri di atas kaki sendiri. Kerana apabila kita kuat, kita akan mampu untuk memberi tanpa mengharapkan ehsan dan simpati orang lain.
Kepada mereka yang mungkin sedang down, please wake up!!!. Bangkit dari kejatuhan. Bangkit kembali dengan lebih kuat. Anda mampu jadi jauh lebih baik dari apa yang anda fikirkan.
Hanya diri kita sendiri yang boleh menolong kita dan menentukan sejauh mana kita boleh melangkah pergi. Aku percaya kita semua boleh!!! Yakin Boleh!!!
Percayalah pada Qada dan Qadar. Rezeki itu datang dari Allah SWT. Dia yang pegang kunci pintu rezeki untuk semua Hamba-Nya.
Sabar adalah kunci kepada kejayaan setiap insan bernama manusia.
Diharapkan coretan Aku ni dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada semua pembaca khususnya golongan B40 yang sudi baca dan follow penulisan Aku hingga akhir…
Sekian, Terima Kasih
Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol
Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
6 Idea Suri Rumah Boleh Start Buat Bisnes Untuk Dapatkan Duit Poket Sendiri!
Memang betul, bila seorang wanita memilih untuk menggalas tugas sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, hakikatnya dia tidak akan mempunyai wang pendapatan sendiri. Pun begitu, kini ramai ibu-ibu yang mengambil inisiatif untuk melakukan kerja sambilan bagi menampung bebanan dan kos kehidupan yang semakin meningkat kini.
Sekiranya ada ibu-ibu diluar sana yang masih tercari-cari pekerjaan apa yang sesuai dan boleh dilakukan bermula dari rumah, ini kami senaraikan. Mungkin ada satu yang sesuai untuk anda laksanakan. Jom semak!
- Agen dropship
Ini antara pekerjaan yang seronok juga jika anda lakukan. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang ramai kenalan di laman sosial dan aktif posting. Mudahlah kerja, promote saja produk yang memang tengah ‘in’ mesti senang hendak dapat untung bukan?
2. Menjadi agen “affiliate”
“Affiliate” juga adalah agen jualan. Beza affiliate dengan “dropship” ialah affiliate tidak mengambil bayaran daripada pembeli dan mereka cuma mempromosikan link laman web produk yang dijual.
3. Berniaga makanan
Kalau anda memang suka dan pandai memasak, dan kebetulan juga kawasan perumahan dekat dengan sekolah. Inilah peluang keemasan! Anda boleh jual makanan tanpa perlu keluar dari rumah sekali pun. Berniaga sahaja di depan rumah, cukup memudahkan anda.
4. Tulis blog
Sekiranya suka sangat menulis dan share sesuatu perkara yang bermanfaat kepada orang ramai, sesuai sangat untuk anda menulis blog. Bila sudah ramai follower bermakna pendapatan anda juga boleh kira ‘masyuk’.
5. Menjadi Pengasuh
Alang-alang seharian menguruskan anak-anak di rumah apa kata anda jadi pengasuh, dapat juga jana pendapatan. Bermula dengan seorang dahulu dan kemudian jika selesa barulah dibuka kepada jumlah yang lebih ramai mengikut keselesaan dan kesanggupan diri sendiri.
6. Rumah Transit
Ini lagi mudah, anda jadikan rumah anda transit persinggahan anak-anak sementara menunggu sesi sekolah bermula. Apa yang penting anda perlu sediakan makanan dan ruang rumah yang selesa untuk anak-anak ini berehat dan membuat persiapan untuk ke sekolah. Waktu anda juga lebih fleksible kerana anak-anak ini hanya singgah sementara sahaja.
‘Tangan Panas’ Ke Atau ‘Sejuk’ Kalau Tanam Kunyit Boleh Ikut Cara Ni. Confirm Berhasil!
Selalu juga kita dengar kalau menanam pokok ini ada orangnya yang serasi. Kiranya, bagi yang baru hendak belajar bercucuk tanam memang mencabar.
Maklumlah kalau ‘tangan sejuk’, hiduplah pokok yang ditanam tapi sebaliknya kalau jenis ‘tangan panas’ alamatnya matilah pokok.
Tapi betulkah begitu? Macam-macamlah analoginya.
Namun apa yang terpenting, nak buat apa-apa pun, perlu tuntut ilmu dulu. Oleh itu just kita belajar cara tanam kunyit.
caranya:-
1. Pergi ke kedai atau pasar yang menjual kunyit hidup.
2. Pilih kunyit yang sudah keluar mata tunas. Lagi besar mata tunas, lagi bagus. Kalau dah keluar daun dia lagi senang. Haha, senangkan? Tak payah nak susah2 bagai. Tapi yang susah nya adalah tidak banyak kedai yang kunyitnya dah keluar mata tunas. Kena pergi 2-3 kedai baru jumpa.
3. Mata tunas ni senang dikenalpasti. Warna dia sedikit keputih-putihan. Menandakan kunyit itu dah sedia untuk mengeluarkan pucuk.
4. Sediakan tanah dengan komposisi 50% pasir, 50% tanah biasa. Tanam kunyit yang anda beli lebih kurang sedalam 2-3 inci dalam tanah. Siram 2 kali sehari. Medium pasir ini memudahkan anak pokok bercambah dan supaya anak pokok tidak teremdam air yang banyak hingga terencat tumbesarannya. Biasanya daun keluar dalam masa seminggu atau 2minggu.
5. Setelah dah keluar daun dan anak pokok dah setinggi sejengkal, alihkan anak pokok ke tanah biasa atau tanah bercampur kompos. Ini untuk membantu pembesaran yang maksimum.
Bila kita dah pindah ke tanah ini kita akan lihat anak pokok membesar dengan sihat insyallah. Tak perlu baja pun tak mengapa.
Anak pokok kunyit ini perlu ditanam ditempat yang panas tapi sedikit terlindung.
Maksud saya cahaya matahari pukul 10 pokok masih terlindung cahaya matahari. Dan bila petang pukul 4 dah terlindung cahaya terik matahari.
Sumber :Gebo-Gebo