Membasuh baju memang satu proses yang mudah dilakukan. Maklumlah masukkan saja baju ke dalam mesin basuh dan biarkan mesin bekerja sendiri. Namun jarang sekali kita dengar ada ibu-ibu yang suka proses melipat baju. Rata-rata kebanyakkan ibu merungut kala baju hendak dilipat dan dikemaskan.
Sebenarnya proses melipat baju akan jadi mudah kalau kita tak amalkan sikap bertangguh. Sebaik diangkat daripada ampaian, terus sahaja dilipat tanpa menunggu waktu yang sesuai.
Cara ini sebenarnya akan buat kerja ibu berjalan lancar malah masalah baju menggunung tinggi pastinya tak ada lagi. Kalau tak percaya, sila cuba langkah ini.
Ini pula tip yang dikongsikan oleh wanita bergelar Mama Chrysalis diblog peribadinya, mamachrysalis.com. Menarik juga cara yang dikongsikan wanita ini. Jom ikut langkah yang dikongsikan olehnya. Mudah-mudahan dapatlah membantu masalah ‘gunung-ganang’ di rumah kita. Tak gitu?
Hari ni saya nak share dengan korang semua, tips yang selalu saya buat masa lipat baju. Sebab saya memang suka lipat baju. Bila tengok baju dah siap lipat bersusun tinggi rasa puas sangat.
Pastu mesti tersengih sampai telinga. Mungkin tips saya bagi ni simple, tapi harapnya dapat memberi manfaat pada kaum-kaum isteri kat luar sana tu. Lipat baju dengan masa yang singkat dan cantik je tersusun. Nak susun masuk dalam almari baju pun senang.
Ada 5 step semua sekali. Korang follow satu-satu. Confirm cepat siap.
Ads
1. Longgokkan semua baju yang dah siap di basuh di atas lantai/tikar/karpet yang bersih dan luas kawasannya. Sebab kita akan guna ruang yang agak besar kalau nak lebih selesa dan kalau 3 minggu punya baju yang belum lipat, lagi banyak ruang nak guna..hehehe
2. Pilih semua baju yang ada tu dan asingkan ikut kategori. Biasanya saya akan kategorikan ikut macam ni.
– Kain Batik / Kain Pelekat / Tuala besar
– Seluar
– T shirt / baju
– Adik-adik (panties,bra,seluar dalam)
– Baju anak-anak
Dan jangan lupa, pastikan sebelum asingkan ikut kategori, tiada baju yang terbalik (dalam ke luar, luar ke dalam).
Ads
3. Lepas dah kategorikan, bolehlah mula melipat. Mulakan dengan kategori kain. Lipat semua kain dan susun ikut tuan punya badan. Kain pelikat suami, kain batik kita, tuala. Asingkan ye.
Lepas habis lipat kain, sambung kategori seluar. Seluar suami, susun atas kain suami. Seluar kita susun ayas kain batik kita. Kalau ikut cara saya, saya susun lagi. Seluar panjang dulu, baru seluar pendek..hehehe.. Kemudian, teruskan lipat sampai habis kategori baju.
4. Untuk pakaian dalam yang kecik-kecik tu, saya lebih suka lipat seluar dulu, kemudian barulah yang lain. Susun ikut tuan punya badan jugak ye. Kalau stokin, saya akan lipatkan dan cantumkan ikut pasangan masing-masing.
5. Untuk baju anak-anak, saya akan pastikan baju yang sepasang dilipatkan sekali bercantum baju dan seluar. Sebab nanti senang bila
nak pakai takdelah kelam kabut jumpa baju seluar takde. Hehe
Ads
Dah selesai. Lepas dah siap lipat semua baju, bolehlah minta suami tolong angkatkan bawak masuk bilik untuk kita susun dalam almari. Kalau macam suami saya, dia ringan tangan tolong susun dalam almari terus.
Alhamdulillah. Kalau korang ada anak yang dah besar dan boleh tolong angkat tanpa merosakkan lipatan korang tu, bolehlah suruh anak-anak angkat baju-baju tu bawa masuk bilik. Boleh ajar diorang buat kerja rumah sama-sama kan?
Lagi satu tips saya kalau nak lipat baju cepat siap, masa lipat baju, handphone letak tempat lain. Jangan sambil lipat baju sibuk scroll facebook ataupun main wassap. Kerja 20 minit pun jadi 3 jam nanti tak siap-siapkan? Jadi, fokus lipat kain sampai siap ye… Ingat tu..:-)
Diharapkan tips yang saya share hari ni, korang boleh amalkan dan mudah-mudahan dapat meringankan beban korang banyak baju belum lipat tu… Saya tak boleh nak tolong lipatkan, saya boleh bagi tips je. Okay dah… Sekarang dah boleh mulakan operasi lipat baju korang yang bergunung-ganang tu ye…
Selamat melipat semua…Jumpa lagi nanti… Assalamualaikum…
Kredit: mamachrysalis.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila terfikir hendak menanam pokok jenis menjalar atau memanjat di halaman rumah, contohnya seperti pokok peria, timun, telang dan sebagainya mulalah kita hendak cari ruang yang lebih besar dan luas untuk bercucuk tanam. Tapi tahukah anda, dengan menggunakan tong sampah sahaja seperti mana perkongsian daripada Ammu Man dia boleh menanam pokok anggur dan markisa.
Bahkan menurutnya, dengan menggunakan kaedah ini anda dapat layan hobi menanam walaupun ruang kawasan rumah terhad.
Ujarnya “Simple tak payah nak fikir green house…letak kaki lima rumah pun boleh.. Ini sebagai asas je..masa proses membuat tu nanti akan ada idea yang datang mungkin boleh buat lebih kemas dan cantik.”
Alatan dan barang-barang yang diperlukan:
1.Tong sampah
2.Batang paip putih buat wiring atau boleh guna batang paip 1/2 inchi( pilih yang mana rasa sesuai)
3.Cable tight
4.Dawai(beli kat hardware timbang kilo, saya beli yang guna untuk pagar chain link kira tebal gak la.
5.Drill tu buat tebuk lubang je
Kenapa saya pilih tong sampah
1.Size yang sesuai
2.Harga murah RM13 je
3.Tahan lasak
4 Mudah pengurusan..ada tangkai bawah tu nak angkut letak mana-mana pun boleh..pecah kita beli baru lapis je.
5. Tambah sendiri la
Cara buat :
1.Tebuk lubang bawah untuk buang air lebih..tepi saya tebuk untuk ikat batang pvc je
2. Ikat batang paip tu dengan cable tight atas bawah
3. Sedia untuk dawai. Potong dawai buat bulat
Siap…dawai tu kalau tak nak turun naik tebuk lubang batang paip ikat dengan cable tight..kalau susah ikat terus je.
4. Gaul media, biasanya saya guna Topsoil+ sekam bakar+sekam mentah+ baja organik (najis kambing dan sewaktu dgn organik) Kalau nak bagi ringan banyakkan sekam …tapi medium cepat kering…boleh tambah cocopeat sikit untuk bagi kelembapan lebih lama kalau tanya nisbah sesedap rasa… Asasnya 2:1:1
5. Siap 1 pokok anggur 1 pokok markisa. Lepas seminggu tanam boleh mula bagi baja.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Tanaman kesum menjadi antara tanaman yang lazim dijadikan koleksi tanaman dikeliling rumah.
Selain kegunaan dalam masakan, tanaman ini juga boleh dijadikan sebagai penyeri landskap laman herba. Bentuk daunnya yang panjang dan runcing malah merimbun, nampak begitu istimewa.
Pun begitu, ramai mengatakan bukan mudah untuk menanam pokok kesum ini. Bahkan untuk membiakkannya juga bukan calang-calang orang boleh lakukannya. Apa yang pasti ada teknik dan skilnya yang tersediri.
Selain keratan batang pokok kesum disemai ditanah, ia juga boleh disemai dengan teknik rendam di dalam botol sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Nur Izzah Mahmud ini.
Hasil semaiannya nampak begitu subur bila mana akar bercambah yang dapat dilihat melalui botol lutsinar terlihat jelas begitu memberangsangkan.
Menurut Puan Nur Izzah, penyediaan keratan batang kesum diambil daripada pokok induk. Selepas itu, rendam sahaja dalam botol.Buang daun belah bawah macam dalam gambar tu.
Macam tu saja saya buat letak kat tempat yang mudah dapat cahaya tapi bukan direct. Macam saya tu matahari pagi sampai kul 3 je . Pastu teduh dah.
Menurutnya lagi ketika berkongsi info untuk mendapatkan keratan batang kesum yang direndam agar sarat berakar, ianya perlu dibaja selepas sebulan dengan baja ab atau NPK 15.
Saya guna teknik rendam dalam botol ni la. Pakai air paip je. Pastikan letak kat tempat dapat matahari.Tambah je air bila nampak kurang.
Cara-caranya:
1. Pastikan pokok yang nak disemai tu segar fresh.
2. Buang daun belah bawah tangkai dia yang nak direndam dalam air.
3. Biasa seminggu dia layu macam nak mati. Biarkan je.
4. Tengok lepas dua minggu dia akan segar.
5. Dah banyak akar boleh pindah ke tanah
Selain itu, apabila telah ditanam di atas tanah, pastikan pokok kesum selalu ditrim daunnya agar kekal subur.
“Maksud saya kalau dah tinggi nak keluar bunga tu tanda-tanda dah tua. Kalau tak kerat or trim lama-lama mati.
“Trim pendek tinggal sejengkal je dari tanah. Pastu letak baja. Air beras. Air siang ikan tu. Sekali sekala perut ikan tanam dalam tanah pasu untuk kalau time kita beli ikan. Saya buat macam tu. Lagi satu, kalau nak pindah ke tanah tak yah letak baja lagi. Akar dah lebat pindahka sahaja”
Papan pemotong ini memang banyak gunanya. Tapi jika tak jaga kebersihan boleh menjadi ‘sarang’ bakteria. Maklumlah hari-hari kita guna ketika didapur.
Menurut Dr Charles Gerba iaitu seorang ahli mikrobiologi di Universiti Arizona mengatakan ” Papan pemotong di dapur mempunyai 200 kali ganda bakteria berbanding bakteria di mangkuk tandas”.
Dan bakteria ini adalah sama seperti bakteria di dalam tinja anda. Ianya adalah kuman Salmonella dan juga E. coli.
Sebenarnya walaupun kita telah membersihkan papan pemotong itu dengan cermat, masih akan terdapat juga bakteria tersebut pada papan pemotong tersebut terutamanya papan pemotong yang mempunyai calar dan daki yang kehitaman pada papan pemotong tersebut.
Sehubungan itu, menerusi facebook Fatimah Salim yang juga merupakan seorang ahli kimia, berkongsi cara untuk membersihkan papan pemotong dengan cara yang mudah tanpa perlu menyental.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Tahukah anda, papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor?!Jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap, ianya boleh menjadi ‘sarang’ kepada beribu jenis kuman.
Ada banyak petua dan cara membersihkan papan pemotong ini. Namun bergantung kepada tahap kekotoran, kadang-kadang ianya tidak berkesan perlukan lebih masa, usaha dan tenaga (menyental).
Di sini, saya kongsikan cara yang lebih mudah, cepat dan tanpa perlu menyental. Cara ini hanya sesuai untuk mereka yang berani, teliti dan cermat.
CARANYA:
• Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan. • Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan. • Tinggalkan selama 30 minit untuk tindakbalas yang optimun. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi. • Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga BAU cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong. • Dan gunakan seperti biasa.
PERHATIAN:
1) Cecair peluntur Clorox mengandungi bahan kimia aktif natrium hipoklorit yang bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.
2) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat. Ianya boleh menyebabkan komplikasi lain.
3) Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap.
Nota: Tidak perlu tuang banyak cecair peluntur ini. Cukup sekadar rata ke permukaan yang perlu dibersihkan. Jimat dan kurang bau yang tidak menyenangkan.
Kredit: Fatimah Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas lebih sebulan melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Intan Najuwa kini tampil berkongsi wajah puteri kesayangannya itu yang diberi nama, Imane Lunara.