Luar Crispy, Dalam Lembut Penuh Jejari Ketam, Ni Resipi Nak Buat Jemput-jemput Sedap!
Jemput-jemput Jejari Ketam; rasanya rangup di luar, lembut di dalam dan sekali gus menjadi favourite seisi keluarga . Apa tidaknya, lihat sahaja jejari ketam yang tak terbilang di dalam jemput-jemput ini. Tentu melihatnya sahaja sudah dapat bayangkan betapa sedap rasanya!
Untuk sediakannya pula sangat mudah dengan menggunakan bahan-bahan ringkas, bahkan turut menjadi ramuan utama adalah nasi. Jadi bolehlah sekiranya ada lebihan nasi yang tidak habis dibuatkan sahaja menu ini untuk dihidang pada bila-bila masa.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira ini.
Jemput-jemput Nasi Jejari Ketam
Bahan-Bahan:
2 cawan nasi zie menggunakan beras era Nagasari super import @erafoodsmy
Ads
2 cawan air atau boleh agak-agak
2 1/2 cawan kecil tepung gandum
15 batang crabsticks di potong kecil
Daun kucai secukupnya dihiris halus
sedikit garam serbuk cukup rasa
Minyak untuk mengoreng
Ads
Cara-cara:
1.Kisar nasi bersama air hingga lumat,sebati.
2.Masukkan tepung gandum ke dalam bekas, bahan kisar dan semua bahan berbaki satu persatu
Ads
3.Lalu kacau sebati. Adunan haruslah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat
4.Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak keperangan siap.
Meskipun hanya menu ayam goreng, ia sering menjadi pilihan dan kegemaran buat seisi keluarga terutamanya buat anak-anak kecil. Sementelah menu ayam goreng ini cukup mudah disediakan dan aromanya mampu membuka selera jika dihidangkan ketika masih panas.
Tapi bagi menghasilkan ayam goreng yang enak, ranggup di luar tapi lembut di dalam ada caranya. Langkah menghasilkannya dikongsi oleh Najwa Romli dari laman Facebook beliau. Jom cuba.
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam.
1 labu bawang putih
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 tangkai daun kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Hiris semua bahan tersebut kecuali daun kari.
2. Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu. Boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan dua sudu besar air.
3.Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.
4. Sambil menunggu perapan ayam susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.
5.Susun ayam di dalam loyang kukus dan kukuskan selama 20 minit.
6. Setelah dikukus, biarkan sejuk, lalu digoreng dalam masa 5 minit..
Jika ingin disimpan di dalam simpan chiller masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ia mampu bertahan sehingga 3 atau 4 hari.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cuba bayangkan kalau anda ada menanam kunyit di rumah. Tentu bila-bila masa boleh dituai daunnya untuk dijadikan bahan dalam masakan yang cukup menyelerakan.
Pun begitu sering juga ada diantara kita sering memberi alasan bahawa katanya tangan panas, tanam apa saja mesti mati. Selain itu, ada juga kata tak boleh menanam kerana rumah tiada ruang tanah.
Pun begitu, ada satu jenis tanaman ini yang cukup mudah ditanam dan tidak perlu penjagaan rapi. Lain tak bukan tanaman kunyit.
Hal ini telah dikongsi oleh Nurul ‘Izzah Zulkifli. Ini katanya :
“Tapi ada sesuatu yang tidak mematahkan semangat saya mahu menanam. Psssstt.. banyak sebab antaranya, mahu yang segar dan organik, bebas racun serangga dan menjimatkan wang! Jadi, saya kongsikan sejenis tanaman mudah untuk anda!”
KUNYIT aka turmeric atau nama saintifiknya Curcuma Longa.!
Kunyit seperti yang diketahui ada banyak khasiatnya dan digunakan secara meluas dikalangan masyarakat Asia.
Turut dikenali sebagai salah satu ‘superfood’ yang berkesan sebagai anti-inflamasi dan antioksidan, ianya juga berguna sebagai anti-depressi, pewarna makanan dan daunnya sebagai ulam atau pembuka selera dalam masakan.
Ok, berbalik kepada tajuk kita.
Apa Yang Perlu Ada?
1. Bekas menanam.
Untuk permulaan, boleh gunakan botol plastik seperti air mineral atau bekas makanan. Tebukkan lubang di bahagian bawah botol mineral menggunakan paku atau drill. Saya gunakan pasu kecil dan bekas mineral Spritzer saiz 9.5ml sahaja.
2. Rizom aka tunas kunyit.
Ketika membeli kunyit, pilih bahagian yang telah bertunas.
3. Tanah.
Boleh didapati di banyak tempat. Lebih mudah jika dapatkan di nurseri yang berdekatan dengan tempat anda.
Cara Menanam
1. Penuhkan bekas menanam dengan 2/3 atau 3/4 bahagian tanah.
2. Letakkan rizom kunyit dengan tunas menghadap ke atas. kambus nipis sahaja.
3. Siram 2x sehari.
4. Setelah beberapa ketika, daun akan mula keluar dan sedia untuk digunakan.
Tip Tanam Kunyit
1. Gunakan air paip tadahan, air cuci ikan, atau air beras (yang boleh juga digunakan untuk mencuci muka).
2. Pastikan tanah lembab tetapi awas jangan biarkan air bertakung kerana ianya akan mereputkan ubi kunyit.
3. Posisikan bekas tanaman di tempat teduh dan tidak terlalu panas.
Bagaimana mahu mendapatkan ubi kunyit?
1. Apabila daun mulai menguning dan batang kunyit mulai kering, ianya petanda ubi kunyit telah matang.
2. Mudah sahaja, hanya korekkan keseluruhan tanaman termasuk bahagian akar.
3. Ambil bahagian yang diperlukan, bahagian yang bertunas boleh terus ditanam semula.
Cara penggunaan ubi kunyit
1. Cuci bersih dan rebus ubi kunyit.
2. Kupas dan buang kulit pada ubi kunyit
3. Jemur kering kunyit menggunakan tray.
4. Kunyit yang kering boleh dikisar halus dan disimpan sebagai serbuk kunyit di dalam bekas kedap udara.
Tips gardening di rumah.
1. Gunakan bekas tanaman dari jenis plastik: ‘reuse’ dan ‘recycle’.
2. Air siraman berupa air basuhan beras, ikan dan air hujan adalah sangat bagus. Siram anak pokok 2kali sehari menggunakan spray.
3. Baja dari kulit telur, kulit pisang, serbuk kopi dan serbuk teh adalah yang paling mudah didapati dari dapur anda.
4. Benih dan baja kompos boleh dibuat sendiri juga dari sisa dapur rumah anda.
5. Selawat dan bercakap yang positif. Bacaan :
‘La haula wala quwwata illabillahil ‘aliyyil ‘azim’
Tiada daya upayaku melainkan bantuanMu ya Allah..
Dari proses menanam hinggalah ke siraman, jangan lupa amalkan tips ini ye.
Mudahkan? Jom kita menanam.
sumber : Nurul ‘Izzah Zulkifli
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika sebelum ini pucuk ubi enak dimakan bila dimasak gulai atau direbus sebagai ulam, dimakan bersama sambal belacan.
Keenakan rasanya memang boleh buat makan bertambah. Pun begitu, apa kata kali ini anda mencuba untuk menyediakan Pucuk Ubi Crispy.
Menariknya juga boleh disimpan untuk tempoh masa yang lama dan sesuai dijadikan menu penambah selera ketika bersahur.
Untuk itu, ini perkongsiannya.
Pucuk Ubi Crispy.
Hanya 4 bahan.Tapi rasanya buat bertambah-tambah nasi. Bagi yang rajin berpuasa,boleh jadikan lauk ketika bersahur.
Bahan-bahan
2 ikat Pucuk Ubi
10 batang Cili kering
2 genggam Ikan bilis
2 labu Bawang besar
Sedikit garam dan gula
Cara membuatnya.
Basuh pucuk ubi dan biarkan kering. Setelah kering,goreng dengan minyak yang banyak.
Ikan bilis di basuh dan tos hingga kering.Setelah kering,gaulkan dengan tepung beras (petua supaya ikan bilis ranggup)
Goreng dengan minyak yang digunakan mengoreng pucuk ubi tadi.
Cili kering basuh,toskan.Goreng dengan minyak yang sedikit. Apabila dah sejuk kisar dengan menggunakan pengisar kering.
Boleh beli penapis yang praktikal dengan klik DI SINI
Panaskan minyak, masukkan bawang besar yang dipotong nipis. Masukkan cili kering yang dikisar, sedikit garam, gula, ikan bilis dan akhir sekali pucuk ubi yang telah digoreng tadi.
Menyesal kalau tak mencuba.Ini lah peluang nak bagi anak mengenali pucuk ubi.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.