Ramai yang terkesan apabila pihak Prasana mengumumkan yang perkhidmatan LRT tergendala dan dijangka selesai sehingga 15 November 2022 ini. Banyak rungutan diterima memandangkan ramai yang menggunakan pengangkutan itu sejak sekian lama.
Pagi tadi, pengacara, pelawak dan penyampai radio terkenal telah ke LRT stesen Ara Damansara untuk meninjau stesen berkenaan sejak ianya diumumkan tergendala.
@era.je Pagi ni @nabilzira tolong hantarkan Puan Uma dan anaknya. Puan Uma ni OKU Penglihatan dan setiap pagi selama 6 tahun dia akan menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja. Satu benda harini kitaorang belajar dengan Puan Uma, kita yang sempurna ni kena sentiasa belajar bersyukur dan kekurangan bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan seharian. 😭#sharERA #3PAGIERA #fyp ♬ original sound – ERA
Nabil serta krew 3 pagi Era telah bertemu dengan seorang wanita OKU bersama anaknya yang berumur 7 tahun untuk ke sekolah. Mereka telah membantu wanita yang cacat penglihatan itu menghantar anaknya dan seterusnya menghantarnya ke tempat kerja yang terletak di Brickfields.
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
Menurut cerita yang dikongsikan, Puan Uma dan anaknya akan menggunakan perkhidmatan awam tersebut setiap pagi dan sudah 7 tahun dia menggunakannya untuk ke tempat kerja.
“Satu benda harini kitaorang belajar dengan Puan Uma adalah kita sempurna ni kena sentiasa belajar bersyukur dan kekurangan bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan seharian.”
Nabil Ahmad berada di kawasan LRT itu sejak awal pagi untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan pengangkutan untuk ke destinasi mereka ke tempat kerja.
Mesti Baca :
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Sesi Taklimat Sinergi Media Malaysia Bagi Menjayakan Misi #QuranHour Kali Ke 7
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) berkolaborasi dengan rakan Sinergi Media Malaysia untuk menjayakan Misi #QuranHour melalui tiga program utama, iaitu World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention, di Majlis Taklimat Sinergi Media Malaysia, di platform Zoom, pada 15 April 2022.
Sesi taklimat tersebut disertai oleh wakil media seperti TV AlHijrah, Astro, RTM, Bernama, Utusan TV, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf, Nu Ideaktiv, Zayan FM, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima, Harakah Daily, dan Denaihati.com.
World #QuranHour kali ke 7 dengan tajuk “Dunia Bersujud” akan bersiaran secara langsung di lokasi perdana, Studio TV AlHijrah, pada 24 Ramadan 1443H bersamaan 26 April 2022. Manakala, Malaysia #QuranHour diadakan pada 30 Ogos 2022 dan World #QuranConvention pada 17 dan 18 Disember 2022.
Tiga program utama tersebut dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama daripada rakan sinergi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai penaja, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.
Surah Al-Sajdah menjadi surah pilihan pada kempen gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) sepanjang tahun ini. Surah tersebut menjadi formula daripada Ilahi untuk meningkatkan rasa kehambaan kepada ALLAH, dan panduan penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.
TV AlHijrah sebagai penyiar utama mengalu-alukan semua rakan media untuk mengambil “live feed” World #QuranHour pada hari tersebut. Diharapkan stesen TV lain seperti Astro, RTM, Media Prima dan Bernama TV turut sama menyiarkan program ini serentak pada 26 April 2022, Selasa, pukul 12 hingga 1 tengah hari.
Sesi taklimat tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Sajdah yang dibimbing oleh Qari Ustaz Ahmad Tirmizi Ali. Manakala sesi tadabbur disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.
Pengasas WUIF dan juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Dato’ Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif, WUIF, Marhaini Yusoff berkongsi maklumat mengenai penganjuran World #QuranHour 1443H/2022.
Sementara itu, TV Al-Hijrah yang diwakili oleh Pengurus Besar, Jabatan Kejuruteraan & Sokongan Penyiaran, Suffian Yahya dan Pengurus Penerbitan, Mohd Ashrudy Borhan memberi taklimat teknikal kepada rakan Sinergi Media.
Pada 2021, World #QuranHour yang diadakan secara hibrid mencatatkan 485 bilion capaian di media sosial, 2,700 lokasi berdaftar di dalam negara dan 42 lokasi luar negara.
Orang ramai termasuk keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta dan NGO di dalam dan luar negara dijemput menyertai atau menganjurkan World #QuranHour 1443H di lokasi masing-masing dengan mendaftar Hotspot di https://bit.ly/REGWQH2022.
MENGENAI YAYASAN WARISAN UMMAH IKHLAS DAN MISI QURANIC VALLEY
Sejak tahun 2013 hingga kini, gerakan Baca, Faham dan Amal Al-Quran telah digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) melalui pelbagai inisiatif.
Ini termasuk kempen penubuhan lebih 3000 Rumah Ngaji (#QuranCorner, Troli Ibadah) di seluruh Malaysia, penganjuran Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour melibatkan 76 buah negara dan mencapai 1.46 bilion capaian di seluruh dunia.
Terkini penghasilan program TV dan Digital berlandaskan Al-Quran seperti My #QuranTime yang telah dimanfaatkan oleh 10 juta penonton dan pelayar internet serta sumbangan lebih 150 ribu naskhah wakaf Al-Quran kepada para petugas barisan hadapan dalam wabak yang melanda.
Tabung Gerakan Al-Quran ini adalah bagi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah untuk membangunkan Lembah A-Quran (Quranic Valley) Menuju 1500 H.
Aktiviti utama Quranic Valley:
- Wakaf dan infak al-Quran dalam bentuk mushaf dan pelbagai bahasa terjemahan.
- Mewujudkan Quranic Valley (Lembah al-Quran) melalui Pembangunan dan Penyeleidikan (R&D) al-Quran, untuk tujuan Tadabbur dan Tazakkur di pelbagai peringkat ekosistem.
- Infak & Wakaf Media bagi penyebaran kefahaman al-Quran melalui platform TV dan Digital.
- Latihan pembangunan jurulatih tadabbur al-Quran untuk pelbagai golongan masyarakat.
- Pemerkasaan kempen berteraskan interaksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal.
- Pemberdayaan Sahabah al-Quran yang menyumbang kepada misi MengQurankan Bangsa MengIkhlaskan Ummah.
____________________________________________________________
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas
- Marhaini Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif – 013 3593165
- Maslinda Mohd Esak – 013 6826335
____________________________________________________________________
Kos Haji Seorang Jemaah B40 pada 2025 Ditetapkan RM15,000
Isi Kandungan
ToggleTerkini, pada tahun 2025, bakal jemaah haji Muassasah daripada kumpulan B40 dan M40 akan menerima bantuan kewangan khas bagi meringankan beban kos menunaikan haji. Lembaga Tabung Haji (TH) bersama Kerajaan terus komited membantu rakyat melaksanakan ibadah ini dengan menawarkan pelbagai insentif kewangan.
Berita baik ini memberi sinar harapan buat golongan B40 dan M40. Memetik laporan UtusanTV, bakal jemaah haji Muassasah kumpulan B40 yang mendapat bantuan Kerajaan bagi B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji daripada Lembaga Tabung Haji (TH) sebanyak RM17,300 seorang dan ditambah bantuan Kerajaan sebanyak RM1,000 seorang pada 2025.
TH dalam kenyataan hari ini memaklumkam, bantuan yang berjumlah RM18,300 itu adalah lebih separuh (55 peratus) daripada keseluruhan Kos Haji, menjadikan Bayaran Haji bagi seorang jemaah B40 berjumlah RM15,000.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, bakal haji Muassasah kumpulan M40 pula akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM9,800 seorang atau 29 peratus daripada keseluruhan Kos Haji, menjadikan Bayaran Haji bagi seorang jemaah M40 sebanyak RM23,500.
Manakala, Jemaah Muassasah kumpulan T20 yang berpendapatan individu sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan perlu menjelaskan bayaran penuh kos haji iaitu RM33,300 seorang.
Katanya, ia adalah selari dengan prinsip penyasaran bantuan yang sedang dilakukan oleh Kerajaan.
Tambahnya lagi, Bakal Haji yang membuat rayuan luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah, mereka yang terpilih melalui proses rayuan perlu membayar penuh Kos Haji selaras dengan syarat istito’ah.
“Terdapat hampir empat juta pendeposit yang telah mendaftar haji dan sedang menunggu giliran untuk menunaikan haji, namun kuota adalah terhad. Kos Haji Muassasah adalah jauh lebih rendah daripada pakej haji yang ditawarkan oleh syarikat swasta yang dilesenkan oleh TH dimana harga bermula sekitar RM55,000 seorang,” katanya.
BANTUAN KEWANGAN HAJI MENINGKAT DALAM MASA 25 TAHUN
Syed Hamadah menjelaskan bahawa Bantuan Kewangan Haji bagi musim haji kali ini dianggarkan mencecah RM261 juta, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan sepanjang 25 tahun melebihi RM2.8 bilion.
Beliau turut menegaskan bahawa jumlah bantuan yang signifikan ini memberi impak besar kepada keupayaan kewangan TH serta pulangan yang diterima oleh para pendeposit.
Justeru, katanya, TH telah mengambil langkah menurunkan kadar Bantuan Kewangan Haji secara berperingkat sejak 2022 ke arah memenuhi konsep kemampuan dalam menunaikan ibadah haji (istito’ah) dan bagi membantu kelestarian kewangan TH demi memelihara kepentingan pendeposit.
“Keputusan ini adalah selari dengan resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan yang menetapkan bakal jemaah haji bertanggungjawab atas perbelanjaan sebenar menunaikan ibadah haji, selari dengan konsep istito’ah di mana ibadat haji diwajibkan bagi umat Islam yang berkemampuan,” katanya.
Dalam pada itu, Syed Hamadah berkata, TH telah dapat mengekang peningkatan kos bagi musim haji 2025 dimana Kos Haji masih kekal pada RM33,300 bagi seorang jemaah Muassasah.
Kata beliau, bagi mengawal Kos Haji, TH telah berusaha untuk mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan meskipun dalam keadaan harga minyak yang meningkat.
HARGA PENGINAPAN MENINGKAT
Katanya lagi, harga penginapan di Tanah Suci meningkat dengan mendadak susulan pembangunan pesat di Makkah dan Madinah, yang memberi kesan langsung kepada kos haji. Bagi mengatasi cabaran ini, TH telah mengambil langkah proaktif dengan memeterai perjanjian bersama pengusaha hotel untuk memastikan harga penginapan dapat dikawal pada masa hadapan.
“Kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci merangkumi 87 peratus dari kos keseluruhan dan adalah di luar kawalan TH.”
“Mengambil berat tentang konsep istito’ah, dari 2022 hingga 2024, lebih 700 orang jemaah Muassasah B40 dan M40 telah memilih untuk membayar samada Kos Haji secara penuh atau lebih dari bayaran minima yang ditetapkan TH. Pihak TH menyambut baik sikap positif ini,” katanya.
Tambah Syed Hamadah lagi, setiap tahun terdapat kira-kira 70,000 hingga 80,000 rayuan untuk menunaikan haji dan mereka bersedia membayar penuh kos haji.
Sumber: UtusanTV
Bermula Dengan Kisah Peti Sejuk, Kini Ramai Minta Buat Content. Rezeki Bertambah
Masih ingat lagi, kisah peti sejuk yang dibeli oleh seorang isteri setelah 4 tahun melayari perkahwinan. Reaksi dari suami wanita itu sangat mencuit hati malah caption yang ditulis pada video tersebut membuatkan ramai tersentuh.
Sejak dari penularan video tersebut di aplikasi TikTok, rezeki Nazira Nawawi dan keluarganya semakin murah. Ramai yang mengikuti akaun TikToknya membuatkan dia mendapat pelbagai tawaran untuk reviu produk.
“Saya mula bermain TikTok sejak awal-awal popular lagi. Dulu banyak share video fasal keluarga kecil saya secara suka-suka untuk kenangan.
[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
“Tapi ramai mula kenal saya selepas upload video pertama kali beli sebuah peti ais. Masa tu saya buat kejutan dekat suami sebab peti tu sampai lebih awal dari tarikh sepatutnya.
“Video tu tular sebab ramai tersentuh dengan cerita kami. Reaksi suami masa tengok peti sejuk itu pun menyebabkan ramai follow akaun saya.”
Bercerita lanjut mengenai kandungan yang dibuat, katanya, rata-rata netizen yang mengikuti akaunnya suka melihat keletahnya dan suami, Niknirwan Nik Mohd Lizam, 25 bersama dua lagi anaknya.
Kata wanita yang merupakan suri rumah sepenuh masa ini, rezekinya mula bertambah apabila semakin banyak menerima tawaran reviu produk.
Malah, berkat usahanya yang berniat membantu meringankan beban suami, dia kini mampu menambah koleksi perhiasan barang kemas serta membantu keluarga.
“Followers bertambah sekelip mata sebab saya perasan mereka suka tengok Abi (suami). Mereka suka tengok keletah suami dan anak sulung kami.
“Saya tak kerja cuma sekarang banyak buat reviu produk untuk pendapatan bulanan walaupun tak tetap. Gaji pertama saya peroleh dulu saya gunakan untuk beli mesin basuh di rumah.
“Sekarang rezeki semakin bertambah sampaikan boleh beli emas hasil duit bekerja sendiri. Sedikit sebanyak dapat bantu suami dan hulur duit dekat keluarga,” katanya lagi.
Ditanya bagaimana menguruskan masa sebagai surirumah dan juga sebagai content creator di Tiktok, wanita ini mengakui ianya bukanlah sesuatu yang mudah namun dia bersyukur apabila suaminya banyak memberi sokongan dan membantu terutama apabila mahu membuat content.
“Biasanya waktu siang saya banyak luangkan masa dengan anak-anak. Malam hari baru saya buat content. Kadang-kadang tu anak pun join.
“Saya bersyukur sangat suami banyak support. Kalau reviu yang memerlukan dia, Abi tak pernah menolak walaupun penat baru balik kerja. Tapi duit reviu saya terima dia tak pernah ambil pun.
“Saya juga tak pernah ada masa untuk diri sendiri sebab setiap kali nak ‘me time’, masa tu jugalah rasa rindu keluarga. Tapi tak setiap hari buat content, ada masa kami bawa anak jalan-jalan,” katanya.
Dalam pada itu, Nazira turut menitipkan pesanan buat netizen di luar sana terutama sekali golongan ibu yang menjana pendapatan menerusi media sosial sepertinya.
Jelasnya yang sudah berumah tangga lebih enam tahun, menerima kecaman juga pandangan negatif orang lain dalam ‘dunia TikTok’ memerlukan kekuatan dari segi mental.
“Saya masih belum layak kalau nak dijadikan role model orang di luar sana. Tapi apa yang boleh saya katakan pada mereka sedang membina keluarga, bersabar dalam menunggu rezeki Allah.
“Bagi saya, keluarga adalah rezeki terbesar dan anugerah terindah dalam hidup. Mereka merupakan ‘keluarga impian’ yang saya inginkan selama ni.
“Dari mula awal perkahwinan pun, kami dah cuba cipta semua ini. Sebenarnya bahagia tu datangnya dari kita bersyukur tentang apa yang ada dan kebahagiaan kita cipta,” ujarnya menutupi kisah.
[TIP KEWANGAN]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club