Benar setiap yang bernyawa itu pasti mati. Ajal maut itu rahsia tuhan. Namun bukan perkara mudah untuk seseorang hadapi jika insan yang pergi adalah orang yang paling rapat. Apatah lagi jika dia adalah pasangan hidup kita.
Melalui pengalaman getir ini, telah dikongsikan oleh Encik Khairul Abdullah di akaun fbnya setelah isterinya dijemput Ilahi pada Ogos yang lalu.
Saya selalu membayangkan yang abah atau emak yang akan pergi dahulu. Lazimnya begitulah kerana faktor usia mereka yang semakin tua.
Jadi saya cuba bersedia dari segi emosi dan fizikal jika perkara itu terjadi. Saya sudah ada skrip tentang bagaimana ianya berlaku dan apa yang harus saya lakukan.
Namun, pemergian seorang isteri adalah perkara terakhir yang saya jangkakan. Tidak pernah membayangkan yang dia akan pergi secepat itu.
Demi Allah saya tidak bersedia.
Namun itulah hakikat yang saya dan anak-anak perlu terima. Setiap yang hidup pasti akan mati. Kami akur kami redha.
Sepanjang hidup saya, sudah ramai saudara mara dan sahabat handai yang telah pergi dahulu. Ramai juga yang telah saya bantu sempurnakan jenazah mereka hingga ke kuburan.
Sudah agak biasa bagi saya memandikan jenazah dan masuk ke liang lahad. Saya cuba menabur bakti buat kali terakhir untuk semua yang saya kenali dan sayangi.
Namun menguruskan arwah isteri adalah sesuatu yang diluar jangka.
Ads
Di dalam keadaan yang masih terkejut dan sangat berduka, saya mencuba yang sebaiknya. Memandikan jenazah isteri adalah suatu pengalaman yang sebolehnya tidak ingin sama sekali untuk saya lalui.
Pahit dan luluh melihat sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa yang pernah meneman siang dan malam saya selama belasan tahun.
Pilu ketika menggosok dan membersihkan tangan kaku yang pernah menyuapkan makan ke mulut ini, yang menggosok baju yang dipakai ini yang berpenat lelah menguruskan tiga anak kecil ini.
Pilu ketika membersihkan bibir yang pernah mengungkapkan kalimah cinta, yang pernah berjanji untuk bersama hingga ke akhir usia, yang pernah berpesan untuk menjaga amanahnya bila dia tiada.
Allahuakbar, hanya tuhan yang tahu betapa ingin saya memeluknya ketika itu dan menangis sepuasnya.
Namun saya tahan, saya gagahkan diri meneruskan hingga ke akhirnya.
Ads
Ketika selesai dikafankan, anak-anak saya di bawa masuk.
Saya kaget, gementar, berombak dada, tersekat nafas dan hampir longlai rasanya. Apakah yang harus dikhabarkan kepada si kecil bertiga bila melihat ibunya.
Khaleef tiada reaksi ketika saya menceritakan yang ibunya telah tiada. Sesungguhnya dia belum mengerti ketika itu.
Beliau hanya mencium dahi ibunya bila disuruh dan mengucapkan selamat tinggal.
“Goodbye mommy, I love you” ungkapnya apabila disuruh.
Ads
Begitu juga Khaleel, yang agak keberatan melihat dan mencium ibunya dan berat untuk mengungkapkan sebarang kata.
Ketika baby Khaleed diberikan kepada saya, kepiluan mula melanda. Namun saya cuba mengungkap kata. Cuba untuk memberitahu yang ibunya kini sudah tiada.
Namun, saya rebah.
Baby Khaleed segera disambar dari pelukan saya.
Allahuakbar, saya tidak kuat. Sesungguhnya saya tidak kuat untuk melihat bayi sekecil itu yang harus berpisah dari kasih sayang seorang ibu.
Kelam rasanya dunia.Kosong rasanya jiwa.
#diariseorangsuperdaddy
sumber : Khairul Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jodoh itu rahsia Allah, tiada siapa yang tahu. Begitu juga kisahnya buat pasangan ini yang selepas 21 tahun bercerai, namun siapa sangka jodoh mereka sangat kuat apabila bertaut kembali sebagai pasangan suami isteri buat kali kedua.
2002 Bawa Haluan Sendiri
Ikatan perkahwinan pertama dibina Hawazalina Mohd Othman, 46, dan Mohd Ezwani Ahmad Nazeri, 45, selama dua tahun terlerai pada Jun 2002 sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.
Kisah mereka mendapat perhatian di TikTok apabila Hawazalina yang mengambil tempahan dan mengajar seni mengait berkongsi video di akaun sosial itu, baru-baru ini.
Hawazalina berkata, selepas berpisah mereka berkahwin lain dengan pasangan masing-masing, namun perkahwinan itu tidak bertahan lama.
Menurutnya, sepanjang perpisahan selama hampir 21 tahun, mereka tidak pernah berhubung atau bertemu kerana sudah mempunyai hidup sendiri.
“Saya berkahwin dengan bekas suami kedua pada 2008 sebelum berpisah pada 2019 dan kami mempunyai tiga anak, manakala suami pula berkahwin bersama bekas isteri keduanya pada 2007.
“Suami kemudian berpisah dengan isterinya pada 2018 serta turut mempunyai tiga anak dan kami tidak pernah berhubung ketika itu,” katanya yang tinggal di Kampung Jawa, di sini, ketika dihubungi, baru-baru ini.
Hawazalina berkata, hubungannya dengan suami kembali terjalin pada 22 Februari lalu iaitu dua hari selepas ibunya meninggal dunia apabila Mohd Ezwani mengucapkan takziah di hantaran Facebook (FB) selepas diberitahu rakan mereka.
“Pada mulanya saya tidak mengecam wajah suami sebab susah terlalu lama tak berjumpa dan wajahnya juga sudah berubah sehingga adik saya yang mengecamnya.
“Suami kemudian mahu menjadi rakan di FB dan sejak itu kami mula berhubung dan ketika itulah kami baru tahu kisah masing-masing.
“Suami kemudiannya cakap, kenapa tidak kami bersatu kembali dan saya bersetuju dengannya,” katanya.
Setuju Perkahwinan Semula
Katanya, dia tidak mengambil masa lama untuk bersetuju kerana mengakui percaya dan yakin bahawa Mohd Ezwani mampu menjaganya hingga ke akhir hayat selain perpisahan sebelum ini bukan kerana mereka mempunyai masalah.
“Perpisahan kami sebelum ini kerana faktor sangat peribadi, tetapi sepanjang perkahwinan kami sebelum ini suami seorang yang baik dan bertanggungjawab. Saya percaya suami masih sama seperti 21 tahun lalu.
“Semua anak dan keluarga kami juga menerima keputusan (perkahwinan semula) ini. Sejujurnya memang agak kekok kerana sudah lama tidak bertemu, tetapi apa yang saya harapkan perkahwinan semula ini akan kekal selamanya hingga akhir hayat kami,” katanya.
Membahagiakan pasangan boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Lebih manis apabila suami menghargai jaga isteri menguruskan rumahtangga.
Begitulah yang dilakukan oleh seorang suami yang telah terpisah selama tujuh bulan dengan membuat kejutan buat isteri dengan membawa keluar makan malam menaiki sebuah kereta mewah jenama Ford Mustang.
REZEKI TIDAK SALAH ALAMAT
Pada awalnya niat dihati untuk sewa sempena menghargai isteri walaupun menyedari harganya agak mahal namun rezeki tidak pernah salah alamat. Penyewa kereta membenarkan menggunakan kenderaan tanpa bayaran.
Shahruddin Haeal Helmy Mohd Noh, 34, menyewa kereta itu khas untuk membawa isterinya Norhariyanti Abu Bakar, 38,
“Saya bawa isteri makan malam dengan menaiki Ford Mustang yang disewa khas dua hari lalu sebagai tanda hadiah terima kasih menguruskan anak-anak ketika saya tiada.
“Sepatutnya sewa satu hari kereta berkenaan RM2,000, tetapi saya hanya mampu sewa separuh hari kerana tidak cukup bajet tetapi tidak sangka pula dapat percuma.
BUAT KEJUTAN BALIK RUMAH SELEPAS 7 BULAN
Dalam pada itu, Shahruddin merahsiakan kepulangannya ke kampung halaman disebabkan mahu memberi kejutan kepada ahli keluarganya.
Alhamdulillah,Sujud syukur..
Akhirnya. Segala penantian Berakhir disini.
Akhirnya berjaya suprisekan wife. Walaupun masa dekat pintu pagar dia macam dah perasan muka saya. Mungkin sebab dia kenal sweater tu. Dua tiga kali wife tanya “betul ke, betul ke”
Sebab tu saya tepuk pipi dia cakap yg dia bukan bermimpi. Ini betul-betul.
Setelah disahkan negatif Covid19 petang tadi.Dapatlah saya bertemu anak & isteri saya.. Rindu yg teramat sangat hanya tuhan yg tahu.
Tengok anak kecil saya, mereka semua takot melihat saya kerana mereka anggap saya orang asing sebab dah lama tak jumpa..
Video emak saya melihat saya dalam keadaan terkejut pula.. tidak dapat saya kongsikan kerana mak saya tak sempat pakai tudung..
Mak saya menangis sambil melutut dan menadah tangan berdoa kepada Allah..
Berlinang air mata seorang ibu yg penuh dengan kerinduan.. Tak putus² mulut beliau mengucapkan rasa syukur..
Beliau seperti tidak sangka kepulangan saya setelah 2x raya dan hampir 7 bulan tak dapat pulang..
Menurut Shahruddin, dia mengambil cuti tiga minggu dan akan kembali semula ke singapore pada Isnin minggu hadapan.
Alhamdulillah,Sujud syukur..Akhirnya..Segala penantian Berakhir disini.Akhirnya berjaya suprisekan wife..Walaupun masa dekat pintu pagar dia macam dah perasan muka saya..Mungkin sebab dia kenal sweater tu..Dua tiga kali wife tanya "betul ke, betul ke"Sebabtu saya tepuk pipi dia cakap yg dia bukan bermimpi.. ini betul²..Setelah disahkan negatif Covid19 petang tadi.Dapatlah saya bertemu anak & isteri saya.. Rindu yg teramat sangat hanya tuhan yg tahu.Tengok anak kecil saya, Mereka semua takot melihat saya kerana mereka anggap saya orang asing sebab dah lama tak jumpa..Video emak saya melihat saya dalam keadaan terkejut pula.. tidak dapat saya kongsikan kerana mak saya tak sempat pakai tudung..Mak saya menangis sambil melutut dan menadah tangan berdoa kepada Allah..Berlinang air mata seorang ibu yg penuh dengan kerinduan..Tak putus² mulut beliau mengucapkan rasa syukur..Beliau seperti tidak sangka kepulangan saya setelah 2x raya dan hampir 7 bulan tak dapat pulang..———————————————-*Diatas permintaan ramai yang meminta untuk saya sharekan video suprise ni..So saya share jugak walaupun kualiti video kurang menarik..
Posted by Eddie Dieana on Tuesday, October 6, 2020
Pastinya momen manis bersama isteri, anak-anak dan keluarga akan diluangkan sebaik mungkin.
Sumber: Eddie Dieana
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umum mengetahui pasangan ini sudah pun bercerai pada Julai yang lalu. Biarpun masih berhubung dengan baik kerana anak, timbul persoalan di kalangan peminat mereka berkenaan perjalanan restoran yang diusahakan bersama sebelum ini.
Akhirnya semalam, pelakon ini membuat pengumuman berkenaan restoran tersebut. Setelah beroperasi selama empat tahun lalu, Fizo Omar dan bekas isterinya, Mawar Karim sepakat untuk menutup FizoMawar Kitchen (FCM) di Bangi dan Kelantan yang diusahakan bersama sebelum ini.
Jelas Fizo, keputusan itu adalah pilihan terbaik yang dipersetujui kedua-dua pihak antara dia dan Mawar.
“Berat untuk saya nak umumkan dan saya sudah buat keputusan dan kami berbincang inilah yang terbaik.
“Saya dan Mawar bersetuju untuk menamatkan operasi Fizomawar Kitchen di Bangi dan Kota Bharu.
“Saya percaya Allah ada perancangan yang lebih baik kepada kami selepas ini,” kata Fizo menerusi pengumumannya di Fizo Omar Channel di YouTube.
Sedih dengan keputusan itu, Fizo bagaimanapun akur biarpun mendapat tentangan daripada pelanggan setia mereka.
“Bermacam-macam perasaan sebenarnya. Apabila kami berpisah ramai yang minta jangan tutup restoran ini terutama bagi yang sudah sebati dengan makanan kami.
“Saya tahu ramai yang terkejut tetapi saya terpaksa dan saya minta maaf,” tambahnya.
Fizomawar Kitchen telah memulakan operasi sejak tahun 2015 dan ditutup pada 27 Oktober 2019.
Kata Fizo seramai 300,000 pelanggan telah berkunjung ke restoran tersebut sejak beroperasi.
“Fizomawar Kitchen dibuka pada 2015 dan merupakan hadiah daripada saya kepada Mawar dan ibu saya. Kebanyakan makanan yang disediakan merupakan juadah kegemaran mereka.
“Saya sendiri belajar masakan tersebut di Thailand dan restoran ini ada banyak kenangan,” kata Fizo lagi.
Dalam perancangan lain, Fizo bakal mengadakan majlis khas bersama peminat dan pelanggan tetap Fizomawar Kitchen pada hujung bulan ini dan akan diumumkan kelak.
Fizo dan Mawar bercerai talak satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun berkahwin.
Pasangan yang berkahwin pada November 2013 itu dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...