Lipat Baju Pantas & Tersusun Cara Wanita Ini, Masalah Baju Menggunung Boleh Di Atasi Segera Dengan Tip Ni!

Share

Membasuh baju memang satu proses yang mudah dilakukan. Maklumlah masukkan saja baju ke dalam mesin basuh dan biarkan mesin bekerja sendiri. Namun jarang sekali kita dengar ada ibu-ibu yang suka proses melipat baju. Rata-rata kebanyakkan ibu merungut kala baju hendak dilipat dan dikemaskan.

Sebenarnya proses melipat baju akan jadi mudah kalau kita tak amalkan sikap bertangguh. Sebaik diangkat daripada ampaian, terus sahaja dilipat tanpa menunggu waktu yang sesuai.

Cara ini sebenarnya akan buat kerja ibu berjalan lancar malah masalah baju menggunung tinggi pastinya tak ada lagi. Kalau tak percaya, sila cuba langkah ini.

Ini pula tip yang dikongsikan oleh wanita bergelar Mama Chrysalis diblog peribadinya, mamachrysalis.com. Menarik juga cara yang dikongsikan wanita ini. Jom ikut langkah yang dikongsikan olehnya. Mudah-mudahan dapatlah membantu masalah ‘gunung-ganang’ di rumah kita. Tak gitu?

Hari ni saya nak share dengan korang semua, tips yang selalu saya buat masa lipat baju. Sebab saya memang suka lipat baju. Bila tengok baju dah siap lipat bersusun tinggi rasa puas sangat.

Pastu mesti tersengih sampai telinga. Mungkin tips saya bagi ni simple, tapi harapnya dapat memberi manfaat pada kaum-kaum isteri kat luar sana tu. Lipat baju dengan masa yang singkat dan cantik je tersusun. Nak susun masuk dalam almari baju pun senang.

Ada 5 step semua sekali. Korang follow satu-satu. Confirm cepat siap.

1. Longgokkan semua baju yang dah siap di basuh di atas lantai/tikar/karpet yang bersih dan luas kawasannya. Sebab kita akan guna ruang yang agak besar kalau nak lebih selesa dan kalau 3 minggu punya baju yang belum lipat, lagi banyak ruang nak guna..hehehe

2. Pilih semua baju yang ada tu dan asingkan ikut kategori. Biasanya saya akan kategorikan ikut macam ni.
– Kain Batik / Kain Pelekat / Tuala besar
– Seluar
– T shirt / baju
– Adik-adik (panties,bra,seluar dalam)
– Baju anak-anak

Dan jangan lupa, pastikan sebelum asingkan ikut kategori, tiada baju yang terbalik (dalam ke luar, luar ke dalam).

3. Lepas dah kategorikan, bolehlah mula melipat. Mulakan dengan kategori kain. Lipat semua kain dan susun ikut tuan punya badan. Kain pelikat suami, kain batik kita, tuala. Asingkan ye.

Lepas habis lipat kain, sambung kategori seluar. Seluar suami, susun atas kain suami. Seluar kita susun ayas kain batik kita. Kalau ikut cara saya, saya susun lagi. Seluar panjang dulu, baru seluar pendek..hehehe.. Kemudian, teruskan lipat sampai habis kategori baju.

4. Untuk pakaian dalam yang kecik-kecik tu, saya lebih suka lipat seluar dulu, kemudian barulah yang lain. Susun ikut tuan punya badan jugak ye. Kalau stokin, saya akan lipatkan dan cantumkan ikut pasangan masing-masing.

5. Untuk baju anak-anak, saya akan pastikan baju yang sepasang dilipatkan sekali bercantum baju dan seluar. Sebab nanti senang bila
nak pakai takdelah kelam kabut jumpa baju seluar takde. Hehe

Dah selesai. Lepas dah siap lipat semua baju, bolehlah minta suami tolong angkatkan bawak masuk bilik untuk kita susun dalam almari. Kalau macam suami saya, dia ringan tangan tolong susun dalam almari terus.

Alhamdulillah. Kalau korang ada anak yang dah besar dan boleh tolong angkat tanpa merosakkan lipatan korang tu, bolehlah suruh anak-anak angkat baju-baju tu bawa masuk bilik. Boleh ajar diorang buat kerja rumah sama-sama kan?

Lagi satu tips saya kalau nak lipat baju cepat siap, masa lipat baju, handphone letak tempat lain. Jangan sambil lipat baju sibuk scroll facebook ataupun main wassap. Kerja 20 minit pun jadi 3 jam nanti tak siap-siapkan? Jadi, fokus lipat kain sampai siap ye… Ingat tu..:-)

Diharapkan tips yang saya share hari ni, korang boleh amalkan dan mudah-mudahan dapat meringankan beban korang banyak baju belum lipat tu… Saya tak boleh nak tolong lipatkan, saya boleh bagi tips je. Okay dah… Sekarang dah boleh mulakan operasi lipat baju korang yang bergunung-ganang tu ye…

Selamat melipat semua…Jumpa lagi nanti… Assalamualaikum…

Kredit: mamachrysalis.com