Lok Mee Wan, anak pengawal keselamatan penerima Anugerah Diraja PTSS, mahu ubah nasib keluarga. Mahu mengubah nasib keluarga menjadi antara pendorong kepada anak pengawal keselamatan, Lok Mee Wan berjaya menerima Anugerah Diraja pada sidang pertama Majlis Konvokesyen Kali Ke-16 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di Arau, Perlis.
Lok Mee Wan, Anak Pengawal Keselamatan Penerima Anugerah Diraja PTSS, Mahu Ubah Nasib Keluarga
Mee Wan, 22, graduan Diploma Pengurusan Pelancongan yang berasal dari Kamunting, Perak itu turut menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum serta Anugerah Pengarah pada majlis konvokesyen yang dihadiri Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Beliau berkata bapanya Lok Tart Chon, 59, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta di Kamunting dan ibunya S. Kanagawaly, 64, menjadi pembakar semangat kepadanya untuk komited belajar bagi mencapai kejayaan.
“Pengajiandalam bidang ini ada enam semester dan semua semester saya dapat keputusan pointer dekan. Saya juga mempunyai tekad sendiri untuk berjaya dalam hidup,” katanya.
Anak kedua daripada dua beradik dan fasih berbahasa Melayu, Tamil, Mandarin dan Inggeris itu berkata beliau mempunyai minat dalam bidang pelancongan serta media dan komunikasi dengan menaruh impian untuk bergelar wartawan penyiaran mahupun penyampai berita pada masa depan.
“Walaupun saya belajar dalam bidang pelancongan di PTSS tetapi di PTSS tiada had atau tak menghalang pelajar menceburkan diri dalam bidang lain yang mana saya pernah menjadi Penerbit Berita bagi Kelab Berita Poli TV News di PTSS selama tiga semester,” katanya.
Mee Wan yang kini bekerja sebagai Guest Service Experience, Front Office di sebuah hotel mewah di Langkawi berkata, pencapaian tertinggi beliau dalam bidang media dan komunikasi ialah meraih gelaran juara untuk pertandingan English Newscasting Online menerusi BudiDarma English Festival 2021 (BUDAEFEST) anjuran Universitas Budi Darma di Medan, Indonesia pada 2021.
“Pertandingan ini disertai Malaysia, Indonesia dan Thailand. Saya memang minat menonton berita dan membaca surat khabar sejak kecil lagi. Saya juga mendapat tempat kedua dalam Ikon Siarawan bagi dua tahun berturut-turut pada 2021 dan 2022,” katanya.
Mee Wan yang pada masa ini turut membuat perniagaan kecil-kecilan mengait benang itu berkata, dia optimis dengan keupayaan menguasai kemahiran dalam bidang pelancongan serta media dan komunikasi memberikannya kelebihan untuk mengharungi cabaran masa depan.
Ads
Tuanku Syed Faizuddin Putra berangkat ke majlis konvokesyen itu bagi mewakili Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Majlis konvokesyen yang berlangsung sebanyak tiga sidang itu bermula meraikan 1,155 graduan lulusan diploma, asasi dan sijil dalam pelbagai jurusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang tamat pengajian bagi tahun lepas dan tahun ini.
Jika dah lama berkahwin lebih dari 10 tahun tak salah kan, buat perkara ‘lucu’ yang membahagiakan pasangan.
Salah satunya, sakat suami. Jangan skema sangat dalam perkahwinan ni. Nanti pasangan cepat bosan. Selanjut ikuti perkongsian ini. Tip bahagia rumahtangga yang tak perlu keluar duit pun. Jimat kan.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Terkejut saya bila buka galeri henfon saya tadi. Penuh dengan selfie si isteri!
Entah bila dia boleh ambil henfon saya senyap senyap semalam dan snap gambar selfie dia banyak banyak. Saya syak ini strategi dia nak bagi saya rindu dia lah.
Alang alang isteri saya buat strategi macam ni saya nak usulkan juga lah pada yang lain untuk buat strategi macam ni pada suami masing masing. Tak aci lah saya je yang kena sakat gini. Patutnya semua suami kena sekali ni. Hehe. Tapi serius strategi tu menjadi. Saya duk belek gambar si dia je daripada tadi ni sambil tersenyum senyum.
Ni beberapa strategi licik yang anda boleh buat pada suami sendiri :
+ cuba buka wallet suami senyap senyap dan letak gambar anda
+ cuba ambil henfon suami dan tukar wallpaper henfon suami kepada gambar anda
+ cuba ambil henfon suami, save nama di henfon suami dengan nama yang sweet sweet manja macam Bidadariku ke, Cintaku ke, Muah Muah I Love You ke
+ sembur minyak wangi anda yang menjadi kegemaran suami pada wallet suami. Barulah setiap kali nak buka wallet je suami jadi teringat pada isterinya sendiri
Isteri saya selalu pesan pada kawan kawan dia kalau jadi isteri ni kena ada ‘nakal-nakal’ juga. Jangan skema dan serius sepanjang masa. Nanti suami cepat bosan.
Sebab tu la isteri kita ni jenis ‘unpredictable’ dia punya emosi. Rupa rupanya ianya untuk kebaikan si suami juga. Rupanya benda tu lah yang buatkan suami jadi tak bosan bosan dengan isterinya sendiri.
Gembira disakat isteri.
Kredit: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kebahagian sebuah keluarga terserlah apabila kelahiran anak sebagai penyeri yang memberikan sinar kegembiraan. Suami isteri yang berkahwin pastinya teruja melihat anak membesar depan mata.
Lebih manis, lagi apabila anak-anak telah membesar dengan perkembangan yang positif sehingga membuatkan hari anda begitu indah.
Begitulah yang dirasai kini oleh usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri yang telah berkongsi momen manis apabila anak bongsunya mula melangkah buat kali pertama.
“Korang mcm mana happy x tgk anak korang pandai jalan?@yusoffalqardawi_terlajaklaris dah pandai jalan walapun baru 10bulan. Dah lama abah x excited mcm ni bila tgk anak pandai jalan…dia punya happy mcm dapat durian runtuh!! ada kawan korang muka mcm yusof tak?? cere tag kawan korang tu.”
Melihat rakaman video yang dikongsi oleh Datuk Aliff, kelihatan Yusoff yang masih bertatih ketika melangkah, begitu teruja sambil diawasi oleh kakaknya, Qadejah El-Zehra.
Manakala, Datuk Aliff sendiri juga kelihatan turut sama teruja melihat anaknya mula bertatih.
Gelagat Yusoff juga telah mendapat ratusan komen mengenai langkah pertamanya. Yusof yang juga pernah merangkul gelaran Anugerah Cilik MeleTOP.
Untuk makluman, Datuk Aliff berkahwin dengan Shahida pada Ogos 2007, telah dikurniakan empat cahayamata iaitu, Ammar Ahyan, 10, Qadejag El-Zahra, 8, Ibraheem Adham ,6, dan Yusoff Al-Qardawi. Pasangan ini juga mempunyai anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bayi yang dinanti 10 tahun lamanya, dijaga penuh kasih sayang tatkala diusung 9 bulan. Namun takdir mengatasi segala-salanya. kebahagian dan kegembiraan bergelar ibu dan ayah hanya sementara.
Hanya tiga hari kesempatan bergelar ayah, akhirnya si kecil dijemput kembali bertemu Sang Pencipta.
Sungguh berat ujian yang terpaksa dilalui Azmi Saat dan isteri, namun kekuatan luar biasa yang ada pada pasangan kelainan upaya ini membuatkan mereka tabah dan kuat.
Pemergian si kecil diiringi doa dan pasangan ini reda dengan apa yang telah tertulis buat mereka. Hari ini, si ibu dibenarkan keluar wad, walaupun pihak hospital memintanya tinggal lagi buat sementara, namun pasangan ini sepakat untuk pulang ke rumah walaupun tanpa si kecil di sisi.
Hari ni kami sudah dibenarkan keluar dari hospital walaupun mereka sangat menyarankan untuk kami tinggal di sini beberapa hari lagi sampai isteri benar-benar sihat.
Kami datang bertiga tapi balik berdua sahaja. Itulah takdir. Sehebat mana pun rancangan kita, sekuat mana pun penjagaan kita, tetap Allah yang maha merancang dan pemilik segalanya.Kami bersyukur Ya Allah dengan ujian ini. Kami redha dan sabar dengan apa yang kau takdirkan untuk kami.
Kau sahajalah yang tahu betapa kuat kami meharungnya. Moga sabar kami tergolong dalam sabar yang cantik. Ganjarilah kami dengan rahmat dan kebaikanMu di dunia lebih lagi Akhirat.
Terima kasih @ohanaspecialisthospital. Allah tarik satu tapi Allah gantikan dengan ramainya orang-orang yang super baik dalam hidup kami.
Itulah keluarga Ohana Specialist. Mereka semua sangat menyangi kami seperti keluarga sendiri. Moga kami tetap berkeluarga sampai ke Syurga.
Kami akan kuat. Kami yakin Allah akan berikan yang lebih baik.
Selamat tinggal Ohana. Nantikan anak kami yang kedua.
Perkongsian yang cukup menyentuh hati itu mendapat perhatian warganet. Rata-rata menitipkan doa supaya pasangan ini diberi kekuatan untuk terus mellaui ujian tersebut.
nawaitu.utara MashaAllah hebat insan ini Allah uji mereka didunia, datangkan kemanisan yg ditunggu Di Syurga ❤️
dijarizaMoga Allah ampuni dosa2 kalian, digantikan dgn yg lebih baik dan diangkat darjat di sisi-Nya. Takziah, saya faham keperitan penantian 10 tahun tu…
aliaa_suid Sabar byk2 azmi n wife.aq faham sgt rsa tu.aq pon almost gugur dulu n rsa sakit dh.apalg yg btul2 kehilangan.Allah akan gantikan yg lg baik insyaallah.❤️
normahirfanAllahuma aminn 🤲🤲🤲..kami jugk sntiasa mnDOAKN yg sgt² trbaik,moga sgla Doa Allah angkt🤲🥰🥰
sumiati_sueYa Allah semoga dikurniakan rezeki yang terbaik
ekin_lishaSalam takziah…inshallah Allah akan gantikan yg lebih baik….
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.