
Konsep kediaman yang simple namun cantik mata memandang. Luaran nampak biasa sahaja, namun melangkah kaki ke dalam mata terpegun dengan susun atur dan pilihan tema yang cukup menarik diterjemahkan oleh pemilik kediaman ini, Puan Nurulshakina Nurul.
Cantik, kemas dan menarik. Itulah yang boleh diungkapkan apabila melihat dekorasi kediaman ini. Jom ibu-ibu kita cuci mata, sambil tu boleh dapat ilham untuk mendekorasi kediaman sendiri kan.
Jangan limitkan rumah kampung tak boleh buat deco rumah modern🥰
Boleh je, yang penting kita kena kreatif
Ini antara deco rumah kami
Walaupun PKP,raya tetap raya🥰
Semoga dapat menjadi inspirasi untuk korang yang ada rumah kampung tapi tak ada idea nak deco macam mana😘
#rumahkusyurgaku
Didik Anak Tanpa Perlu Membebel, Alangkah Senangnya. Ada Cara & Begini Perlu Buat, Pasti Menjadi!

Seakan menjadi kebiasaan pula, hari-hari perlu membebel dengan anak-anak setiap kali ada sahaja perkara yang tidak kena pada pandangan mata kita. Kadang-kadang ‘berbuih’ mulut dibuatnya kita bagi nasihat, tapi bagai mencurah air di daun keladi sahaja nampaknya.
Pun begitu sebagai ibu ayah, kita tidak boleh putus asa untuk mendidik anak-anak. Dan tahukah anda, sebenarnya selain perlu membebel ada cara yang lebih berkesan dan bagus untuk dipraktikkan dalam memastikan anak-anak mendengar kata. Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif ini.
Menurutnya ada cara yang perlu dibuat oleh ibu ayah agar anak-anak boleh tiru dan jadikan ‘references & guidelines’ tanpa perlu kita membebel dan berkata-kata setiap hari.
– kita ambil Al Quran dan baca
– kita bercakap lemah lembut dengan pasangan
– kita solat berjemaah bersama keluarga
– kita mengemas rumah penuh sabar
– kita menahan emosi saat sedang geram
Ini semua sangat berpengaruh pada perkembangan anak
Anak kita
– lihat sikap kita
– perhati perbuatan kita
– analisis kerja buat kita
– dan akhirnya mereka akan contohi
Kerana kita didik anak kita melalui Modelling.
– Kita tak berkata kata
– kita tak nasihat
– kita tak bebel
– kita tak suruh
Tapi kita tunjuk anak kita contoh terbaik untuk anak kita tiru dan jadikan ‘references & guidelines’
Mendidik anak itu tidak mudah.
Mendidik anak itu memang payah.
Membesarkan mereka memang susah.
Tetapi kehadiran merekalah membuatkan hidup kita lebih indah
Sumber : Taufiq Razif
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Berat Badan Seperti Dipam-pam, Anak Beranak Boleh Minum Jus Peria Ni. Katanya 2 Kg Boleh Susut Dalam Seminggu!

Perkongsian daripada Norafiza Mahmud ini tidak salah kiranya dicuba bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan. lni memandangkan, kebaikkan dan manfaat peria ini seakan sudah sedia maklum. Tinggal lagi kita ketahui resipi untuk menyediakan jus tersebut untuk diamalkan. Untuk itu jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Kau orang betul ke nak diet ni? Nak betul-betul hilang 10kg dalam masa 2 bulan bukan senang tau. Ini game diet ganas!
Betul boleh bawak ke, Menu diet ni boleh hilangkan berat badan kau orang 2kg seminggu.
Pagi : jus epal + telur setengah masak
Lunch : ikan + sayur
jus epal + peria katak
Petang 6.30 : jus epal + peria katak.
Dan ini cara penyediaan jus epal dan peria katak yang diamalkan olehnya hingga berjaya menurunkan berat badan hingga 2kg dalam masa seminggu.
Bahan-bahan :
1/2 biji peria
1 biji epal hijau
Cara penyediaan :
- Ambil peria dan epal kemudian kisar hingga halus bersama sedikit air.
- Kemudian masukkan ke dalam cawan. Tidak perlu ditapis.
- Sedia untuk diminum.
Pun begitu, bagi yang sekadar hanya ingin menikmati peria yang dikatakan banyak khasiatnya untuk kesihatan dalam citarasa yang lebih enak, bolehlah menyediakan kerepek peria yang istimewa ini sebagaimana dikongsikan resipinya oleh Kak Pau di akaun fbnya.
PERIA KATAK GORENG KRISPI
Bahan A
2 ke 3 biji peria di potong nipis
1 sudu makan garam
Air secukupnya
* masukan garam ke dlm air dan kacau hingga garam hancur..potong peria nipis nipis dan rendam dlm air garam 15 minit. Lepas tu buang biji yg kat tengah tengah.Toskan
Bahan B
1 bj telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk kunyit
* gaul dan perap dgn peria dua ke 3 minit
Bahan C
Tepung Bestari ori atau pedas secukupnya
* panaskan minyak, ambil peria yg diperap tadi sedikit sedikit dan golek golekan atas tepung, terus masukan dlm minyak yg panas dan goreng hingga garing dan krispi..siap!
sumber : Kak Pau
Anak Dalam Dewan Peperiksaan, Pesanan Ustaz Don Daniyal, Apa Yang Perlu Mak Ayah Buat

Bagi mak ayah yang mempunyai anak berusia 15 tahun pastinya sedang berada dalam kerunsingan. Maklum sahaja Isnin ini bakal berlangsung peperiksaan bertulis PT3 buat mereka. Peperiksaan besar bagi anak-anak kita di sekolah rendah.
Resah gelisah sahaja tanpa berbuat sesuatu adalah langkah yang tidak bijak. Apa mak ayah boleh buat ketika anak-anak sedang menduduki peperiksaan, atau berada di dalam dewan peperiksaan? Ini yang diajarkan oleh Ustaz Don Daniyal.
Berpuasa Sunat
Antara doa yang paling mustajab dan dimakbulkan oleh Allah ialah doa mak ayah. Doa orang yang berpuasa juga amat mudah dimakbulkan oleh Allah. Jadi tibanya hari anak menduduki peperiksaan, mak ayah berpuasalah sambil doakan anak-anak agar dapat jawab semua soalan. Doa sentiasa!
Solat Taubat dan Hajat
Lakukan solat sunat taubat dan solat hajat memohon agar anak tenang serta dapat jawab semua soalan peperiksaan dengan cemerlang. Seminggu sebelum periksa lagi mak ayah dah boleh mula lakukan. Jika boleh ajarlah anak sekali turut serta.
Baca Quran
Ketika anak berada di dewan peperiksaan, pagi itu mak ayah bacalah Quran sepanjang masa dan niatkan pahala bacaan kepada anak yang sedang menjawab soalan. Mohon dia sentiasa terang hati dan tenang ketika menjawab. Berdoalah mohon pada Allah agar anak dapat menjawab dengan lancar.
Lakukan Solat Dhuha
Mak ayah juga boleh lakukan solat dhuha sambil berdoa sentiasa untuk anak yang bergelut menjawab soalan. Kalau bekerja pun, mak ayah boleh ambil masa sekejap dan lakukanlah di pejabat. Doakan untuk kejayaan anak-anak.
Bersedekah
Bersedekah mampu meluaskan rezeki. Begitu juga dengan rezeki anak-anak pagi itu, ketika menjawab soalan. Bersedekah ke masjid atau pada sesiapa sahaja dan niatkan pahala buat anak kita. Insyaallah Allah bukakan rezeki anak kita untuk mudah menjawab ketika itu. Insyaallah!
Berterusan Zikir dan Doa
Tak kira di mana pun mak dan ayah berada waktu itu, sentiasalah berzikir di mulut dan tidak putus-putus doa pada anak-anak yang menjawab soalan. Walaupun ketika bekerja atau menungguh anak di luar sekolah, teruskan berzikir sebanyak-banyaknya. Mak ayah boleh membaca Al Fatihah 7 kali, Selawat Nabi 7 kali, Subhanaallah 44 kali, alhamdulillah 44 kali, Allahuakhbar 44 kali, Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali dan teruskan disambung dengan doa untuk anak.
Hantar Gelombang Positif
Sentiasa membayangkan muka anak dan sentiasa berfikir positif dan yakin anak kita dapat menjawab dengan lancar dan tenang. Kuatkan hati dan sentiasa positif. Insyaallah anak kita juga positif dan mampu menjawab dengan baik.
Tawakal Pada Allah
Setelah segala usaha kita dan anak kita buat sepanjang tahun sebagai usaha untuk menghadapi peperiksaan ini, inilah masanya kita bertawakal dan menyerahkan segalanya kepada Allah, kerana Dialah yang maha mengetahui. Apa yang penting kita telah pun berusaha dengan belajar dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa berdoa padaNya. Selebihnya biar Allah yang menentukannya.
Teruslah melakukan kesemua perkara di atas dan teruslah memberi kata-kata semangat dan positif buat anak kita. Insyallah semuanya dipermudahkan Allah SWT.Yakin dan percayalah bahawa Allah ada untuk membantu kita dan anak.