Percaya atau tidak, dengan sapuan nipis gincu bibir mampu menaikkan seri wajah agar tidak kelihatan pucat dan tidak berseri. Pun begitu, dalam keterbatasan waktu dan kesibukan dengan pelbagai tuntutan tugasan di pejabat mahupun di rumah, kadang-kadang membuatkan kita tidak sempat menatap cermin untuk pastikan gincu yang dioles di awal pagi tetap sempurna sapuannya.
Oleh itu, alangkah bagusnya jika ada cara atau trik yang boleh dilakukan, agar dengan sekali sapuan sudah cukup memadai bertahan sepanjang hari.
Jadi apa kata anda cuba 7 cara di bawah ini.
Gunakan Lip Primer
Langkah ini adalah yang paling utama untuk dilakukan. Primer untuk bibir adalah produk yang sangat membantu untuk memastikan bahawa lipstik akan tetap melekat pada di bibir.
Berikan sentuhan penggaris bibir (Lip Liner)
Setelah menggunakan primer pada bibir, gariskan lip liner pada bibir bahagian luar untuk menggambarkan riasan bibir anda. Selain itu, sentuhan lip liner juga turut memberikan kesan warna bibir lebih semula jadi dan olesan lipstik menjadi lebih sekata.
Ads
Pilihlah lipstik dengan “Long Lasting Formula”
Lipstik dengan formula ini dapat membuatkan bibir tetap berwarna dan berseri selama beberapa jam. Namun, kadang kala jenis lipstik ini menjadikan bibir anda lebih kering. Oleh itu , olesan sedikit lip gloss dengan warna jernih di bahagian tengah bibir mampu membuatkan bibir kekal lembab dan segar.
Oleskan lipstik secara berulang
Sapuan lipstik secara berulang mampu memberikan kesan warna yang lebih penuh dan lebih tahan lama.
Rawatlah bibir anda
Bukan hanya rambut, wajah, dan tubuh saja yang pantas untuk diberi perhatian, kesihatan bibir juga perlu diutamakan. Biasakanlah untuk menggunakan lip exfoliation untuk menyihatkan bibir dari kulit mati.
Jagalah kelembapan bibir
Kelembapan bibir mempengaruhi ketahanan lipstik pada bibir untuk jangka waktu yang lama. Penggunaan lip balm setiap hari secara konsisten boleh mengelakkan bibir daripada kering dan pecah-pecah.
Ads
Taburkan sedikit bedak tabur
Letakkanlah satu lapisan tisu tipis di atas bibir dan taburkan bedak di atasnya secara perlahan dan merata. Langkah ini memberikan kesan matte pada lipstik dan membuatnya lebih tahan lama.
INFO EKSTRA!
Rahsia Sapuan Gincu Lebih Cantik
Jika memiliki bentuk bibir yang tipis, digalakkan untuk melukis bentuk bibir dengan pensel bibir. Kemudian barulah oleskan dengan gincu. Serlahkan bentuk bibir anda dengan sapuan pengilat bibir.
Sekiranya mempunyai bibir yang tebal, gincu jenis matteadalah paling sesuai. Ia membuatkan bibir kelihatan seksi dan ‘penuh’. Walaupun begitu, pengilat bibir tidak digalakkan kerana ia akan membuatkan bentuk bibir tampak terlalu besar.
Jika memilih untuk mengenakan pengilat bibir, ia perlu disapu kemas agar bentuk bibir kelihatan sekata. Untuk warna gincu yang cantik, oles gincu dan pengilat bibir yang mempunyai rona senada. Gabungan dua warna ini akan membuatkan warna gincu anda luar biasa cantiknya!
HARUS CUBA!
Ads
Amalan menyapu madu sebelum tidur mampu menjadikan bibir lembap dan sihat. Ini kerana madu mengandungi kadar gula yang memberikan nutrisi pada bibir selain dapat menggantikan pelembap bibir.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Susu badam mampu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit. Badam kaya dengan vitamin E dan bersifat antioksidan dan sekali gus mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan menjadikan pengamalnya nampak awet muda.
Jika dilihat kepentingan anak-anak mengamalkan susu badam ini pula adalah ianya baik untuk kesihatan otak kerana badam mengandungi dua nutrien utama iaitu Riboflavin dan L Carnisebab yang mampu mempengaruhi aktiviti saraf. Oleh sebab itu juga, ramai ibu-ibu di negara India sangat mengalakkan anak-anak mereka mengamalkan pemakanan badam.
Resipi Susu Badam, Amalkan Minum Selalu
Jadi apa kata hari ini kita cuba buatkan susu badam ini untuk kita anak beranak amalkan dan sekali gus menikmati khasiat susu badam yang cukup istimewa ini. 1 cawan badam boleh dapat 1.5 liter susu. Cukuplah untuk lima hari minum.
Bahan-bahan:
1 cawan badam mentah
4 cawan air masak
1 sudu esen vanila
Sedikit garam
Kurma *tambahan
Ibu Awet Muda, Anak Lebih Pintar
Cara penyediaan:
1.Basuh badam bersih-bersih selepas itu rendam semalaman.
2. Esoknya buangkan air rendaman, basuh bersih-bersih dan masukkan ke dalam pengisar dengan air secukupnya. Nak masuk kurma pun boleh.
*Kalau tak boleh pusing, masukkan air lagi. Tapi jangan cair sangat.
3. Sudah siap kisar terus masuk dalam penapis dan perah. Hidupkan api dan masak sampai mendidih. Jangan lupa letakkan 1 sudu esen vanilla dan garam.
CARA MENIKMATI SUSU BADAM
1.Dimakan bersama madu
Apabila sudah mendidih itu kira sudah siap. Senang bukan? Apabila sudah suam maka bolehlah diminum. Sebelum minum letakkan 1 sudu madu. Rasanya sedap, tiada rasa pelik. Kalau ada kurma, masukkan sekali. Tidak perlu masukkan madu. Cukuplah manis daripada kurma itu.
2. Smoothies
Boleh letak buah-buahan. Kalau tiada buah pun tidak mengapa. Boleh minum begitu sahaja. Boleh juga letak chia seeds jika suka.
Ekstra Tip:
Hampas badam tadi jangan dibuang pula. Rugi. Jangan membazir. Kita guna sampai habis. Boleh buat lempeng. Letak tepung sikit, garam sikit, gorenglah.
Bermacam-macam petua boleh kita amalkan untuk menurunkan atau mengawal berat badan. Selain tujuannya untuk menjaga kesihatan, memiliki berat badan ideal juga dapat menjadikan diri terlihat lebih menarik.
Jadi buat anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan dan mempunyai misi untuk langsing di Hari Raya nanti, masih tidak terlambat untuk anda amalkan petua yang dikongsikan oleh Halinarbi Abdullah ini.
Menurutnya, setelah amalkan seminggu minum air rendaman bawang putih, berat badannya berkurangan hingga 3kg! Sesuatu yang mengujakan dan bolehlah anda mencuba petua yang diamalkan.
Mana tahu rezeki anda serasi dengan petua ini dan dapatlah anda memiliki berat badan ideal yang diidamkan. Ini perkongsiannya.
Di sebab kan sis dah berjaya turun kan berat badan seminggu 3kg lebih sis share kan petua ni ye
Cara Penyediaan Air Rendaman Bawang Putih
-Ambil 3,4 ulas bawang putih di ketuk
-Masuk kan dalam air suam tutup dengan penutup biar udara dalam tak keluar udara luar pun tak masuk biar kan semalaman, minimun 6jam.
-Pagi bangun dengan perut kosong kita minum air rendaman bawang putih
Selain turun kan berat badan boleh jugak membantu menghilangkan Diabetes kalau selalu di menguna kan cara macam ini.
Sebab mama Lina pun tiap pagi minum air rendaman bawang putih dengan cara ini
banyak lagi kebaikan rendaman bawang putih selain DIABETES,Penyakit jantung,tekanan darah,flu dan sebagainya boleh research di YouTube dan Google.
Perut yang kembali buncit selepas setahun melahirkan anak membuatkan kita terfikir apakah penyebabnya masalah perut kita. Makanan sudah dijaga, malah
berbengkung juga sudah cukup lengkap ketika proses berpantang.
Persoalan ini pastinya sentiasa bermain di fikiran semua ibu yang mengalami masalah perut buncit. Menurut pengalaman orang-orang tua, sebenarnya banyak cara dan petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan masalah ini.
Selain menjaga pemakanan dan mengamalkan pemakaian bengkung secara disiplin juga adalah langkah bijak untuk kekal cantik. Ini yang boleh wanita berpantang amalkan untuk pastikan perut rata. Suami pun makin tambah sayang nanti. Ini petua nenek yang anda boleh cuba.
Cuba buat petua ini!
Petua 1
Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke bahagian perut yang buncit.
Petua 2
Ambil 2 genggam lada hitam kemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan sebiji ragi tapai dan gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian pakai bengkung ketat dan kuat.
Petua 3
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta
mengatasi masalah berat badan.
Petua 4
Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.
Petua 5
Campurkan sedikit kapur makan bersama 5 helai daun sirih juga beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
Petua 6
Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Biarkan semalaman dan minum keesokkan paginya.
Petua 7
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.