Lipat Kain Super Mudah & Kemas Macam Pakar Yang Buat. Wanita Ni Kongsikan Caranya!

Share

Melipat baju yang telah dicuci bukanlah aktiviti yang ramai menggemari untuk lakukannya. Apatah lagi jika pakaian yang dilipat tetap juga nampak tidak kemas tersusun, ‘sakit mata’ juga mata yang memandang.

Tapi sebenarnya ada cara untuk pastikan pakaian yang dilipat terlihat kemas dan sama saiznya, bahkan bila disusun di dalam almari nampak begitu sekata seperti pakaian yang tersusun di rak pusat membeli belah. Cukup sempurna dan rapi!

Berkongsi cara melipat pakaian, Haryati Hossen turut berkongsi beberapa keping gambar langkah demi langkah yang mudah difahami. Jadi bolehlah dicuba dan hasilnya pasti seperti seorang yang pro melipat pakaian.

Ini perkongsiannya.

LIPAT KAIN ALA PRO*
Tips lipat baju & seluar anak supaya tak terburai & senang nak susun dalam drawer / bakul. Cara ni macam leceh tapi kalau dah biasa kejap je dah jadik. Semoga bermanfaat

1. Bentangkan atas lantai. Urut² (paham kan 😅) bagi licin baju tu.


2. Lipat sikit bahagian bawah.


3. Lepas lipat tadi, terbalikkan baju & lipat bahagian lengan baju.


4. Lipat sekali. Bahagian yg terlebih kat tepi adjust bagi sama saiz.


5. Kejadian lepas lipat 2 kali. Lipatan yg bahagian depan tshirt tadi (rujuk gambar 1st) akan jadi macam poket. Jadi, seluk tangan ko dalam poket tu, tangan lagi sebelah tarik keluar poket tu..hmm ntah faham ke tidak


6. Kejadian bila baju masuk bahagian berpoket tadi.

Tadaaaa…indahnya pemandangan bila tersusun sama saiz macam ni.

Part paling best, boleh berdiri tegak helokk je kejadiannya.


LIPAT SELUAR

1. Letak elok² macam ni.


2. Lipat ke dalam bahagian tengah seluar.


3. Lipat separuh macam ni sebelah kaki (A). Lagi sebelah (B) biar dulu.

4. Lipat pulak lagi sebelah. Pastikan lipatan ikut saiz A tadi.


5. Yg ni ko decide nak lipat sekali @ 2 kali; bergantung kpd panjang mana seluar tu..kalau legging gini lipat 2 kali dah cukup.


6. Kejadian lepas lipat bahagian pinggang td.


7. Ni bahagian A tadi..ingat lagi tak?


8. Hujung bahagian kaki tu kan, selit masuk ke dalam lipatan yg sebelah sana.


Dia akan jadi macam ni bila diselit.


Tadaaaa..walaupun tak mencapai kekemasan yg dihajati, tapi boleh laa. Yg ni pun sama boleh dirikan & insya’Allah tak terburai…selamat mencuba

Sumber : Haryati Hossen 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club