Merawat anak demam selain perlu diberikan ubat agar segera sembuh, sebaiknya ibu-ibu sediakan juga rebusan lobak membantu menurunkan suhu anak dengan kadar segera.
Difahamkan,lobak putih banyak khasiat dan manfaatnya. Selain popular sebagai membantu memperbanyakkan susu badan, lobak putih juga sangat serasi diamalkan untuk merawat demam.
Caranya bagaimana? Mungkin ramai belum tahu, ini telah dikongsikan oleh WD Lover Odahsan. Jom semak!
Dibawah adalah cara yang mudah untuk mengubati demam dan menghilangkan panas badan anak-anak. Selain memberi kesihatan yang baik, anak -anak tidak perlu meminum ubat dengan kerap lagi.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
1.Apa yang diperlukan ialah sebatang lobak putih. Potong bahagian kepalanya dan cuci dengan air hingga bersih.
2. Hiris lobak putih atau dipotong dadu. Tetapi perlu diingat, sila jangan kupas kulit lobak putih ini.
3. Masukkan air sejuk ke dalam periuk. Panaskan api dan biarkan air mendidih dan kemudian masukkan potongan lobak putih tersebut.
4. Rebus lobak putih ini selama 15 minit. Jangan tambah apa-apa perasa atau bahan lain. Hanya lobak putih sahaja.
5. Setelah lobak putih masak dan menjadi lembut, biarkan ia sejuk dan boleh disajikan. Kuah dan isi lobak putih boleh dimakan sekaligus. Apa yang penting ialah kuah atau air lobak ini perlu diminum, di samping makan isi lobak putih yang telah lembut.
Berikan anak anda minuman air lobak putih ini sebelum mereka masuk tidur. Berikan kepingan lobak putih untuk dimakan juga.
Hasilnya dalam masa 2 hingga 3 hari, batuk dan selsema anak akan berkurangan dan semakin sembuh. Untuk kanak-kanak di bawah 2 tahun, anda disarankan untuk memberi mereka dengan minuman air rebusan lobak putih sahaja.
Lobak putih amat bermanfaat untuk menurunkan suhu panas dalam tubuh badan serta dapat meredakan batuk dan selsema. Ia lebih berkesan sebagai cara alternatif mengubati demam, selsema dan batuk dengan pengambilan ubat-ubatan.
Di samping menurunkan suhu badan, lobak putih juga bermanfaat dalam mengubati penyakit kulit seperti jerawat dan ruam, penyakit kuning, membantu sistem pencernaan, menambah kandungan air dalam badan dan lain-lain.
selamat mencuba