Menunaikan haji merupakan rukun Islam yang ke-5 yang wajib ditunaikan oleh semua orang Islam.
Semalam, pelakon Fauzi nawawi ada berkongsi bahawa isterinya yang juga seorang pelakon, Lisdawati berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji.
“Jaga anak-anak, jaga rumah, rajin-rajin, nanti saya kemas rumah, masak,” kata Lisdawati dalam video yang dimuat naik di laman Instagram Fauzi ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Fauzi yang kelihatan sebak walaupun memakai pelitup muka hanya menjawab ringkas, baik. Malah, pelakon filem Anak Halal itu juga berkongsi kapsyen berbentuk doa buat isterinya.
“Ya Allah, peliharalah dia untuk ku.. berkatilah perjalanannya, rahmatilah ibadahnya, lancarkanlah fardhu haji untuknya..
“Aku serahkan segalanya padamu Ya Allah..@lisdawati15 Selamat jalan sayangku,” tulisnya berserta emoji hati berwarna merah.
Dalam pada itu, Lisdawati di Instagramnya menyifatkan perjalanannya masih jauh dan perjuangan belum selesai. Katanya, doakan terbaik sesama kita.
“Perjalanan yang jauh.. perjuangan masih belum selesai. Sentiasa doakan yang terbaik sesama kita.
Mati itu pasti.. kita je yang tak tahu lagi..selagi nafas belum terhenti.. tetapkan hati..Cari iman sebelum mati.
“Semoga semua yang membaca ruang ini akan dijemput menjadi tetamu-Nya nanti. Assalammualaikum semua,” tulisnya.
Pasangan Fauzi dan Lisdawati mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 15, Nur Aina Fazneesya,14, Ahmad Nur Fyrdaus, 9, dan Ahmad Nur Fayyadh, 4.
Lisdawati juga mempunyai empat anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Fauzi iaitu Nurul Hainil Fatihah, 28, Fareez Hazwan, 26, Nurul Hana Farisya, 24, dan Mohd Fikri Hakimi, 21.
Sumber : Instagram Lisdawati, Theonlyfauzinawawi