Luahan Ustaz Uruskan Jenazah Ke 4 Mangsa Banjir Kepala Air Gunung Jerai Kedah Undang Sebak.

Share

Rabu lalu kita digemparkan dengan tragedi  kepala air di Gunung Jerai. Ia telah membawa kemusnahan harta benda yang tidak terhitung jumlahnya kepada penduduk di beberapa buah kampung yang terlibat.

Lebih menyedihkan telah meragut nyawa. 4 mangsa terkorban di 4 lokasi berbeza.

Dalam pada itu  perkongsian seorang lelaki yang menguruskan jenazah mangsa ke 4, meruntun jiwa.

Syahid lemas banjir semalam.

Jenazah ke4 mangsa banjir semalam ditemui tengah hari tadi. Arwah lebih muda dari saya. 28 tahun dan ada 2 anak kecil. 

Mangsa sedang buat pondok riadah di Titi Hayun. ketika muntahan kepala air turun mungkin mangsa tidak sempat untuk melarikan diri. Takdir Allah menetapkan beliau mendapat syahid asbab mati lemas. sedih dan sayu saat melihat susuk tubuh jenazah yg bnyk luka yg teruk. pasti sakit terkena pokok2 dan sampah sebelum terpisah jasad dan roh.

harini sempat makan nasi lemak ja pagi tadi. berulang alik tapi rasa berbaloi sangat sebab belajar banyak benda.

malam ni bertemankan jenazah iring ke pusat pengebumian jenazah di Masjid Kampung titi teras di kaki gunung jerai.

Damailah buat kamu disana Assyahid Mohd Faizal bin Mohd Zohir. saya tak pernah bertemu kamu saat kamu hidup hanya mampu khidmat saat kamu dah terpisah antara roh dan jasad. mudah2an di akhirat kamu pandanglah saya ya. 

Jenazah Assyahid Mohd Faizal bin mohd zohir di kebumikan di Tapak perkuburan masjid titi teras kaki gunung jerai. Allahyarham 28 tahun meninggalkan 2 org anak lelaki.

Sementara itu menerusi komen kelihatan salah seorang saudara arwah mengucapkan terima kasih atas bakti menguruskan jenazah cucu saudaranya. Katanya tidak dapat pulang akibat pandemik.

”Arwah seorang yang sangat baik tak banyak bicara  selalu senyum..”- Nenek saudara

Dalam pada itu wargenet mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.

Sumber: Muhammad Yaakub

ak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520