Kesukaran hidup kadang kala membuatkan kita rasa kecewa dan putus asa. Malah ia juga menjadikan rumahtangga porak peranda. Namun, jika pasangan saling menghargai dan saling melengkapi pasti ada jalan penyelesiannya.
Sebagaimana yang dipaparkan oleh penceramah bebas, ustaz Ebit Lew sebuah rakaman video berdurasi 3.32 saat luahan seorang suami yang pernah rasa putus asa dalam hidupnya.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga perkongsian beliau menjadikan diri kita muhasabah diri untuk meneruskan kehidupan.
Terkejut sangat sebak bila saya tanya siapa pernah rasa putus asa dalam hidup, rasa lebih baik mati je dan terasa macam nak bunuh diri?
Seorang abang ni cerita rasa putus harapan dalam hidup sehingga datang rasa lebih baik mati je. Betapa rasa selalu susahkan isteri yang baik. Buat salah padanya. Hilang pekerjaan. Buntu cari kerja. Saya dekat dan cakap padanya Allah sayang padanya. Dia ada doa Nabi saw. Doa ibu bapa dan isteri. Abang tu peluk saya menangis.
Selepas itu abang tu tanpa selipar terus pergi ke tempat isterinya peluk minta maaf. Semua sebak menangis. Ya Allah terharunya. Syukur abang ni baru dapat kerja dan berterima kaseh pada isterinya membawa beliau ke sini. Masya-Allah. Abang ini orang baik dan rendah diri. Isterinya baik dan memaafkannya. Doa seorang isteri yang solehah. Subhanallah. Syukur pada Allah
Beberapa pasangan nak berpisah hari ini juga bisik pada saya tak jadi nak berpisah. Allahuakbar. Terima kaseh Allah. Dialah Allah Maha Kaya. Maha Kuasa. Hati manusia dalam genggamanNya-ebitlew.
RAKAMAN VIDEO
Semoga kita muhasabah diri.