Orang Malaysia ni sememangnya kaya dengan sikap bertimbang rasa dan hormat menghormati antara satu sama lain. Namun, sikap sebegini tidak boleh pukul rata untuk semua kerana bagi sesetengah pihak masih ada lagi yang masih belum peka dengan situasi dan keperluan orang sekeliling.
Misalnya seperti yang tular di sosial media tentang sebuah video yang memaparkan tindakan seorang wanita melipat pakaian di hadapan mesin pengering (dryer) di sebuah kedai dobi layan diri.
Perbuatannya itu sedikit sebanyak menjejaskan masa orang lain yang terpaksa menunggu untuk menggunakan mesin tersebut.
Lebih menyakitkan hati, individu yang merakamkan video tersebut sempat menegur wanita tersebut untuk beredar ke ruangan meja kosong kerana ingin menggunakan mesin pengering cucian 20 kilogram (kg) di bahagian bawah namun tidak diendahkan. Malah disuruhnya untuk menggunakan mesin yang lain.
Kata pemilik video itu, dia mempunyai pakaian yang banyak justeru agak sukar untuk memasukkan ke dalam mesin yang berada di kedudukan tinggi.
Ads
Bagaimanapun, permintaan itu tidak dilayan malah ‘selamba’ meneruskan melipat pakaian dan kemudiannya dimasukkan ke dalam plastik hitam yang diletakkan dalam bakul.
kenapa la akak lipat kat situ, kesian orang lain 🥲
Sikap degil dan pentingkan diri sendiri itu telah menimbulkan pelbagai reaksi warganet yang rata-rata marah kerana tidak bertimbang rasa dengan pengguna lain.
Ads
Lebih membuatkan ramai ‘panas’ apabila wanita bertudung bawal itu tanpa rasa bersalah tidak berganjak ke ruangan untuk melipat baju.
Dalam pada itu, warganet mengingatkan orang ramai untuk tidak mencontohi tindakan wanita itu ketika menggunakan kemudahan yang dikongsi bersama pengguna lain.
Cuba lihat balang-balang yang sedia ada di dapur yang kita gunakan untuk menyimpan rempah ratus, bahan makanan dan sebagainya. Adakah terlihat bersih atau ada kesan kotorannya?
Umumnya, pasti ada yang melekat di bahagian kaca dan agak sukar untuk ditanggalkan. Jika dibiarkan begitu sahaja, lama kelamaan akan menjadikan bekas atau balang tersebut nampak kusam dan seakan kotor. Maka untuk mencucinya juga agak payah, lebih-lebih lagi pada balang kaca yang berlekuk dan berbingkai di atasnya.
Jadi apa perlu buat untuk mudahkan cara mencucinya?
Tidak perlu lagi mengambil masa merendamnya untuk tempoh yang lama sebaliknya gunakan 3 petua mudah ini.
Soda Bikarbonat Dan Air
1. Rendam sedikit soda bikarbonat di dalam bekas kaca.
2. Letakkan air secukupnya dan biarkan direndam selama 10 minit.
3. Goncang hingga bersih.
Sabun Dan Beras
1. Campurkan beras bersama air sabun cuci pinggan.
2. Air jangan terlalu banyak.
3. Goncang hingga kotoran tertanggal dan dibersihkan.
Air Dan Cuka
Cuka antara bahan yang cukup kuat untuk membersih.
1. Rendam air cuka di dalam botol kaca ini.
2. Biarkan direndam seketika selama 15 minit.
3. Goncong dan bilas bersih.
Selain mengetahui cara atau petua mencuci balang seperti di atas, ada juga petua mudah yang boleh digunakan untuk membersihkan cermin, elak habuk atau pun mahukan rumah sentiasa berbau harum. Ternyata caranya sangat mudah!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
‘Takpe la kecil lagi, nanti dah besar pandai la diorang berdikari’. Pernah tak dengar orang sebut, atau anda sendiri sebut ayat ni?
Salah tau sebenarnya. Ibu bapa sekarang ni rata-rata suka manjakan anak. Sanggup buat itu ini untuk anak, alasannya seperti ayat yang kat atas tu la! Lepas tu bila anak ‘naik lemak’ mula la nak salahkan diorang balik. Padahal dah terang-terang tu salah ibu ayahnya.
Tak kira la anak tu lelaki ke perempuan, ajar je secara adil buat kerja rumah. Jangan berat sebelah ye asyik anak perempuan je diajarnya. Bukan nak jadi ibu kejam ajar anak itu ini, tapi nak bagi mereka berdikari supaya tak susah dikemudian hari. Misalnya perkongsian dari Abudi Alsagoff ini, anak bongsunya yang masih kecil terikut dengan abangnya yang membuat kerja rumah. Jom ikuti perkongsiannya.
SAYA MUNGKIN IBU YG KEJAM KERANA:
1)Anak2 sy bergilir setiap mlm selepas mkn malam sorg akan basuh pinggan mangkuk periuk kuali, sorg lagi buang sampah kunci pagar.
2)Sy suruh anak2 gaul nasi dgn ikan bg kucing2 kt rumah mkn. Atau bersihkan sangkar. Sy ckp sama2 bela so xadil klau mama sorg je yg uruskan kucing.
3)anak2 basuh kasut sekolah sendiri.
4)lps makan basuh sndr sendiri, lap dan kemas sndr klau tumpah.
8)ajar anak2 guna dapo, br bljr basic je goreng telur.
9)petang2 siram pokok
10)semggu @ 2mggu sekali sental bilik air kt dapo. Sbb dorg je yg guna bilik air tu.
11)Sy xpernah rebus air panas utk anak2 mandi pagi g sekolah. Mandi je air sejuk. Menangis pun menangis la.
12) time dorg xbz akak mntk tlg packing magnet. Upahnya duit atau belanja mkn.
KEJAM..? TAPI HASILNYA..
1) Anak2 dh ada rasa tggjwb. Dah pandai basuh pinggan sendiri. 1 hari akk speechless sbb anak yg 5thn lps mkn dia basuh sndr. Dan bersih dia basuh. Dia kata dia tgk along basuh dia tiru.
2) Kebetulan friskis kt rumah hbs. Angah ajak pegi kedai runcit beli friskis rm2 guna duit tabung dia, dia kata kesian ada kucing kurus dgn anak2 kecik kt sekolah.
3) Si kenit yg 5thn tu bgn awal btl hr mggu tu. Mama yg ngantuk sbb bgn awal terlelap kt bilik. Last2 dia kejutkan mntk bukak pintu sbb nk jemur kasut. Dia dh siap basuh kasut sekolah pkl 8pg!!
4) Suatu hari nmpk si kecik kalut dgn kain, mop, rupanya air dia tumpah dia lap sndr.
5) ptg tu cari kenit xjmp, rupanya kt luar angkat kain baju yg dia punya je, dia longgok kt dpn tv pastu dia lipat sndr sambil tgk ultraman. Pastu angkut simpan dlm robok dia.
6) anak2 dh pandai gosok baju sekolah utk semggu terus pd hari mggu.
7)bkn setakat dh pandai buat air milo, nescafe atau teh, dorg jgk dah pandai buat aiskrim malaysia, kdg2 perisa milo, kdg2 perisa nescafe atau jagung. Yg selalu jd kepala si along. Tgh2 hari blh plak dorg bancuh teh o ais 1jag.
9) anak2 plak yg tanya, mama pokok tu dh siram ke, mama bendi tu dh besar angah petik ye..
10) kenit blk sekolah bkn main lama dia mandi. Akak bebel mandi lama2 dia kata bkn mandi la basuh bilik air.. tgk ni bersih dah. Yup, terkujat time tu. Dgn lubang jamban sekali dia sental. Xgeli pun. Putih berkilat.
11) skrg nk pegi sekolah pg2 kenit mandi air sejuk. Pkl 6pg. Relax je..
12) sesekali akak bwk dorg pegi mr diy akak bg dorg duit sikit. Upah dorg tlg akak buat keje. Beli la apa yg dorg suka tp bermanfaat. Selalunya dorg beli stationary atau buku. Pernah jgk, anak tolak bila akak bg duit upah. Anak ckp xpelah ma, angah ikhlas tlg mama. Sbb mama pun penat buat keje.
Yg kita yg ajar ialah rasa tggjwb. Rasa berdikari dan xpyh disuruh. Kita nk pupuk rasa sayang anak2 pd persekitaran dia. Anak2 akan buat tanpa kekok klau dia dh terbiasa. Dan anak2 akak tu semuanya LELAKI. Dan kerja2 yg akak ajar dorg buat tu dari zaman berzaman tok nenek kita duk ajar kerja anak2 perempuan. Maka anak lelaki nk buat apa pun xreti. Bila dia dh besar pinggan sebiji pun dia akan tggl utk mak atau bini yg basuh. Suatu hari akak panggil anak2, akak ckp mama mntk maaf la klau mama suruh korg buat byk keje. Mama cuma nak korg pandai berdikari klau suatu hari mama tiba2 dh xde lg. Sekurg2 korg dh pandai hidup sndr. Harap2 la kekal perangai dorg ni sampai besar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali, 64, menjelaskan tindakan merayu kerajaan melanjutkan tempoh bayaran royalti atas karya bapanya yang berakhir pada 29 Mei depan, dibuat atas faktor itulah punca rezekinya dalam menampung hidup.
Sazali berkata, dirinya semakin uzur dan sudah tidak mempunyai kudrat untuk kembali bekerja.
“Saya bukan mendesak, saya cuma minta tolong… Itupun kalau boleh. Kalau tidak dapat, tak mengapa. Itu maknanya bukan rezeki saya.
“Kalau dapat, bukan untuk saya makan seorang, tetapi semua cucu Allahyarham P Ramlee akan merasa.
“Saya sudah tua, lutut kanan dan pinggul patah akibat kemalangan pada 2015. Memang tidak larat hendak kembali bekerja,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) di kediamannya.
Sazali berkata demikian bagi memperbetulkan persepsi konon tindakannya memohon kerajaan melanjutkan pembayaran royalti atas karya P Ramlee sebagai tindakan terdesak dan terlalu meminta-minta.
Sebelum ini, Sazali dilaporkan merayu kerajaan menimbang cadangan melanjutkan tempoh kontrak royalti lagu karya arwah bapanya. Sazali mendakwa dirinya semakin uzur dan hanya bergantung kepada royalti itu bagi menampung perbelanjaan kos perubatan dirinya dan isteri, Hamidah Hitam.
Bulan lalu, BH Online melaporkan, pada 29 Mei depan, genap 50 tahun pemergian Allahyarham P Ramlee yang menghembuskan nafas terakhir akibat akibat sakit jantung, lantas meninggalkan peminat legasi tidak ternilai melalui karya seni filem dan lagu merentas zaman.
Sepanjang tempoh itu, mengikut Akta Hak Cipta 1987, royalti daripada karya lagu Allahyarham P Ramlee diagihkan kepada waris, iaitu isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma sehingga Biduanita Negara itu meninggal dunia pada 25 April 1983.
Royalti kemudian diagihkan kepada anak mereka, Allahyarham Nasir P Ramlee yang sepakat membahagikan perolehan diterima kepada beberapa waris lain.
Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, kontrak royalti yang diuruskan Badan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) itu diteruskan kepada waris lain termasuk Sazali, 63.
Mendapatkan perkembangan terkini berhubung gesaan penggiat industri agar tempoh agihan royalti P Ramlee dilanjutkan 20 tahun lagi, MACP dilapor menjelaskan, pihaknya masih menunggu keputusan kerajaan.
Ketua Bahagian Undang-Undang MACP, Rashidah Ridha, dilaporkan berkata pihaknya sudah berusaha memperjuangkan usul melanjutkan agihan royalti kepada 70 tahun melalui saluran betul.
Sazali berkata, sejak bersara pada 2015, wang royalti itulah yang menampung kehidupannya termasuk membiayai kos perubatan dirinya dan isteri.
Ditanya reaksinya jika rayuan itu ditolak, Sazali reda jika itu menjadi keputusan kerajaan.
“Kalau tak dapat, tidak mengapa. Mungkin saya terpaksa cari jalan lain seperti memohon bantuan kerajaan dan persatuan seni untuk menyara hidup,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...