Makan

Lobak Merah Yang Lembik Usah Dibuang, Ada Cara Nak Bagi Keras & Segar Semula

Share

Lobak merah yang lembik janganlah dibuang. Sebenarnya ada cara untuk mengembalikan kesegaran obak merah supaya ia kembali keras semula. Sayang kalau dibuang nak-nak kalau beli dalam jumlah yang banyak.

Selepas ini kalau lobak merah

jadi lembik dan tidak segar lagi, jangan buang. Masih boleh lagi digunakan untuk memasak. Nak segar dan keraskan kembali lobak merah ini pun mudah sangat. Tip ini dikongsikan oleh Munirah Jamaluddin.

Berikut langkah-langkah yang perlu dilakukan:

1. Buang kulit lobak merah yang dah lembik dan potong beberapa bahagian.

2. Sediakan air dalam mangkuk, kemudian rendam dalam air.

3. Lobak merah akan kembali segar dan keras setelah direndam dan boleh digunakan dalam masakan.

Berikut video untuk langkah yang lebih jelas:

@munirahjamaludin_ carrot dah lembik? Haaa.. jangan buang. Ni cara dia nak bagi fresh balik.. #tipsdapur
#greatestmakanhits #fypシ ♬ Just the Two of Us LUVRS Remix – LUVRS

Sumber: Munirah Jamaluddin