Lobak Merah Boleh Kuatkan Akar Rambut Yang Mungkin Ramai Belum Tahu! Ni Petuanya.

Share

Mengalami masalah rambut gugur terutamanya kita kaum perempuan seakan lumrah bilamana selepas melahirkan anak. Namun melihat keadaan yang berlarutan, terasa rungsing boleh menjadi sebab rambut menjadi nipis atau pun lebih teruk menjadi botak.

Mengikut petua orang lama, untuk menguatkan akar rambut ada caranya iaitu dengan menggunakan lobak merah yang di parut. Ambil air perahan bagi menyejukkan kulit kepala. Caranya basahkan kepala dengan air lobak merah dan urut perlahan-lahan. Amalkan selalu bagi menguatkan akar rambut.

Selain mengamalkan cara ini ada 3 cara lain yang boleh diamalkan untuk tujuan penjagaan rambut dan memastikan akarnya lebih kuat dan sekali gus mengelakkan daripada gugur dan menjadi nipis

  1. Gunakan shampo yang mengandungi ginseng

Khasiat ginseng untuk rambut memang sudah dikenal sejak dahulu. Kandungannya dapat merangsang pertumbuhan rambut. Kini anda tidak perlu susah-susah untuk mencari ginseng dan menggunakan ekstraknya pada kulit kepala. Ekstrak ginseng banyak digunakan  dalam berbagai macam produk perawatan rambut seperti shampo.

 

2. Sikat rambut

Pernah dengar tak orang dulu-dulu kata kalau nak rambut cepat panjang dan lebat, kenalah selalu menyisir rambut. Oleh itu, tidak salah kiranya anda menyikat rambut lebih kerap untuk tampil rapi. Apa yang penting, ketika menyikat rambut lakukan dengan lembut agar tidak merosakkan kulit kepala.

3. Ambil makanan sihat

Walaupun cara ini nampak biasa-biasa sahaja, namun diet yang sihat akan memberi impak yang besar pada kesihatan seseorang. Begitu juga dalam hal mendapatkan akar rambut yang kuat dan sihat memerlukan pemakanan yang sihat dan seimbang.