LRT Tergendala! Nabil Ahmad Bantu Hantar Wanita OKU Ke Tempat Kerja Raih Pujian Ramai

Share

Ramai yang terkesan apabila pihak Prasana mengumumkan yang perkhidmatan LRT tergendala dan dijangka selesai sehingga 15 November 2022 ini. Banyak rungutan diterima memandangkan ramai yang menggunakan pengangkutan itu sejak sekian lama.

Pagi tadi, pengacara, pelawak dan penyampai radio terkenal telah ke LRT stesen Ara Damansara untuk meninjau stesen berkenaan sejak ianya diumumkan tergendala.

@era.je
Pagi ni @nabilzira tolong hantarkan Puan Uma dan anaknya. Puan Uma ni OKU Penglihatan dan setiap pagi selama 6 tahun dia akan menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja. Satu benda harini kitaorang belajar dengan Puan Uma, kita yang sempurna ni kena sentiasa belajar bersyukur dan kekurangan bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan seharian. 😭#sharERA #3PAGIERA #fyp ♬ original sound – ERA

Nabil serta krew 3 pagi Era telah bertemu dengan seorang wanita OKU bersama anaknya yang berumur 7 tahun untuk ke sekolah. Mereka telah membantu wanita yang cacat penglihatan itu menghantar anaknya dan seterusnya menghantarnya ke tempat kerja yang terletak di Brickfields.

Tip / Petua

Menurut cerita yang dikongsikan, Puan Uma dan anaknya akan menggunakan perkhidmatan awam tersebut setiap pagi dan sudah 7 tahun dia menggunakannya untuk ke tempat kerja.

“Satu benda harini kitaorang belajar dengan Puan Uma adalah kita sempurna ni kena sentiasa belajar bersyukur dan kekurangan bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan seharian.”

Nabil Ahmad berada di kawasan LRT itu sejak awal pagi untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan pengangkutan untuk ke destinasi mereka ke tempat kerja.

Mesti Baca :

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club