Loan Rumah Dah Habis Bayar, Tu Belum Jadi Hak Milik Mutlak Selagi Tak Buat Satu Benda Ni. Sila Take Note!

Share

Setiap bulan kita akan melunaskan bayaran loan rumah kepada bank dan pasti ada di antara kita sudah pun hampir membayar penuh pinjaman perumahan mereka.

Ketika itu, mungkin sudah ada yang membayangkan akan mendapat geran asal rumah tersebut di bank tidak lama lagi.

Namun tahukah anda, untuk mendapatkan geran asal yang mana tertera nama kita sebagai pemilik mutlak bukanlah semudah datang ke kaunter bank untuk mrngambil geran tersebut. Ada seperkara perlu dilakukan oleh pemilik rumah dan ini dikongsikan oleh Tuan  Salkukhairi yang berpengalaman luas dalam bidang perundangan hartanah. Ini perkongsiannya.

Loan rumah dah habis bayar dengan bank.

Tapi ramai yang terlepas pandang untuk buat urusan pelepasan gadaian.

Ni saya nak bagi tahu. Walaupun anda dah habis bayar loan rumah dengan bank, tapi rumah tu tak secara otomatik jadi hak milik mutlak anda sepenuhnya selagi anda belum daftarkan PELEPASAN GADAIAN di Pejabat Tanah.

Ini ramai orang tak tahu sebenarnya. Mereka ingat bila dah habis bayar loan rumah dengan bank diaorang terus dapat geran rumah daripada bank. Lepas tu boleh simpan geran rumah tu.

Tidak begitu sebenarnya. Anda perlu buat urusan pelepasan gadaian terlebih dahulu. Kena batalkan dulu nama bank sebagai pemegang gadaian dalam geran.

Kemudian barulah rumah tu jadi hakmilik mutlak anda sepenuhnya.

Macam mana nak buat urusan pelepasan gadaian tu?

Mai saya ajar anda langkah mudah untuk buat urusan pelepasan gadaian tu. Tak susah mana pun sebenarnya.

Sumber : Salkukhairi Abd Shukor

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club