Luar Biasa Cara Guru Ini! Dukung Murid Setelah Rundingan Tidak Berjaya

Share

Tular semalam, setelah pendekatan positif seorang guru, mendukung murid yang meragam tidak mahu memasuki kelas. Benar kata perpatah, guru itu bagaikan lilin yang membakar diri. Sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan murid itu mendapat pembelajaran yang sempurna.

Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Hakikatnya guru memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bagi membentuk akhlak dan jiwa pelajar.
Jika tiada bimbangan pendidikan oleh guru, mana mungkin  jawatan penting antaranya jurutera, doktor atau peguam cakna dalam hidupnya.Nyata, jasa guru tiada galang ganti.

Perkongsian seorang guru yusmie.yusoff yang berusaha memujuk muridnya mengikuti pembelajaran tidak berhasil sehingga memaksanya mendukung murid berkenaan. Biarpun nampak biasa-biasa, sahaja, tetapi pendekatan guru ini sungguh inspirasi!

Dukung murid setelah rundingan tak berjaya 

Rupanya bukan mudah bergelar guru. Selain memastikan pembelajaran di ajar dengan sempurna dan mudah difahami, guru juga perlu berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar.

“Aku pujuk-pujuk, usap-usap belakang, cakap lembut pun tak jalan, penyudah aku cempung masuk ke kelas. Punya le cikgu sayang kat anak murid, siap berdukung lagi masuk ke kelas.”

Layanan lebih daripada anak

Jika pendekatan psikologi tidak berhasil, seorang guru itu perlu bertindak secara fizikal, tetapi bukan secara rotan.

“Anak aku 3 orang pun tak peronah aku buat macam tu kat deme. Yang kat belakang tu Ustaz Hidayat tengah buat rundingan diplomasi pujuk masuk ke kelas. Untung le kome.”

Begitulah jasa guru. Ini namanya melakukan tangunggjawab dengan sepenuh hati. Syabas cikgu!

Sumber: yusmie.yusoff