Waktu petang merupakan waktu yang seronok jika dapat meluangkan masa bersama dengan keluarga tanpa melakukan aktiviti yang berat. Dengan berborak atau makan bersama juga sudah cukup untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
Oleh itu, menu colek buah sangat sesuai untuk dijadikan snek atau hidangan waktu petang. Colek buah adalah sejenis sos yang dimakan bersama buah-buahan seperti mangga, jambu atau kedondong.
Kali ini Wan Ash berkongsi resipi colek buah ala thai atau dikenali sebagai Nam Pla Wan yang mempunyai rasa masam, manis dan sedikit pedas. Cara nak membuatnya juga sangat mudah dan boleh disimpan sebagai stok.
Nam Pla Wan (Colek Buah Thai)
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Didihkan air. Masukkan gula melaka dan kacau hingga larut.
– Dah larut, masukkan paste udang dan kacau-kacau lagi.
– Kemudian masukkan sos ikan.
– Masukkan serbuk cili thai dan cili padi. Kacau lagi.
– Kemudian masukkan bawang dan udang kering. Kacau hingga colek kita memekat.
– Dah siap tutup api dan biarkan colek sejuk. Ni rupa dia bila dah sejuk.
Sumber: Wan Ash