Setiap bulan kita akan melunaskan bayaran loan rumah kepada bank dan pasti ada di antara kita sudah pun hampir membayar penuh pinjaman perumahan mereka.
Ketika itu, mungkin sudah ada yang membayangkan akan mendapat geran asal rumah tersebut di bank tidak lama lagi.
Namun tahukah anda, untuk mendapatkan geran asal yang mana tertera nama kita sebagai pemilik mutlak bukanlah semudah datang ke kaunter bank untuk mrngambil geran tersebut. Ada seperkara perlu dilakukan oleh pemilik rumah dan ini dikongsikan oleh Tuan Salkukhairi yang berpengalaman luas dalam bidang perundangan hartanah. Ini perkongsiannya.
Loan rumah dah habis bayar dengan bank.
Tapi ramai yang terlepas pandang untuk buat urusan pelepasan gadaian.
Ni saya nak bagi tahu. Walaupun anda dah habis bayar loan rumah dengan bank, tapi rumah tu tak secara otomatik jadi hak milik mutlak anda sepenuhnya selagi anda belum daftarkan PELEPASAN GADAIAN di Pejabat Tanah.
Ini ramai orang tak tahu sebenarnya. Mereka ingat bila dah habis bayar loan rumah dengan bank diaorang terus dapat geran rumah daripada bank. Lepas tu boleh simpan geran rumah tu.
Tidak begitu sebenarnya. Anda perlu buat urusan pelepasan gadaian terlebih dahulu. Kena batalkan dulu nama bank sebagai pemegang gadaian dalam geran.
Kemudian barulah rumah tu jadi hakmilik mutlak anda sepenuhnya.
Macam mana nak buat urusan pelepasan gadaian tu?
Mai saya ajar anda langkah mudah untuk buat urusan pelepasan gadaian tu. Tak susah mana pun sebenarnya.
Sumber : Salkukhairi Abd Shukor
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Bantu Ringankan Beban Tangani Wabak COVID-19.” Agong & Permaisuri Berkenan Tidak Terima Emolumen Diraja 6 Bulan!
Prihatin dengan masalah negara yang dilanda wabak Coronavirus (Covid-19), Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja untuk baginda berdua selama enam bulan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda berdua membuat keputusan tersebut untuk membantu meringankan beban kerajaan menangani pendenik COVID-19.
Baginda berdua juga menyahut keputusan kerajaan yang agar dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong ke Tabung COVID-19.
“Perkenan Seri Paduka Baginda berdua ini turut mencerminkan keprihatian dan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda berdua terhadap perkembangan terkini pandemik ini dan situasi kewangan negara.
Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sempena sambutan Hari Doktor Sedunia (Isnin, Mac 30), Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan penghargaan kepada para doktor dan petugas kesihatan, khususnya di barisan hadapan, di atas khidmat, bakti dan pengorbanan tanpa penat lelah dan mengira masa menjalankan tanggungjawab membendung pandemik ini.
“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi Kerajaan berkait di atas pengiktirafan yang telah diberikan oleh firma perkhidmatan kewangan terkemuka di dunia baru-baru ini berkenaan tatacara pengendalian COVID-19 di Malaysia,” katanya.
Ahmad Fadil berkata Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar rakyat terus bersama Baginda berdua untuk terus berdoa memohon ihsan Allah S.W.T semoga Malaysia sentiasa di dalam lindungan dan rahmat-Nya dan pandemik ini diakhiri dengan berkesan dan segera.
Sumber: Astro AWANI
Ibu Ayah Ada Anak Istimewa, Ini 10 Tips Untuk Membesarkan Mereka.
Pastinya semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak dan ia termasuklah dari segi kesihatan, kelakuan, pelajaran dan segenap aspek kehidupan mereka.
Namun begitu, tidak semua ini dapat dicapai dengan mudah terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai anak istimewa.
Ini kerana kanak-kanak istimewa ini memerlukan perhatian dan penjagaan yang lebih teliti serta rapi daripada ibu bapa.
Ikuti artikel ini untuk mendapatkan tips membesarkan anak istimewa.
10 NASIHAT BAGI IBU BAPA PENJAGA ANAK ISTIMEWA
(tak mampu buat semua, jangan tinggal semua)
1 – Kita wajib meyakini bahawa anak kita bukan satu ciptaan yang rosak (defect creation) oleh Penciptanya. Allah tidak pernah menciptakan sesuatu yang rosak dan sia-sia. Ini PENTING, ini isu aqidah
2 – Selain dari anugerah, anak juga merupakan ujian dari Allah. Samada mereka tipikal mahupun anak istimewa. Perkara ini sepatutnya membuatkan kita lebih banyak sebab untuk rapat dengan Allah. Dia lah yang mengirimkan anak ini pada kita. Tidak mungkin kiriman ini salah alamat. Pastikan memohon pertolongan dari Allah lebih dari segalanya. Ini bukan bermaksud tidak perlu cari doktor, juruterapi, guru pendidikan khas dan sebagainya tetapi mencari Allah dalam melalui ujian ini adalah lebih utama. Jangan sesekali salahkan DIA.
3 – Elakkan untuk menyalahkan pasangan serta keturunannya ataupun makhluk sekeliling anda. Usahakan untuk berdamping dengan kumpulan sokongan yang positif bukan sekadar untuk mengadu perihal anak kita tapi belajar dari mereka yang terdahulu. Ini masa untuk anda memilih orang keliling yang lebih positif dan stay positive, walaupun ada yang akan mengatakan anak itu hadir kerana kifarah dosa lampau kita. Pedulikan. Kita sendiri pun tak perlu sibuk cari dosa orang lain.
4 – Kita perlu tahu bahawa anak kita masih mempunyai deria kerana tanpa apa-apa deria, dia mungkin sudah jadi mayat. Sila kenalpasti kerana itu akan jadi medium untuk kita ajarkan sesuatu. Melalui deria itu kita perlu didik dia, kenal Pencipta mereka. Selagi mana rohnya masih lagi bersama jasad, dia tetap lagi manusia. Disamping itu usahakan juga untuk rangsangkan deria lain yang memerlukan ransangan. Kerja kita bukan memperbaiki ciptaan/ anugerah Nya, tetapi tugas kita adalah berusaha untukmendidik mereka. Allah boleh beri lebih dari apa yang kita minta.
5 – Sebagai ibu bapa kita perlu ada ilmu untuk memahami dan mendidik anak. Cari ilmu. Mereka (anak-anak) pasti diberikan sesuatu kelebihan yang berbeza berbanding kita dan anak yang lain. Kita bukan hanya bertanggungjawab menjaga jasad anak itu malah aspek kerohaniannya juga penting. Oleh itu, fokuskan cara atau kaedah pengajaran dengan menggunakan deria yang anak masih berfungsi. Ingat! Allah Maha Adil. Tidak mungkin sesuatu makhluk yang dicipta tiada fungsi dalam kehidupan ini. Serta datangkan rasa syukur dalam diri. Lihat insan lain yang lebih hebat ujian yang diberi. Ingat point nombor 1.
6 – Cuba kita perhatikan, ketika seseorang insan yang berada di hujung nyawa pun kita masih AJAR kan mereka dengan kalimah Allah. Oleh itu, tiada alasan untuk tidak memikirkan serta memberi peluang agar anak kita dididik ingat Allah. Jangan beralasan, walaupun anak kita hanya boleh kerdip mata sahaja atau mampu angguk kepala sahaja. Didik mereka untuk mengenali, mengingati, mengecam kalimah-kalimah toiyyibah, zikir dan lain-lain. Ada Allah ada segalanya
7 – Mereka (anak istimewa) ini mungkin tidak dikurniakan kemahiran berfikir yang tinggi. Jangan stress. Jangan buat kerja Allah. Sebagai hamba kita perlu buat kerja Rasulullah. Less fikir more zikir. Usaha untuk sampaikan ilmu. Jangan fokuskan dengan keputusan atau tentang pencapaian, tapi fokuskan dengan apa usaha kita yang telah dirancang dan akan laksanakan
8 – Sekiranya mereka dikatakan “tiket syurga”, pastikan tiket kita itu boleh digunakan dan “laku” di akhirat nanti. Semasa didunia ini kita boleh lihat berapa ramai orang tertinggal penerbangan walaupun mereka ada tiket, orang yang ada tiket bas tapi tidak dapat balik kampung & pelbagai lagi. Maksudnya BUKAN SEMUA TIKET yang kita ada, boleh memberi kita sesuatu manfaat. Jangan sesekali kita terlepas tiket ke syurga
9 – Ada kemungkinan antara fungsi mereka di dunia ini adalah untuk mendoakan kita. Maka ajarkanlah mereka berdoa. Bimbing doa mereka. Pastikan ada kita dalam doa mereka. Semoga permintaan mereka pada Allah tiada hijabnya. Ambil peluang sebelum mereka diambil kembali oleh Illahi. Walau bagaimana pun mereka masih lagi manusia, mereka bukan malaikat. Mereka tetap akan melakukan kesalahan dan dosa. Oleh itu sekiranya mereka melakukan kesalahan dengan manusia, ajarkan untuk meminta maaf. Jika berbuat salah dengan Allah dan RasulNya, ajarkan untuk beristighfar dan bertaubat.
*Ibu bapa dan asatizah juga perlu lebih banyak istighfar dan selawat pada Rasulullah dalam mendidik mereka agar dimudahkan urusan
10 – Dalam mendidik anak istimewa, jangan hanya fokus dengan pendidikan vokasional, kemahiran dan akademik sahaja tapi kita meninggalkan pendidikan al-Quran. Ini seolah-olah kita hanya menekankan perkara fardhu kifayah tapi meninggalkan yang perkara fardhu ain. INGAT!! al-Quran bukan sesuatu yang menjadi alternatif, bukan komplementari. Malah ia adalah asas (foundation). Usahakan pendidikan al-Quran buat mereka.
Sumber: Zaini Abas
Pesanan Penuh Emosi Seorang Ayah Di Hari Pernikahan Anaknya. Buat Semua Mengalirkan Air Mata!
Amanat seorang ayah di majlis akad nikah anak perempuannya ini cukup terkesan bukan sahaja buat kedua mempelai malah seluruh tetamu yang hadir. Setiap baris ucapan yang dilontarkan, nyata terkandung begitu banyak pesanan.
Apa yang pasti, ianya boleh dijadikan panduan dalam memikul tanggungjawab dalam perkahwinan agar apabila semua tanggungjawab dilaksanakan akan berbahagialah hidup suami isteri.
“Saya mengharapkan perkahwinan kamu berdua dalam barakah Allah, Saya telah menjaga Afaf selama 26 tahun, daripada kecilnya sampai dewasa. Maka pada malam ini dengan izin Allah, saya serahkan Afaf isteri kepada awak Shahaid bin Mansor dengan harapan dan doa mudah-mudahan perkahwinan kamu berdua dalam barakah daripada Allah. Perkahwinan amanah daripada Allah. Satu amanah yang besar yang dipikul kamu berdua.
Afaf, sebagai seorang anak kepada Baba, malam ni Baba sempurnakan, sebagai ayah sebagai Baba, dan baba serahkan Afaf kepada Shahaid sebagai suami sah kepada Afaf. dengan harapan kamu berdua, jagalah hidup kamu berdua dengan penuh keimanan, penuh dengan ilmu, rumah tangga bukan kecil maknanya kepada kamu berdua. Ayahanda mengharapkan anakanda berdua dalam redo Allah.
Bukan sahaja saya Ustaz Roslan Muhamed sebagai ayah kepada Afaf tapi juga En Mansor ayah kepada Shahaid mengharapkan kamu berdua berada di dalam rahmat Allah. Jaga kehidupan, tambahkan iman, jaga solat, jaga sembahyang, cari rezeki halal dalam hidup, banyakkan berdoa, berdoa untuk ibu ayah selama-lamanya, hormatkan orang tua jangan pinggirkan mereka kerana pintu keberkatan ada di tangan mereka.
Ingat ini pesanan untuk semua termasuklah pasangan yang dinikahkan malam ini dengan doa harapan mudah-mudahan kau berdua Shahaid dan Afaf berada rahmat Allah berpanjangan. Ingat ia amanah daripada Allah. Ingat kalau kita kenal Allah, Allah kenal kita.
Baba mengharapkan sebagai seorang ayah, moga Allah rahmati kamu berdua dan Baba dangan Mama telah berkahwin 30 tahun dan kami telah sambut ulang tahun pada Selasa yang lepas, alhamdulillah dan Encik Mansor pun saya ingat dah puluhan tahun berkahwin. jadi mudah-mudahan Allah rahmati kesemuanya termasuklah kita-kita yang hadir malam ini.
Dan khas pada Shahaid maka dengan rasminya Baba serahkan Afaf sebagai isteri kepada kamu dan amanah daripada Allah dan inilah amanah yang paling besar yang telah Baba lakukan pada malam ini kerana Allah, kerana Allah dan bukan kerana yang lain….”
Amanat seorang ayahanda kepada suami anak perempuannya setelah majlis akad nikah.Diserahkan dengan sepenuh jiwa dan raga setelah dijaga sebaiknya selama 26 tahun.
Posted by Ammar Roslan on Friday, 14 September 2018
sumber : Ammar Roslan