Perkongsian seorang kakak ini tentang kehadiran adik bongsu dalam keluarganya seakan setiap antara kita berkongsi kisah yang sama.
Ada kisah sedih, manis, bahagia dan tidak kurang adik bongsu inilah penyuntik inspirasi.
Ayuh Kita amati perkongsian yang menyentuh hati ini, dan sekali gus menjadikan kita adik beradik lebih menghargai satu sama lain. Jom semak.
Adik bongsu ni kadang-kadang rasa kesian dekat dia, Sebab dia la tukang buat bila disuruh apa-apa.
Satu family semua asyik suruh dia, Dan dia pun menurut tanpa bantah.
Baju dia pun, hampir 50% recycle dari kakak-kanak dan abang-abang dia, tambah-tambah baju waktu dia baby, semua pakai yang kami.
Dia lahir di saat adik beradik makin pergi (sambung pelajaran, kahwin dan sebagainya),
Dan kadang-kadang ada yang tak sempat merasa kasih sayang mak ayah lama-lama.
Kadang-kadang dia tak dak teman nak main dalam rumah, nak sembang dengan mak ayah memang boleh tapi bukan level dia. Kakak dan abang tak selalu ada. Kalau ada pun, mesti buat kerja sendiri.
Tapi, adik ni penyeri, tak ada dia dalam rumah, tak boleh hidup rasanya.
Apa yang untung jadi bongsu ni, ialah dia hidup dalam keluarga yang dah stabil, dari segi kewangan dan kehidupan.
Anak sulung lahir dalam keadaan mak ayah masih membina keluarga. Cara pentarbiyyahan anak pun masih belajar-belajar lagi.
Walaupun bukan semua keluarga macamtu, ada yang makin hidup susah. Awal-awal bina keluarga hidup senang tapi mai sampai anak bongsu dihambat dengan masalah kewangan dan sebagainya.
Anak bongsu ni satu lagi untung sebab dia dah ada guidance dan teladan untuk masa depan.
Banding dengan kami anak sulung, nak masuk U apa, nak pergi bidang apa, nak kerja macammana, semua nak kena tanya orang untuk guide.
Anak bongsu ni boleh jadikan kakak-kakak dan abang-abang dia sebagai penanda aras untuk masa depan sekali gus teladan jugak.
Misalnya kalau abang atau kakak dapat straight A, dia boleh cakap ‘kakak abang aku dapat straight A kenapa aku tak?’Kesimpulannya, nak cakap anak bongsu ni so special.
Kau lahir waktu kakak dah besar, kakak pegang tanggungjawab untuk bantu umi besarkan kau. Kakak kenal tanggungjawab sebab kau dan adik beradik lain.
Kadang-kadang motivasi kakak datang dari kalian,
‘Aku kena buat yang terbaik supaya adik-adik boleh ikut jejak aku’Salah satu asbab kakak ingin berjaya adalah kalian.
Terima kasih Allah, hadirkan aku adik-adik.
Sumber: @PuteriMisr