Lipat Cadar Patchwork Pun Ada Skilnya, Barulah Kemas Tersusun Dalam Almari & Sarung Bantal Pun Tak Hilang!

Share

Melipat pakaian pun ramai yang berat tulang untuk melakukannya inikan pula bila terlihat timbunan cadar jenis patchwork yang tebal dan besar saiznya. Makin pening kepala rasanya nak pastikan cadar tersebut dapat dilipat dan segera boleh disimpan di dalam almari. Kalau dibiarkan makin lama, makin berserabut rumah jadinya.

Selain itu, satu lagi masalah yang sering kita hadapi berkenaan mengurus cadar ini adalah selalu sangat ‘terhilang’ set sarung bantalnya.  Entah di mana kita simpan selepas dicuci dan bila hendak diguna kembali set cadar tersebut, puaslah mencari set sarung bantalnya pula.

Mungkinkah cara ada cara yang lebih sistematik boleh kita praktikkan untuk atasi semua masalah ini dengan mudah?

Ya sememangnya adalah! Umpamanya boleh follow teknik yang dikongsikan oleh Puan Muhaszlina Sanip yang cukup praktikal ini. Bukan sahaja cadar dan sarung bantal elok tersimpan malah nampak cukup kemas dan terlihat sebaris dan sama saiz sahaja bila ditempatkan di dalam almari.

Nak tahu lanjut bagaimana teknik melipat cadar patchwork seperti ini, jom baca perkongsian detail di bawah ini.

Harini akak nak share cara akak lipat cadar patchwork. Dah suka pakai cadar macam ni, kenalah pandai lipat dan susun juga kan. Caption kat gambar. Ni cara akak tau. Cara lain pun boleh. No right or wrong. Terpulang pada “skill” mengemas masing-masing. Akak share kat sini ya. Untuk korang yang mungkin tercari-cari cara yang praktikal untuk mengemas cadar macam ni. Sharing is caring. Selamat mencuba

STEP 1 : Lipat dua

STEP 2 : Lipat lagi dua

STEP 3 : Lipat macam ni.

STEP 4 : Kemudian macam ni. Bahagian atas tu besar sikit ya daripada bahagian bawah. Bahagian atas, 2 bahagian. Bawah tu 1 bahagian.

STEP 5 : Letakkan sarung bantal kat dalam bahagian atas.

STEP6 : Akak “terbalikkan” sarung bantal tu supaya korang nampak. Hehe.

STEP7 : Sarung bantal biarkan dalam tu supaya tak “hilang”

STEP 8: Kemudian selitkan bahagian yang ada sarung bantal tu ke dalam lipatan bawah. Kemaskan.

STEP 9 : Macam ni..

STEP10 : Dah siap

Susunkan dalam almari.

Sumber : Muhaszlina Sanip

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club