Lipatan Cadar Nak Nampak Kemas & Seragam Dalam Almari, Wanita Ni Kongsi Tip & Stepnya. Boleh Follow!

Share

Sebagai seorang isteri tugas kita di rumah memang pelbagai dan sudah menjadi lumrah orang perempuan sukakan kecantikan dan kebersihan. Kalau boleh bab mengemas dan melipat pakaian pun nak juga nampak cantik dan kemas. Barulah sedap mata memandang tiap kali pintu almari dibuka.

Menyusun pakaian di dalam almari mungkin ada yang merasakan begitu mudah untuk dilakukan, tapi untuk pastikan setiap lipatan seragam dan tersusun rapi itu ada cabarannya dan perlukan skil yang tersendiri. Apatah lagi jika melipat cadar yang mempunyai ukuran yang lebih besar berbanding pakaian lain.

Umumnya cadar ada pelbagai saiz seperti single, quen mahu pun king yang sudah tentu sahaja sangat besar dan akan menimbulkan rasa kepayahan untuk dilipat kemas.  Oleh itu, bagi memastikan setiap lipatan cadar adalah seragam di dalam almari bolehlah jadikan teknik yang dikongsikan oleh Puan Muhaszlina Sanip ini sebagai panduan.

Menurut perkongsian kisah daripadanya, cara yang dipraktikkan ini turut diminta oleh ibunya untuk diajarkan kepada bibik ibunya itu. Bahkan Puan Muhaszlina ada menyatakan sebenarnya dalam melipat cadar ini apa-apa cara pun boleh, tiada yang betul mahu pun salah. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Namun pada sesiapa yang ingin tahu dan mengikuti cara yang dikongsikan ini, dipersilakan. Begini Langkah-langkahnya :

 

Step 1 : Temukan bucu ke bucu

Mula-mula, temukan bucu ke bucu.

 

Step 2 : Kemaskan

kemaskan bucu lagi satu juga.

 

Step 3 : Jadikan segi empat

Sampai jadi segiempat camni.

 

Step 4 : Masukkan lipatan ke bahagian dalam

Ambil bahagian berkedut dan bahagian bergetah tu dan masukkan ke bahagian dalam cadar. Kemaskan.

 

Step 5 : Lipatkan bahagian bawah

Lipat bahagian bawah tu. Kalau cadar single boleh skip part ni. Kalau cadar Queen, kecilkan lipatan bahagian bawah tu.

Step 6 : Lipatkan bahagian atas

Lipatkan bahagian atas pula. Sampai jadi camni. Kemaskan.

ARTIKEL MENARIK :Pembuka Pintu Rezeki, Buat Ni Rezeki Makin Berlipat Ganda. Rugi Tak Buat Kalau Dah Tahu!

ARTIKEL MENARIK LAGI :Sidai Kain Yang Berlambak, Sekejap Je Ibu Ni Siapkan. Begini Triknya!

Step 7 : Lipat lagi & letakkan sarung bantal

Lipat lagi..dan susun sarung bantal ke bahagian dalam lipatan cadar.

Step 8 : Siap!

Ini contoh susunan dalam almari. Cadar akak ni ada banyak size. Ada size Queen dan Super Single. Apa yang penting, size lebar lipatan cadar tu kena sama besar supaya bila kita susun dalam almari, cadar kita elok jer dan tak tumbang.

Sumber : Muhaszlina Sanip 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club